Wednesday, 19 February 2014

JAKIM DENGAN TEGAS MENYATAKAN BAHAWA PANDANGAN KASSIM AHMAD, AMAT JELAS DENGAN AKIDAH.




KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini membuat pendirian bahawa pandangan yang dikemukakan Kassim Ahmad dalam satu seminar di Putrajaya minggu lalu adalah bercanggah dengan prinsip ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" itu.

"Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

"Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru itu katanya, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam, jelasnya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad s.a.w..

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

iv. Mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an.

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu.

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadis.

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad.

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv. Hadis adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an.

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.

7. Justeru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.

’Saya Yang Menurut Perintah’

Datuk Haji Othman Mustapha

18 comments:

  1. wow......inikah orang yang mamak kutty sokong....terserlah pisang berbuah 2 kali.dulu kurun ke 15 sudah berlaku dan akan berlaku lagi ditahun 2014 dan mendatang.

    ReplyDelete
  2. Selain dari Pak Kassim ni, rasanya ESQ jugak mempunyai sebahagian pemahaman yg sama dengan Pak Kassim. Namun dihalalkan juga oleh JAKIM. Pak Ary Giranjar dalam bukunya ESQ 165 The Way of Life menyatakan nabi2 mendapat pangkat melalui usaha mereka dan ini bersalahan dengan kefahaman Islam yg sebenar yakni Nabi2 dan Rosul2 adalah dipilih oleh Allah.

    Penafsiran ayat-ayat didalam Al-Quran juga dilakukan sewenangnya. Maaf pada Alumni ESQ, jangan marah tapi carilah kebenaran. Begitu juga pendokong fahaman Pak Kassim ni, lebih baik berusaha mencari jalan pulang.

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah..adakah Jakim sudah bughah ngan Imam besar UMNU si Madey Kutty yang sebulu dengan Kasim Ahmad? Jangan sampai lembu2 UMNU sembelih ayam pulak kang! Kah kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahathir pun wajib dipanggil untuk diperbetulkan akidah nya.jgn pikir bahawa dia mantan piem,dia bole berkata sesuka hati.

      Delete
  4. Jakim menjemput kassim ahmad dan penganjur sebagai usaha memberi penjelasan....lunak dan berhati2 nampak....begitulah apabila yang besar2 ada di belakang

    ReplyDelete
  5. Alahai maleh nk komen di kasim bahalul ni bukannyo x tau sajo jo bueh banggang usah d layan beb....urang cam ni d bitaw brtambah buduhnyo....x di bitaw bbebunyi cam monyet kono cili.....

    ReplyDelete
  6. Jakim nk ajak bncang je.cuba Mat sabu ckp mcm.kompom dh hntar jet2 kepung rumah mat sabu.kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Mat sabun merapu ckp eh...cm x sekolah....citor dlm klambu ngan juta muleh la dgm mat sabun nie...kasim nie ckp ado fact tp banggang sobab dio jo ghaso pndai...ingat yo dio al quran pcayo..hadis dio tolak sbb dio nk dgr dr mulut nabi...gilo ko apo....

    ReplyDelete
  8. pandang je tak ada faedah nya....kasi tangkap itu orng lah.....

    ReplyDelete
  9. Pasai apa pulak org dok sibuk, Dr Mahadir suka dn sayang itu kassim ahmad

    ReplyDelete
  10. Mahathir ni dah boleh terpesong akhidah dia, duly dia hina nabi simpan janggut sebab dia kata zaman nabi tak ada pisau Gillette, lepas tu cakap suruh tafsir semula al quran bagi kesesuaian zaman sekarang, nah sekarang bergabung dengan so kassim munafik no pula, mana ulama ulama besar UMNO, mana kumpulan pendesak Perkasa? mana Hassan Jati? mana pejuang kumpulan Islam yg sembelih ayam? mana tv3? kenapa diam semuanya? Nampak sangat yg mereka ini semua bertuhankan pemimpin umno. Apakah Mahathir ni tak boleh ditegur? Tegur untuk membaiki akhidah bukannya pun nak menghina dia. Sedarlah wahai si mamak kutti kubur dah memanggil manggil Dan dunia pun dah dok kata silakan pergi masih tak nak bertaubat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai 23.04 setakat otak ekau nk jawab madir mmg tolungkup d korjokan... botul la zaman nabi mano ado pisau gillette cam ekau komen tu....mmg x do....jilat jilat ado....pastu madir suruh tafsiral quran ikut suai zaman botul la...ekau ado baco tafsir tahun 70an...ado tak...mmg ekau pun garu telingo...kalu kau blajar ngan guru merah birat la telingo ko....bahaso melayu indonesia mmg buto mato hati kau nak faham...inikan pulak nk suruh budak budak zaman skrg baco laie la poning....so otak madir nie bukan tahap ekau laie poie blajar.....dwn dah marah madir nie....tp cam den cakap dio lupo kojap ingat.....so maleh la...

