Wednesday, 5 February 2014
BUDAK PEREMPUAN BERUMUR 12 TAHUN BEKERJA SEBAGAI KEDI SAMBILAN, MATI TERKENA BOLA GOLF.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.
“Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.
“Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
astarafirullah..
ReplyDeleteplayer x salah..yg bingai pengurusan kelab
bdk pompuan 12thn kena bola golf? bukan ping pong ke bola tennis nak bawak pesakit luar..5-6 meter jarak pukul?
saman kelab golf tu..
silap2 ada budak pompuan 4-5 thn keje sana kutip bola
tak boleh aku terima benda ni jadi kat mesia
ReplyDeletebudak ni patut sekolah..tapi buat part time cari duit
confirm bdk ni bukan org senang
iskk..apa ke bingai dorang ni
beg kedi lg berat dari budak tu
Sedih ada anak kechik ber sekolah sudah keluar rumah cari makan hidup....
ReplyDeleteMalaysia sudah menjadi seperti India , Bangladesh , Nigeria , Ethopia...
Sedih , amat sedih sudah hilang satu nyawa insan.
Jangan merungut....Memang Mesia tempat Bapak -bapak..main Golf...kalau tak sukeee...pindah daerah yg takde padang Golff kekkke kkeek...
ReplyDeleteItulah Mesia yg aman damai.
yg mangkuk2 tu bleh keliling bdk tu watpe..nak posing2 amik gambar ke..
ReplyDeleteorg tu bukan mati..di biar plak pendarahan dalaman. pastu antar pesakit luar
budak perempuan 12thn okay...!!
kalau kena kat adik aku..nak bayar 1juta pn tak guna dah
iskk..
Salam takziah...sedih dan tragis baru 12 tahun dah terpaksa mencari rezeki membantu keluarga demi kelangsungan hidup...
ReplyDeleteSkg ni x mcm dulu....dulu kena ada handicapped baru boleh turun padang....skg ni even yg baru boleh pukul cukup2 kena bola pun dah boleh turun....bayar je semua fees termasuk insurans...so utk kes ni, adakah insurans cover? Dulu kedi mesti ada kad ikut kelas....kena gantung kad mcm tag lg....skg ni rasanya byk golf club yg x praktis....
ReplyDeletedi cdgkan semua kedi pakai topi keledar.
ReplyDeleteMasyaAllah.. sedihnya saya baca berita ni..
ReplyDeleteMcmana bdk berusia 12 dibenarkan bekerja????
ReplyDeleteharamkan semua kelab golf dalam mesia. sial punya kerajaan
ReplyDeleteKah kah kah...cai lu tak nak salahkn kerajaan ke sbb benarkn mak bapak lu merancok pastu lu lahir kedunia sbgi manusia bebal sokmo...
Deleteyang patut dipersalahkan adalah pengurusan kelab golf itu. persoalannya mengapa kanak2 bawah umur dibenarkan bekerja sebagai kedi? kalau budak tu pemain golf ok la masuk padang golf. yang keduanya pihak hospital juga patut dipersalahkan. mengapa ambil ringan kes ini. tahukan sekeras apa bola golf itu. apatah lagi ditambah dengan momentum pukulan. dah tentu lantunannya amat keras. kenapa tak admitkan anak kecil itu? dibuat scan mengesak kerosakan pembuluh darah utama di leher? so ada dua pihak yg salah di sini. sah anak ini bukan orang senang jika tidak masakan dia perlu bekerja.... sedih ;(
ReplyDeletetulah doktor buduh tiada otak entah mana dia pg belajar... selalu escape kali time msh sek., escape d kagataan........
DeleteMenteri kankong kata syukurlah malaysia masih aman.
ReplyDeletekerajaan buduh
ReplyDeleteYa Allah siannya adik ni...takziah buat keluarga..kelab golf kena btgjwab atas kecuaian ni... budak 12 umur jd kedi??? jwb..jwb..
ReplyDeleteinilah hakikat di Sabah...di pasar umur 5,6 tahun dah jual plastik.Pelik sabah negeri paling kaya hasil bumi tapi rakyatnya menderita.Doktor yang rawat dya pun terlalu buduh,ntah apa yg dichecknya...mungkin banyak sangat doktor-doktor baru dihantar sana untuk jalankan "eksperimen".Orang sana kan tak pandai main-main "Saman" cam org semenanjung,kena plak dgn india.Salah sikit 1 juta mesti mari,ko hadap lah lawyer kaum dwg.
ReplyDeleteanak2 pati kot..mmg fenomena biasa la kalo kt sbh ni.naik rimas aku.pg pasar je, bersepah dorang.tapi, jangan salahkan pati ye.sbb org sabah (bkn smua) lbh mengalu2kan pati dari org semenanjung. org semenanjung ni dihalaunya balik semenanjung. mentaliti org sabah(walaupun tak semua)
Deletesbb org smnjung budu.....................................
Deleteaku org sabah, cuba ko cakap sekali lagi depan telinga aku ni. cuba kalo ko berani
ReplyDeleteAku hampir menitiskan air mata....dulu aku kecik2 kutip bola tenis
ReplyDeleteaku pun dulu kecik2 kutip bola ragbi
ReplyDeleteYa tuhan,berikanlah istirahat kekal kpd adik ALMINDA.
ReplyDelete