Tuesday 25 October 2011

KALI PERTAMA KHIR TOYO BERCAKAP GUNAKAN OTAK!!!!



Sandiwara politik UIA: BN terkena getah nangka — Dr Khir Toyo


25 OKT — Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri.
Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan.
Dalam bidang undang-undang para peguam sentiasa sahaja mempunyai hujah yang logik berlandaskan fakta perundangan dan hujahan terdahulu walau di pihak mana mereka berada. Dalam konteks ini juga, Prof Aziz Bari telah pun memilih pihak yang beliau mahu sokong. Jadi apa sahaja pandangan, kenyataan dan hujahan perundangan beliau merupakan hujahan seorang ahli akademik undang-undang yang telah membuat keputusan untuk berpihak kepada kumpulan tertentu.
Justeru walaupun sejak dahulu Prof Aziz Bari cenderung ke arah pihak yang satu lagi beliau pernah dijemput menyampaikan pandangan dan buah fikiran dalam majlis membabitkan kerajaan negeri Selangor semasa Barisan Nasional (BN) dahulu. Tidak salah mendengar pandangan yang berbeza.
Kecelaruan Pentadbiran UIA
Namun minggu lalu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengumumkan penggantungan Prof Aziz Bari tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilakukan kerana beliau dituduh mengkritik kenyataan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara tidak wajar.
Penggantungan ini tiada kena mengena dengan Barisan Nasional mahu pun Umno. Ini kerana telah bertahun lamanya beliau mengkritik kerajaan dan kelihatan menyokong kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sehari dua Prof Aziz Bari “membelasah” kerajaan namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepada beliau.
Penggantungan ke atas beliau dilakukan oleh UIA yang mempunyai kuasa autonomi tersendiri. Malangnya, Reaktor UIA tidak memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai peruntukan-peruntukan yang digunakan bagi menggantung Prof Aziz Bari.
Selebihnya mengapa UIA mahu menggantung kerja dan menghalang beliau masuk ke kawasan universiti sedangkan pertuduhan ke atas beliau tidak pun membabitkan kejadian jenayah dalam kampus? Apakah tidak boleh diadakan siasatan dalaman tanpa penggantungan tugas dan juga pengharaman masuk ke kampus?
Sudah tentu jika dibuat siasatan dalaman secara aman ia tidak memberi kesan politik besar kepada Pakatan. Maka sesuatu harus dibuat secara kontroversi bagi menaikkan imej Prof Aziz Bari sendiri dan juga Pakatan DAP, PAS dan PKR.
Kemudiannya dengan tidak semena-mena pergantungan tersebut ditarik balik oleh UIA. Seolah-olah ada perancangan untuk menangguk di air keruh oleh kumpulan politik tertentu dalam menimbulkan keributan terhadap rancangan Perdana Menteri hadir ke Universiti tersebut.
Dengan penarikan balik penggantungan ini tanpa penjelasan yang munasabah ia memberi imej yang hebat kepada kumpulan yang menentang penggantungan Prof. Aziz Bari ini.
Umum mengetahui ramai di UIA yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; justeru Kementerian terbabit perlu melihat sama ada memang wujud sandiwara yang bertujuan menjejaskan imej kerajaan atau ia merupakan satu insiden biasa tanpa matlamat politik.
Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kuasa autonomi, UIA perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu ini. Tindakan yang berubah-ubah mencerminkan sikap tidak profesional pentadbiran UIA dan menjejaskan imej Kerajaan Barisan Nasional kepada kakitangan akademik seluruh negara.
Ahli akademik juga harus berlaku adil dengan mengkritik kerajaan jika salah dan mengakui kejayaan kerajaan atas mana yang dilaksanakan dengan baik. Adalah tidak adil kepada rakyat dan pemerintah jika ahli akademik bertindak dan bersikap seperti ahli politik yang mempertahankan ideologi-ideologi mereka semata sehingga pemerintah hanya tampak buruk semata-mata.
Secara keseluruhannya insiden Prof. Aziz Bari ini hanya menguntungkan tokoh tersebut dan Pakatan DAP, Pas dan PKR.
Malangnya ia memberi kesan buruk kepada BN kerana tindakan-tindakan pentadbiran UIA yang tidak konsisten menunjukkan seolah-olah ada campur tangan politik kerajaan dalam isu ini. Dengan kata lain orang lain maka nangka, BN yang terkena getahnya....

PANDANGAN OMAK:-

KALI PERTAMA OMAK DENGAR KHIR TOYO BERCAKAP MENGGUNAKAN OTAK...NAMPAKNYA BILA NASIB POLITIKNYA SUDAH SAMPAI KEPENGHUJUNG HAYAT MULALAH DIA NAK BERKATA BENAR DENGAN MELAWAN ARUS... MELAWAN PANDANGAN DAN KEMAHUAN DAN INSPIRASI UMNO...KALAU NAK DAPAT PANDANGAN YANG BERNAS DAN BENAR DARI PEMIMPIN UMNO KENA TUNGGU DIA TIDAK BERKUASA LAGI... KENA TUNGGU BILA DIRINYA SUDAH DIPINGGIRKAN DARI POLITIK ARUS PERDANA...LEBIH TEPAT LAGI JIKA NASIBNYA BERGANTUNG KAPADA PERBICARAAN DIMAHKAMAH...HARAP-HARAP LEPAS INI JANGANLAH DIA CAKAP MERAPU SEPERTI KERJA SEBAGAI DOKTOR GIGI UNTUK MEMBELI ARGAM BERNILAI RM24 JUTA...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN
.

3 comments:

  1. Ahhhhhhhhhh..sucinya muka khir...waduh2..

    ReplyDelete
  2. khir toyol...atau khir tolo....

    ReplyDelete
  3. dh jd sampah br nk melawan arus...duit rakyat dh kau tibai...pasir kt selangor habis kau tibai br nk ckp yg betul...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...