Monday 31 October 2011

AUKU UNDANG-UNDANG PRIMITIF!!!!!!




Mahkamah: Seksyen 15(5) AUKU tidak sah
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

ukm 4 challenge auku uuca 280910 bannersKeputusan majoriti ini diperoleh apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Datuk Low Hop Bing yang mengetuai panel itu, bagaimanapun berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik UKM bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.
Pelajar-pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaรฌ (exco).
Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka.

PANDANGAN OMAK:-

BILA SUDAH ADA HAKIM BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN BERSANDARKAN KAPADA SEMANGAT SEBENAR KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MAKA SUDAH PASTI SEGALA KEPINCANGAN AKAN TERBONGKAR DAN TERHURAI....POKOKKNYA.. BERANI ATAU TAKUT.. MAU ATAU TAK MAU SAJA...TAHNIAH KAPADA HAKIM BAKA SPESEL YANG AMAT KURANG KINI BERADA DALAM KERANGKA JABATAN KEHAKIMAN NEGARA KITA....RAKYAT BENCI UMNO/BN.... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...