Thursday 27 October 2011

UMNO MEMANG GEMAR BUAT LAWAK BESAR!!!!


Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.

abdul rashid abdul rahmanMalah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Menurut Abdul Rashid, beliau menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.

Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang  mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

NONEKatanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah.

PANDANGAN OMAK:-

SEKARANG SUDAH PECAH TEMBELANG SIAPA YANG MENGHALANG....ITULAH OMAK PERNAH CAKAPKAN.. JIKA MAU DAPATKAN KEBENARAN DARI PENJAWAT AWAM.. KENA TUNGGU DIA DAH PENCEN DAN TAK MEMPUNYAI KUASA LAGI....TAK LAMA LAGI GILIRAN PENGERUSI SPR YANG SEDIA ADA... KINI HEBOH PASAL BEKAS KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KUALA LUMPUR MENDEDAHKAN SEGALA SALAH GUNA KUASA PEGUAM NEGARA...RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...