Penggantungan Aziz Bari: Kebebasan akademik atau kebebasan politik?
Kenyataan Profesor Abdul Aziz Bari yang mengheret beliau sehingga digantung tugas seketika mungkin "tidak cukup radikal" dari kaca mata sesetengah pihak. Malah, ramai lagi ahli akademik pernah melontarkan pandangan-pandangan yang jauh lebih kritikal, berbanding dengan apa yang dikemukakan Abdul Aziz Bari, tetapi tidak dikenakan tindakan sehingga kini. Persoalannya, mengapa pula pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menjadi sasaran? Secara terus-terang, Latheefa Koya berkata ahli akademik yang pernah membuat kenyataan yang lebih "radikal" berbanding Abdul Aziz tidak diambil tindakan kerana mereka tidak dilihat bersekutu (aligned) dengan parti politik. Sebaliknya, Abdul Aziz dilihat bersekutu dengan Pakatan Rakyat dari kaca mata Barisan Nasional, biarpun beliau boleh mendakwa bahawa dirinya berkecuali. Latheefa Koya berkata demikian dalam sesi soal-jawab satu forum Kebebasan Akademik anjuran bersama Akademi Pak Sako dan Gen-S, di Shah Village Hotel, Petaling Jaya, semalam. Antara panelis forum termasuklah Azmi Sharom (Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM), Hasmi Hashim (penulis bebas), Fadiah Nadwa Fitri (Lawyers For Liberty) dan Fahmi Reza (Pengarah Filem), dengan Afif Bahardin (Akademi Pak Sako) sebagai moderator. Kira-kira 40 orang hadir dalam forum, namun Profesor Abdul Aziz Bari yang dijadualkan sebagai panelis, akhirnya gagal menghadirkan diri. Apa salahnya pelajar berkempen dalam pilihan raya? Meskipun bersikap sinikal terhadap parti politik, sama ada pemerintah mahupun pembangkang, namun Fahmi Reza bersetuju dengan Latheefa Koya dalam isu ini. Beliau mengambil contoh kes UKM 4, yang diambil tindakan kerana dituduh berkempen dalam pilihan raya kecil. Fahmi menganggap keempat-empat siswa UKM tersebut seharusnya secara berani mengaku bahawa diri mereka pergi berkempen, dan tidak harus berselindung di sebalik alasan "kita di situ untuk membuat kajian kerana kita dari jurusan Sains Politik". Fahmi berkata, "'Ya, saya sokong parti (politik) itu, dan saya kempen untuk mereka'. itu seharusnya cara kita mengolah isu ini, apa salahnya?" Pengarah filem "10 tahun Sebelum Merdeka" ini berkata, sebenarnya pencabulan kebebasan akademik dalam kampus sudah lama berlaku, sebelum berlakunya kes Abdul Aziz Bari. Fahmi Reza mengambil dirinya sebagai contoh, mengisahkan pengalaman bagaimana dirinya pernah dihalang daripada memberi kuliah kepada siswa dalam universiti, tentang pergerakan siswa tempatan pada zaman 1960-an. Kebebasan akademik tidak harus disekat undang-undang Sementara itu, Azmi Sharom menganggap bahawa tidak perlu ada sekatan untuk kebebasan akademik, ketika menjawab soalan moderator. "Kebebasan akademik bermaksud pandangan anda dicabar dengan penjelasan yang setaraf, ataupun lebih baik. Displin akademik adalah limitasi kebebasan akademik, bukan undang-undang," tegasnya. "Bukan undang-undang, atau canselor universiti untuk memberitahu di mana limitasi saya. Limitasi saya ialah integriti saya," kata Azmi Sharom (gambar kiri). Hasmi: Hujah benar lazim cabar status quo Selain itu, Hasmi Hashim cuba mengaitkan nasib pemikir Socratas, pada zaman silam di kota Athens, di mana beliau dihukum atas tuduhan menghasut orang muda. "Hujah yang benar lazimnya akan mencabarstatus quo, sama ada status quo itu kita pindah dalam institusi dengan nama universiti, atau status quo tu kita pindah dalam institusi yang namanya pemerintah, kerajaan, tak kisahlah..." kata Hasmi Hashim. "Macam mana kita nak tahu orang tu cuba atau tak cuba untuk derhaka ni? Kalau kita tak bincang? Bincanglah dia cuba macam mana. Belum lagi bincang, tindakan dah dikenakan, iaitu gantung Aziz Bari..." pertikai Hasmi (gambar kanan), yang menyifatkan tindakan ini sebagai tindakan yang tidak bertamadun. Fadiah: Saya salahkan UIA Fadiah Nadwa yang merupakan bekas pelajar Aziz Bari di UIAM berkata, "Dalam kes ini, saya salahkan UIA. Kalau kerajaan gunakan polis, kerajaan gunakan MCMC, kerajaan gunakan undang-undang draconian untuk menyekat kebebasan bersuara Aziz Bari, UIA sepatutnya membela Aziz Bari, membela prinsip ilmu, membela maruah dan budaya ilmu, dan bukannya bersekongkol dengan menggunakan taktik-taktik kotor, menyekat dan menyenyapkan Profesor Aziz Bari." Peguam muda yang aktif dalam gerakan sosial ini berkata, "Saya belajar undang-undang, saya sepatutnya belajar tentang keadilan, belajar tentang kebebasan. Tetapi, tak ada environment yang memberikan saya peluang untuk ...saya rasa, Oh My God, I have to do something for my country. I have to fight the system, if the system is so wrong." Fadiah Nadwa (gambar atas) sempat mengungkit masalah yang wujud dalam sistem pendidikan, sehingga siswa-siswi asyik untuk bekerja mencari wang, tanpa ingin mengambil tahu isu-isu yang penting. "Kerana mereka telah diletakkan dalam sistem yang menyebabkan kita menyerah kepada sistem yang sedia ada. Kita tidak mencabar, kita tidak bertanya, kita tidak berdialog kerana tiada platform di universiti." Beliau bersambung, "Maknanya, sistem pendidikan dalam negara kita ini telah berjaya menjauhkan mahasiswa dan juga para ilmuan dari realiti sebenar negara dan dunia!" PANDANGAN OMAK:- DALAM DUNIA AKADEMIK DINEGARA KITA KALAU MAU SELAMAT DAN PANGKAT KENA ANGKAT NAMA UMNO.. KENA AMPU BODEK.. KENA PUJI MELANTUN...KENA ADA JIWA SEBAGAI PROFESOR KANGKONG.. KALAU BOLEH KENA BERLAGAK LEBIH SUDU DARI KUAH MACAM APA YANG DILAKUKAN MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) KELUARKAN STATEMENT YANG MALAYSIA TAK PERNAH DIJAJAH....KATA DAP ANTI ISLAM DAN MELAYU....TUDUH VIDEO SEKS DATUK "T" SEMEMANGNYA TULEN DAN PELAKUNYA IALAH DSAI...MEMANG BENAR ANAK LGE CABUL DENGAN RABA PAYU DARA PEMAIN CHESS ENGLAND DAN SETEL LUAR RM200,000...KUTUK DAN HINA TGNA DAN TGHA....BRENGSEK PUNYA KERAJAAN...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN. |
No comments:
Post a Comment