Thursday 27 October 2011

RAHIM NOOR BANGANG PERLEMBAGAAN, CAKAP PAKAI KEPALA LUTUT



Ambiga: Rahim Noor umpama diktator, tak faham perlembagaan                                                                                    

October 27, 2011
Datuk Ambiga Sreenevasan mengecam Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebagai “diktator” yang tidak faham semangat Perlembagaan kerana bekas ketua polis negara itu sanggup menyamakan gerakan hak asasi manusia negara ini dengan komunis.
Pengerusi gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, ucapan Rahim pada perhimpunan agung tahunan Perkasa semalam menunjukkan beliau kurang faham tentang hak asasi manusia dan status fahaman komunis pada hari ini.
“Ia satu pandangan yang hanya dipegang oleh diktator-diktator dan rejim-rejim yang menindas mahu membisukan suara berlawanan,” kata beliau (gambar) The Malaysian Insider.
Semalam, Rahim menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.
“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.
“Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang marxisme, sosialisme,” kata Rahim.
Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai “agama baru”, Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai ‘laman spiritual’ mereka dan melebarkan pengaruh mereka.
“Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia,” kata Rahim sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.
Sehubungan itu, Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam berkata Rahim harus memahami Perlembagaan Persekutuan yang menyediakan kebebasan fundamental dan hak asasi manusia.
“Terbukti bahawa bekas ketua polis negara ini tidak sedar yang Malaysia juga berada dalam Majlis Hak Asasi Manusia dan kita menganggotai majlis dengan membuat janji dan komitmen kukuh berkaitan hak asasi manusia,” kata Ambiga.
Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan meskipun pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dan halangan termasuk mengharamkan gabungan itu.
Perhimpunan itu menghimpunkan sekitar 50,000 orang di ibu negara dan hampir 1,700 pula ditahan polis.
Susulan perarakan itu, pada awal Ogos lalu pentadbiran Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi membincangkan pembaharuan sistem pilihan raya.
Pada Sabtu lalu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mengadakan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam khusus untuk membincangkan isu pemurtadan. Ia dihadiri sekitar 5,000 orang.
Di akhir tempoh perkhidmatannya sebagai ketua polis negara, Rahim mengakui telah mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan di Bukit Aman,,,,,,MALAYSIAN INSIDER

PANDANGAN OMAK:-
LAZIMNYA PENJAWAT AWAM KALAU DAH PENCEN DAN TIDAK LAGI BERKUASA  BILA BERCAKAP AKAN MENGGUNAKAN OTAK DAN AKAL YANG WARAS....BERKATA BENAR DENGAN BERFAKTA....TETAPI RAHIM NOOR INI ADALAH SPESIS YANG AMAT JARANG DIKETEMUI...SPESIS BANGANG SAMPAI KETULANG SONSOM HINGGA MEMBAWA MATI....TIDAK TAHU MEMBEZAKAN PERKARA ASAS HAK ASASI KEMANUSIAAN DENGAN MENYAMAKANNYA SEBAGAI KOMUNIS.....MASIH MAINKAN POLITIK PURBA PUPUS ZAMAN DEMI MERAIH SOKONGAN ORANG MELAYU....M,EMANG PATUT DAN SESUAI AMAT BELIAU MENDAPAT ANUGERAH TERTINGGI PERKASA.....NASIB BAIK PENYAKIT BANGANG BUKAN JENIS PENYAKIT YANG BERJANGKIT.. KALAU TIDAK HANCUR LEBUR RAKYAT DIBUATNYA....RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD...PR GANTI PR.

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...