Saturday 22 October 2011

ULASAN REKTOR "KONGKANG" UIA



Rektor: Aziz Bari digantung tugas untuk cepatkan siasatan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.
  
Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Abdul Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan gaji turut ditahan.
  
Beliau berkata UIAM tetap membayar gaji Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.
  
"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
  
Zaleha berkata Abdul Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung kenyataannya berhubung btitah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.
  
Beliau berkata jika Abdul Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.
  
Zaleha berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
  
"UIAM tidak pernah menyekat mana-mana ahli akademik untuk mengeluarkan kenyataan, tetapi kenyataan tersebut mestilah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.
  
Beliau berkata setakat ini, Abdul Aziz belum menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya Rabu lepas.
  
Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.
  
- Bernama

PANDANGAN OMAK:-

ULASAN YANG TIDAK SEPATUTNYA KELUAR DARI SEORANG YANG BERJAWATAN REKTOR DAN BERGELAR PROFESOR....ADAKAH SEMASA SKMM,POLIS DAN PIHAK PENTADBIR DAN PENGURUSAN UIA MENJALANKAN SIASATAN, PROF DR ABD AZIZ BARI MEMBUAT GANGGU KACAU?.....ULASAN YANG LANGSUNG TAK BOLEH DITERIMA AKAL.. ULASAN BANGANG LAGI BAHALOL BIN BADIGOL...SEBENARNYA ADA KAKI DAN TANGAN GHAIB YANG TERLIBAT...CARA DAN TAKTIK PIHAK UNIVERSITI NAK SAMPAIKAN MESEJ UGUT DAN GERTAK SUPAYA AHLI AKADEMIK MERASA CUAK DAN GERUN UNTUK BERSUARA MENYATAKAN KEBENARAN...NAK TIPU AHLI-AHLI,PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO BOLEH LAH..... DENGAN RAKYAT SORI LAH....UMNO IS DEAD...PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...