Tuesday 25 October 2011

NAJIB MENIPU RAKYAT MARHEAN: CUKAI 6% PRABAYAR, SUDAH ADA KEDAI YANG MULAKANNYA.


Beberapa kedai prabayar kad tambah nilai telefon mudah alih dikesan mengenakan bayaran tambahan 60 sen walaupun empat syarikat pengendali utama telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus pada September lalu.

Peniaga didapati menjual kad prabayar dengan harga RM10.60, berbanding harga asal RM10.

Kerajaan perlu beri perhatian serius bagi mengelak pengguna tanggung kos. - Faidrus Aszmi Suhaimi, Pengguna Tindakan peniaga terbabit sudah pasti membebankan pengguna walaupun isu caj cukai perkhidmatan itu masih dalam kajian semula Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kegiatan itu bukan saja berlaku di sekitar Lembah Klang, sebaliknya di beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Wakil akhbar ini yang membeli kad prabayar di sebuah kedai runcit di Seksyen Tujuh, Bandar Baru Bangi di sini, turut dikenakan bayaran tambahan 60 sen ketika membeli kad prabayar berharga RM10.

Peniaga yang menjual kad prabayar terbabit ketika ditanya tindakannya mengenakan bayaran tambahan itu enggan memberi penjelasan.

Pelajar, Noor Atiqah Sulaiman, 18, berkata beliau berasa tertipu apabila dikenakan bayaran tambahan 60 sen ketika membeli kad prabayar berharga RM10 di kedai terbabit.

“Pada mulanya saya ingatkan peniaga terbabit mengenakan bayaran tambahan itu selepas kerajaan menaikkan caj cukai perkhidmatan enam peratus, tetapi selepas saya semak di laman web syarikat telekomunikasi, saya dapati pelaksanaannya masih ditangguhkan,” katanya.

Seorang pembaca Berita Harian dari Jengka, Pahang, Noordayana Noordin, 23, berkata beliau juga terkejut perlu membayar RM10.60 ketika membeli kad prabayar di sebuah kedai di Terminal Bas Sementara Bandar Tun Abdul Razak.

“Saya ada bertanya kepada peniaga sama ada ia berkaitan dengan caj cukai perkhidmatan atau keuntungan sendiri namun peniaga tidak memberi seberang jawapan,” katanya yang masih menuntut di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Jengka, Pahang.

Seorang pengguna dari Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu, Faidrus Aszmi Suhaimi, 27, berkata beberapa kedai runcit di bandar terbabit seakan kebal dari tindakan undang-undang mengenakan bayaran tambahan itu, tanpa dikenakan tindakan pihak berkuasa.

“Kerajaan perlu memberi perhatian serius bagi mengelak pengguna menanggung kos yang tidak sepatutnya dikenakan. Saya yakin ramai peniaga yang mengenakan bayaran itu,” katanya.

Mohd Ridhuan Mohamed, 25, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, juga terpaksa membayar RM10.60 di sebuah kedai di medan selera berdekatan rumahnya dan menyifatkan tindakan peniaga terbabit sebagai tidak masuk akal.

Pada 13 September lalu akhbar melaporkan empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar dikuatkuasa 15 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini. -BERITA HAIRAN

PANDANGAN OMAK:-

DULU KISAH ASTRO.. MENTERI YANG SAMA BERJANJI TIDAK AKAN DINAIKKAN... AKHIRNYA NAIK JUGA.. SEKARANG ISU CUKAI 6%...KALAU DAH PENIPU TU PENIPU JUGA...SEPATUTNYA PERKARA YANG MENYEBABKAN KEHIDUPAN RAKYAT MARHEAN TERTEKAN MESTILAH KERAJAAN BELA.. INI TAK.. KERAJAAN KEPARAT UMNO ASYIK NAK BELA KORPORAT...SEDANGKAN PENGGUNA PRABAYAR RATA-RATA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH TERUTAMANYA ANAK-ANAK MUDA YANG MASIH MENUNTUT...DIMANA LAUNGAN UMNO TRADISI MEMBELA RAKYAT...UMNO TIDAK TAHU "PRIORITI" DALAM MENGURUS NEGARA...TETAPI BIJAK DALAM MENGKURUSKAN RAKYAT SAMBIL MEMBUNCITKAN PERUT KRONI DAN KAUM KERABAT TERDEKAT MEREKA...RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD...PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...