      Delete
  11. Madir tu bukan kito x mau togur....yo dio mudah lupo td br den marahkan ...dio bcakap laie....lopeh tu dio tanyo balik tadi dio tanyo... nie dio tanyo laie....tu la pasal den lotih togur...pueh dah den marah kan....org tua mano buleh kito marahkan slalu....bdoso....so biaq Allah jo tontukan..yo dio lupo....

    ReplyDelete
  12. kan dah... akhirnya ada juga pihak berkuasa yang berani bersuara, alhamdulillah, saya setuju diambil tindakan ke atas si sesat lagi menyesatkan ini bersama-sama si Badut tua tu sekali. tapi tak jemput je kenapa tak bawa dua lori polis kepung rumah dia ngan rumah mahathir sepertimana yang dilakukan dulu (tak payah la sebut tentu orang ramai tahu cam mana tindakan yang telah diambil ke atas orang-orang yang tak sehaluan ngan pemerintah) ini soal akidah (tv mana yang ada slot ni ntv 7 ? tv 9 ? al hijrah ?) kami nak tengok adakah slot 'kassim selamat' ooops 'Kassim Ahmad' ini akan dibincangkan di dalam slot tu nanti.
    Memang betullah di kassim ni orientalis, nasionalis, pragmentalis, gagalis, sakit mentalis dan bermacam lis lagi.. Kami menyeru kepada PM yang kami sayangi tolonglah ambil tindakan ke atas golongan yang berpegangan bercanggah ngan Ahlus sunnah wal jamaah ni

    ReplyDelete
  13. Ketua Pengarah JAKIM macam dah ilang tolo jo. Cakap tu takut-takut jo. Ekau takut kono buang yo. Montoghi kau apasa ontok??

    ReplyDelete
  14. Ado tolo pngarah tu td den poie ghabo...i
    Elok sehat....isau gak den kang d tuduh cam nuar....montoghi jgn la kau arap an g main golf...lamo dah...otak madir nie pndai eh bkilo kilo....montoghi pandai eh sekati mano leh lawan....den dh marahkan madir tu...kau pun tahu...kojap madir ingat kojap lupo...x koso den nak marah an....biar kan jo...ekau kalu takat otak pun pandai sekati jgn wat gilo...madir ckp tu botul...x do yg leh jawab n terangkan pertanyaan kasim den leh jawab tp kasim ni wat bonggap n sajo x mau faham...jd esay sorah an pado Allah jo bg hidayah.....

    ReplyDelete
  15. Kenyataan balas JAKIM adalah amat kebudak-budakkan dan langsung tidak menjawab hujah yg diberikan oleh kassim ahmad. DAn seperti biasa, tiada hujah dari JAKIM. hanya jawapan klise yg dikemukan.. Saya mengharapkan jawapan yg disertakan dgn surah2 al quran, malangnya JAKIM hanyalah menerapkan suppressing question strategy.. iaitu dgn menggunakan akidah dan logik akal.


    1. Dlm al quran, tiada kasta ulama. Itu yg termaktud di dalam surah al quran. Jakim, sila nyatakan di mana yg mengatakan Islam itu ada kasta paderi. surah 9:31 menerangkan sebaliknya.

    2. persoalan aurat.. Hairan, jika melihat al quran dan menggunakan Jakim tolak, Jakim kata tidak boleh tapi bole Jakim nyatakan dimana yg allah haramkan rambut. Malah hadis yg nabi haramkan rambut pun tiada.

    3. Tentang khalimah shayadah, saya rasa ramai umat islam yg sebenar tidak tahu syahadah di dalam al quran ialah cuma aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkan allah. Itu saja.. Dan al quran menyatakan kalimah nabi muhammad itu rasul allah adalah syahadah org2 munafik. Mengapa Jakim menyembunyikan fakta ini?

    4. hujah yg paling lawak dari jakim ialah hadis menerangkan Al quran.. Sedangkan hadis tidak mampu menerangkan tentang hadis sndiri, bagaimanakah dia menerangkan al quran..

    Ini hanya sebahagian yg saya katakan. Bagi saya, JAKIM tidak lebih dari satu badan yg tidak mahu menggalakn kebebasan pemikiran di dalam umat islam. Dan saya lihat, Jakim mengatakan hadis menerangkan al quran, tapi didalam laman web JAkim sndiri, tiada satu pun Hadis yg dikumpulkan secara terperinci. Mengapa JAKIM tidak terjemahkan semua hadis bukhari mengikut sususannya? mengapa? Malu utk mengaku ada hadis yg benar2 menghina Nabi Muhamamad?

    ayat terbodoh dari Jakim ialah islam menyeru supaya semua umat islam bersatu padu, tapi perenggan diatas Jakim mengatakan mengikut ahli sunnah wal jamaah. Jakim sndiri tidak mahu bersatu padu, dan mengasingkan mengikut mazhab dan kepercayaan, kemudian dia menempelak org suruh bersatu padu.

    Jakim, jangalah jadi hipokrit...

    PedangSakti

    ReplyDelete
  16. Pedang sakti tak payah tunggu JAKIM pegi cari tok guru untuk beguru.dah cari belum

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...