Saturday, 15 February 2014

TIDAK SAMPAI SETAHUN MENJADI KETUA MENTERI MELAKA, IDRIS HARON SUDAH MENUJUKKAN BELANG BELIAU YANG SEBENAR.



Beberapa hari lalu telah tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya.

Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya telah memenangi bidaan MCM 10 dengan harga RM16,610.


Beberapa nama yang dipercayai setiausahanya didapati turut memenangi bidaan membeli nombor plat MCM 2, MCM 3, MCM 4 dan MCM 5 dengan harga antara RM20,000 hingga RM56,100 setiap satunya.

Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11 nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.

Manakala nombor pendaftaran MC
M 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.


Idris dipercayai membeli nombor plat MCM 11 untuk menunjukkan keakrabannya dengan Perdana Menteri memandangkan nombor 11 adalah kegemaran Najib Razak sejak dulu. Bukan saja nombor kereta Najib bernombor 11, malah semua perkara yang dilakukannya jika melibatkan angka, pasti nombor 11 menjadi pilihannya. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan nombor kegemarannya ialah 13, ramai juga pemimpin yang berebut-rebut memiliki nombor tersebut untuk menggambarkan hubungan saling sehati sejiwa dengannya.


Walaupun Idris menafikan pembelian nombor plat itu melibatkan dana awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebuah NGO pemantau jenayah, Mywatch dengan menggambarkan beliau masih siuman, persoalannya yang lebih besar ialah wajarkah beliau, isteri dan para pegawainya membazirkan wang yang mahal dengan pembelian yang dianggal mahal dan mewah itu?


Kita tidak mempersoalkan pembelian itu jika ianya daripada wang simpanan sendiri atau tinggalan nenek-moyang yang berpeti-peti jumlahnya. Namun jika pembelian itu, sama ada oleh Idris sendiri atau para pegawainya, adalah dari sumber yang meragukan, lebih-lebih lagi memandangkan beliau baru lapan bulan menjadi Ketua Menteri, pihak berkuasa seperti SPRM wajar menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.


Tetapi sebagai pemimpin, terutama di ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi dengan pemimpin sendiri kerapkali meminta rakyat berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sederhana, apa yang dilakukan oleh Idris dan para pegawainya ini adalah bertentangan sama-sekali dengan seruan kerajaan itu.


Idris bukan saja merosakkan imej dan nama baik kerajaan, bahkan telah memberi gambaran buruk mengenai perlakuan yang seharusnya dilakukan oleh seseorang pemimpin. Pemimpin bukan saja perlu menunjukkan sikap baik, bersama dengan denyut nadi rakyat, sentiasa menunjukkan sikap sederhana, bahkan lebih penting ialah tidak menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki.


Dengan sejumlah besar penduduk Melaka masih berada dalam kesempitan hidup, terbeban dengan kenaikan kos seharian serta ramai yang lainnya berlumba-lumba memohon BR1M bagi meneruskan kelangsungan bernafas di negara yang semakin sukar ini, kenapakah begitu tergamak Idris Haron dan para pegawainya mempamerkan perbelanjaan mewah mereka?


Apakah mereka tiada perasaan? Tidakkah mereka tersentuh melihat derita hidup rakyat setiap kali turun padang ke kampung-kampung dan desa pedalaman? Bahkan dengan berbangga mengguna plat MCM yang dibayar dengan harga puluhan ribu, ada yang bertanya, berapa tebal agaknya kulit muka beliau sehingga sanggup melakukan perkara yang boleh menyinggung hati rakyat miskin ini?


Jika sebelum ini, Ali Rustam dikecam kerana mengadakan jamuan mewah untuk majlis perkahwinan anaknya yang dihadiri oleh kira-kira 130,000 orang, kini penyakit yang sama berjangkit kepada seorang lagi Ketua Menteri Melaka.


