Monday 31 October 2011

SAMSENG JALANAN SUDAH JADI "PEJUANG KETUANAN MELAYU"



Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis
Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

NONEKumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.
Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

NONEAdalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke  Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus  menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

NONEKetua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

DI KUALA TERENGGANU:-


JPJ Lancar Operasi Besar-Besaran Terhadap Pengguna Motosikal
KUALA TERENGGANU: Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.“Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di sini, Ahad.
Turut hadir Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie.
Ismail berkata memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.
Beliau berkata hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal.
Ismail berkata JPJ telah mengeluarkan saman terhadap pengguna motosikal sepanjang Op Sikap yang lalu di Terengganu sebanyak 1,807 dan 12 buah di sita atas pelbagai kesalahan.
Beliau berkata pada Hari Raya Aidiladha ini JPJ akan mengadakan operasi secara sederhana di seluruh negara.
Sementara itu, katanya usaha ke arah kecemerlangan adalah satu usaha yang berterusan, tanpa had waktu atau batasan. “Hari inovasi hendaklah dilihat sebagai hari bagi mengulangi iltizam atau komitmen warga JPJ kepada kerajaan dan rakyat,” katanya. -BERNAMA


PANDANGAN OMAK:-


OPERASI ANTARA DUA DARJAT....ORANG YANG TERDESAK AKAN MEMBUAT PERKARA YANG TERDESAK JUGA...UMNO KINI SUDAH DESPRADO....TERLAMPAU DESPRATE SEHINGGA MENGGUNAKAN SAMSENG JALANAN....NAK SURUH PERKASA ,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO DAH TAK LAKU ....SAMSENG JALANAN NI LAGI PUN UPAHNYA JAUH LEBIH MURAH.... SETANGKI MINYAK PENUH DAN RM20 DUIT KOCEK SUDAH KAUTIM....SEPATUTNYA PIHAK POLIS AMBIL KESEMPATAN UNTUK KEPONG DAN SAMAN SEMUA SAMSENG JALANAN NI... TAK PAYAH BERSUSAH PAYAH NAK KEJAR MENGEJAR SAMPAI BUAT OPERASI KHAS...NAMPAK BENOR SAMSENG JALANAN NI ADA BACKING PIHAK TERTENTU SAMPAI SEKADAR 5 INDIVIDU DITAHAN DAN DIBEBASKAN SELEPAS DIAMBIL KETERANGAN....RAKYAT BUKANNYA BODOH LAGI....MEREKA SUDAH BOLEH BERFIKIR DAN MENILAI....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...