Thursday 27 October 2011

3 KERETA TERBABIT DALAM KEMALANGAN TERBAKAR HANGUS, SUAMI ISTERI RENTUNG

Hasrat sebuah keluarga untuk meraikan Deepavali di rumah seorang daripada anggota keluarga mereka di Alor Gajah, Melaka tidak kesampaian apabila pasangan suami isteri itu maut manakala dua anak mereka cedera parah dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Seremban-Tampin, Rabu.

P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Sothi, 36, rentung dalam kereta Honda Civic mereka yang terbakar selepas terbabit dalam nahas jalan raya dengan dua lagi kenderaan pada kira-kira 8.56 pagi, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Zamrus Zainal.

"Kedua-dua anak lelaki mereka yang berusia 13 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Dua lagi lelaki yang memandu kereta Proton Iswara dan Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu juga terselamat, katanya.

Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat dan kedua-dua anak lelaki mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan, kata Zamrus.








No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...