Pemimpin MCA, Liow Tiong Lai turut pernah dikecam kerana memiliki nombor plat WWW 15 dengan harga RM24,200 tetapi beliau akhirnya memulangkan nombor tersebut bagi mengelakkan kontroversi berterusan.


Dengan kesanggupan menghabiskan beratus-ratus ribu ringgit untuk nombor plat kereta, Idris juga telah menunjukkan teladan yang tidak baik bagi golongan muda. Sebelum ini, ramai yang meminta pucuk pimpinan agar mengenengahkan lebih ramai golongan muda sebagai pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri bagi memberi gambaran kerajaan memandang tinggi tentang potensi mereka sebagai pewaris kepimpinan negara.

27 comments:

  1. Ini lah yg direbutkan sangat oleh orang UMNO. Bila dah dapat jadi YB bermakna sebuah mesyen pencetak duit sudah berada didalam miliknya. Itu YB samada ADUN atau MP. Tapi bila jadi menteri kebinet pula dua buah mesyen cetak duit berada dalam miliknya. Rakyat bagi kemenangan kepada mereka dalam PRK/PRU hanya kita memberi laluan kepada mereka mengumpul kekayaan sedangkan matlamat sebenar kita melantik mereka ada sebagai wakil rakyat dan menyuarakan masalah rakyat dan menyelesaikannya,sayangnys apabila mereka berkuasa rakyat yg mengundi memenangkannya dilupakan malah ditindas demi kepentingan mereka. Ini lah dia hakikat sebenar mereka berpolitik. Bagi rakyat yg buta politik akan menyokong mereka tanpa berfikir panjang sedangkan mereka berpolitik hanya mahu mencari kekayaan diri dan kroni. Kepada rakyat 47% diharap celikan mata,dengar melalui telinga,berfikir guna otak dan menilai guna hati sebelum mengundi calun2 YB setiap kali PRU/PRK. Biar org kata kita bodoh tapi jgn diperbodohkan.

    ReplyDelete
  2. Baguih la mlayu kayo.... asik cino babi jo yg boli dulu lah padahal cino ni sakai kaum pndatang kito mlayu byk bagi muka sampai betis.....patutnyo kito sokong org mlayu.....tp mlayu yg memimpin hamjadah asik ikut ckp cino.....di kabur kat duit n menjahanamkan melayu...tembolok sndiri jo....pas pkr umno semau bahalul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa ramai melayu kayo tu tolong melayu miskin.... Naik kan harga barang ikut cakap siapa, ikut cakap melayu ke ikut cakap Cina ?

      Delete
    2. Haluuuuu....

      Lu apa citar beb...ini rahsia parti kita..yg lu pergi tanya soklan dlm blog sapa naik hrga barang wat apa beb...beb lu sndiri blh fikir pmborong dan pembekal org kita beb...lu tngk berapa ramai melayu yg bisnes...ini taukeh semua sokong dap jd pemimpin suci kita panggil diaorg kasi naik harga...
      Sapa kena maki dgn rakyat beb.. lu..gua ..taukeh..dap..pr tarak kena beb...yg kena umno sama bn lg najib pastu tarik mader kutty kasi kow2 kena maki...ini strategi parti kita beb...lu pergi tanya dlm blog apa bikin...lu sial lh beb, lu ingt org tak blh fikir...

      Khak tuih....

      Delete
    3. Gua taukey. Kroni gua umno beb. Gua pengeluar beb. Gua bukan suka2 naik harga beb. Tapi lu fikir beb, kalau kroni gua naik bil letrik, kos pengeluaran gua naik beb. Gua nak makan apa beb. Gua naik pun bukan banyak sangat beb. Gula gua naik 30 sen aje sekilo beb. Gua naik 30 sen sebab gua nak tolong orang melayu miskin Kat kampung2 beb. Lu kena pecaya gua beb. Gua ikhlas mau tolong melayu miskin beb.

