Thursday 27 October 2011

PARTI YANG RAPAT DENGAN DSAI DAN TGHA MENANG BESAR DI TUNISIA!!!




Tunisia sudah adakan pilihan raya

October 27, 2011
27 OKT — Tunisia, negara Arab yang pertama bangkit menumbangkan pemerintahan diktator sepuluh bulan lalu sudah mengadakan pilihan raya bebas mulai Ahad 23 Oktober lalu sedang Libya baru selesai berperang manakala Yaman dan Syria belum selesai berarak.
Laporan dari Tunis menyebut bahawa pilihan raya bebas yang pertama itu mendapat sambutan luar biasa dari pengundi, berbeza sangat dengan pilihan raya terkongkong di zaman kuku besi dulu.
Lebih 80 parti politik bertanding.
Semua ramalan menjangka parti Ennahda yang diharamkan semasa pemerintahan Zene el Abidine ben Ali dulu akan mendapat majoriti. Kita lihat apa keputusannya nanti.
Ennahda di Tunisia itu adalah sekutu PAS di Malaysia ini.
Pemimpinnya Raceid Ghanouce – sebutan dalam ejaan Melayunya Rasyid Ghanusi – yang baru pulang dari buangan di England, mempunyai hubungan baik dengan pimpinan PAS, Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor dan Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Malah beliau lebih rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara sumbangannya kepada PAS, beliau memberi sokongan kuat kepada PAS kira-kira sepuluh tahun lalu supaya membuka pintu kepada bukan  Islam untuk menyertai PAS.
Semasa rombongan pimpinan ulama di bawah Ustaz Fadzil ke London meninjau pandangan rakan-rakan parti Islam dari beberapa negara, pimpinan Ennahda itu menyokong pendapat bahawa membuka keahlian PAS kepada orang bukan Islam adalah harus.
Langkah bertahap-tahap yang diambil oleh PAS membuka penyertaan bukan Islam dalam politik PAS adalah dipercayai dari pandangan sahabat gerakan Islam anatara bangsa itu.
Ennahda dalam pilihan raya itu mengambil pendekatan bagi membentuk pemerintahan demokrasi yang berpandu kepada nilai-nilai Islam, malah ia meraikan fahaman sekular menjadi pegangan ramai penduduknya.
Sejak Tunisia dijajah Perancis dan sepanjang zaman merdekanya lebih separuh abad negara dan rakyat diasuh dengan kehidupan dan pemerintahan sekular.
Ennahda tentunya memahami pandangan dunia tentang politik Islam, sebaik mana pun cita-citanya mahu membawa nilai kehidupan Islam ke dalam masyarakatnya, ia dicurigai oleh dunia sekular.
Mereka telah belajar dari perkembangan di Aljeria hampir 15 tahun lalu, majoriti besar rakyatnya memilih Fiz, parti Islam melalui pilihan raya bebas dan demokratik, tetapi tentera atas sokongan kuasa barat merampas kemenangan itu, mengharamkan parti itu dan menahan semua pemimpinnya.
Dan tentu mereka juga belajar dari perkembangan di Turki yang pernah memberi peluang kepada parti Islam – Refah Partisi – pimpinan Perdana Menteri Necmettin Erbakan dan Recep Tayyip Erdogan sebagai Datuk Bandar Istanbulnya.
Tentera yang sekular memaksa kerajaan Erbakan dibubarkan, parti Refah diharamkan dan Erdogan diseret ke mahkamah hingga  tidak boleh memegang jawatan awam untuk beberapa tahun.
Bagaimana pun Erdogan membentuk parti baru AK – keadilan dan pembangunan – meraikan kehidupan sekular yang berakar umbi  dalam masyarakat Turki, berjaya pemimpin kemenangan sudah tiga kali berturut-turut. Kerajaannya demokrasi yang berasaskan Islam, berjaya mengekang rasuah dan kehancuran ekonominya.
Atas keruntuhan ekonomi dan akhlak yang  teruk itu Erdogan menengakkan pemerintahan yang kuat  dan ekonomi kukuh.
Dipercayai Ennahdah mengambil perkembangan di Turki sebagai model dan sesungguhnya pemimpin Ennahdah itu adalah rakan Erbakan  dan Erdogan yang lama. Pemerintahan Turki adalah dihormati di semua negara Islam sekarang.
Rakyat Tunisia yang memulakan kebangkitan dalam dunia Arab sejak sepuluh bulan lalu tentunya melihat perkembangan dan pembaharuan di Turki yang dikira berjaya itu.
Keputusan pilihan raya Tunisia ini menjadi perhatian kepada seluruh dunia dan ia mempengaruhi semua negara Arab yang sedang bergolak itu. Apakah Tunisia sekali lagi mendahului dunia Arab mengisi revolusinya dengan demokrasi yang berasaskan Islam?
Jika yang diramalkan di Tunisia itu tetap, ia adalah satu isyarat yang menarik bagi pengundi di Malaysia yang berada di ambang pilihan raya sekarang.

PANDANGAN OMAK:-
JIKA PRU DIJALANKAN SECARA TELUS,BERSIH DAN ADIL.. PEMERINTAH YANG ZALIM PASTI KECUNDANG.. PASTI KENA TERAJANG MASUK LONGKANG...VIRUS KEBANGKITAN DITURKI KINI SEDANG MEREBAK DINEGARA ARAB....OMAK CUKUP YAKIN DAN PERCAYA... JIKA NEGARA KITA MENGADAKAN PRU SECARA TELUS,BERSIH DAN ADIL.. TIDAK MUSTAHIL KERAJAAN BOBROK UMNO/BN TUMBANG...KEJAYAAN PARTI MIRIP ISLAM INI SUDAH PASTI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN MEDIA ARUS PERDANA DIBAWAH MILIK DAN KAWALAN UMNO/BN...SEMUA NEGARA DIDUNIA SUDAH BERUBAH DAN BERALIH CITA RASA....MALAYSIA BILA LAGI????? JANGAN KITA DILIHAT TIDAK MENGIKUTI "TREND" TERKINI...JANGAN KITA RAKYAT MALAYSIA DILIHAT MASIH BERPEGANG KAPADA POLITIK KUNO KETINGGALAN ZAMAN...JANGAN KITA DILIHAT SEBAGAI WARGA DAN BANGSA YANG TIDAK BERTAMADUN...BANGSA YANG JUMUD...WARGA YANG TAKUT UNTUK MENERIMA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN...JOM UBAH.. UBAH SEKARANG... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...