Thursday 27 October 2011

ROTI 1M'SIA..BOLEH BERTAHAN LAMA KAH?????



Roti 1Malaysia percuma untuk rumah kebajikan
Rumah anak yatim dan rumah orang tua serta tuna wisma (orang tak berumah) terpilih di sekitar Lembah Klang akan menerima roti percuma setiap hari mulai hari ini menerusi program kebajikan 'Roti 1Malaysia'.

mahathir bakery the loaf langkawi 070207 breadPengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata pada dasarnya, BreadStory Group bersetuju menyediakan roti di bawah program tersebut menerusi penyertaan cawangannya.

Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.

Sementara itu, Heng berkata program kebajikan berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.

"Kita ingin berkongsi hasrat membantu serta menaik taraf mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada visi 1Malaysia, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONEIni merupakan satu cara wajar bagi mengelakkan pembaziran, dan pada masa sama, membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya ketika melancarkan program itu hari ini.

Heng berkata pelbagai persatuan belia serta sektor korporat akan terlibat mengedarkan roti berkenaan, dan sukarelawan dipelawa mengambil bahagian dalam program itu.

"Selain menerima sijil kerana menjayakan projek 1Malaysia ini, sukarelawan juga akan berasa bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan bangsa," katanya.

- Bernama

PANDANGAN OMAK:-

KALAU SUNGGUH DAN IKHLAS MATLAMAT UNTUK MEMBERIKAN MAKANAN KAPADA WARGA EMAS YANG MISKIN DAN DAIF.. OMAK SOKONG 110%...MASALAHNYA.. SEPERTI KELAZIMAN ..MULA-MULA BUKAN MAIN HANGAT DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH...LAMA KELAMAAN AKAN MENJADI PUDAR,SEJUK DAN AKHIRNYA TERUS LEBUR BERKUBUR...YANG MENJADI MANGSA WAYANG DAN SANDIWARA INI IALAH WARGA TUA YANG MENGHARAPKAN AKAN JANJI-JANJI MANIS TABURAN UMNO/BN...OMAK DAK NAIK JELAK DENGAN PROGRAM YANG BERJENAMA 1M'SIA...TAKDE SATU YANG BETUL-BETUL IKHLAS..YANG AFDALNYA SEMANGAT 1M'SIA UNTUK TUMBANGKAN UMNO/BN ....ITU OMAK TAK JEMU-JEMU DAN JELAK....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...