      Delete
    4. Alooo... Sikalang wa cilita. Wa ciiina mca. Olang kata wa dap. Tatak butut punyia. Wa hali-hali pom ciakap 1 malesia ma. Wa ale loli angkat balang kilang ma. Sikalang wa manyak susa hati minyiak sula nayek halega. Angkat balang tatak wuntong oooo. Minyiak naik wa angkat balang joho Mali Kedah wa lapat Lima lingit ma. Lu ingat lima lingit mau makan apa..... Sikalang wa sula setel. Wa kasi naik upah halega loli angkat balang ma. Satu balang wa kasi naik halega angkat lima plo sen ma. Sikalang wa balu ala wuntong.
      Lain tawun kilajaan mau kasi naik tol ma. Wa sula susa hati. Tapi wa ingat mau kasi loli tambang up lagi ma. Wa tatak helan. Halega loli angkat tatak naik wa tatak wuntong ma. Wa manyak lugi ma. Lu tatak otak ka kilajaan kasi minyak naik halega wa mau kasi tulun halega wa punyia loli..... Lu gila ma. Kilajaan mau kasi naik halega tol, wa mau kasi tulun wa punyia loli halega? Halega balang naik itu lu punyia pasat ma. Wa tatak helan.....

      Delete
  3. Apakah Ketua Menteri Melaka, Idris Haron mengeluarkan RM20,900 hanya kerana membeli nombor plat MCM 11 menjadi satu kesalahan..... ? Tiada siapa yang boleh menghalang nafsu Idris Haron untuk memiliki plat yang menjadi kesukaan beliau.

    Pekara yang menjadi kebencian rakyat adalah apabila Idris Haron bercakap dan berlagak seperti melayu bangsawan tapi mentaliti kekal kelas ketiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah bila kita mati nanti keranda yg menjadi kenderaan kita ke lubang kubor itu akan dipasang dengan no pendaftaran MCM XX juga? Dan adakah di batu nesan dua biji atas kubor kita nanti akan tertera nama dan no pendaftaran MCM XX juga. Atau adakah di dahi jenazah kita akan ditulis no pendaftaran MCM XX supaya malaikat tahu bahawa kita seorang vvip maha agong abad ke 21. Jika ya, teruskanlah. Jika tidak, elok lah jika Wang sebanyak puluhan dan ratusan ribu itu digunakan sebagai sedekah kpd yatim piatu dan fakir miskin.

      Khalas......

      Delete
  4. x pe, duit tu tak ke mana, rakyat jugak akan dpt manafaatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga barang naik.... Rakyat mana yang dapat manafaatnya ?

      Delete
    2. Alasan biasa yg selalu kita dengar dari kaum atasan kepada kaum pemburuh......kahakkk ptuiii

      Delete
    3. Syukur...dia ikut nasihat pm supaya berjimat tu. Kita rakyat marhaen ni, betenang aje laaaa

      satuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
      satuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
    4. Harga satu flat kereta mb sama dengan harga 7 bijik kereta iswara aku.......

      Delete
    5. haluuuuu...

      lu anon 18:59... satu FLAT kereta MB pun sama dengan harga 7 bijik kereta iswara lu??? mahalnya kereta lu.. Flat berapa tingkat tu??? lu bikin malu la sama puak PR.. gua mau print screen bagi sama bos pun malu beb...

      khak tuih

      Delete
  5. haluuuuu...

    gua punya bos beli banglo 7 juta tarak kecoh pun... puiiiii..

    khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua punya bos buat filem separa lucah 300 juta lebih pun tara kecoh. Senyap terus tara bunyi sikit pun..

      Delete
    2. haluuuu...

      lu punya bos sama gua punya bos sama saja perangai... lu ngan gua saja masih bodoh mau gaduh2.. bos lu ngan bos gua kaya apa lu dapat..puiiii

      khak tuih

      Delete
  6. ALANGKAH MEGAH DAN BANGGANYA JIKA AKU DAPAT MENAIKI SEBUAH KERETA TERNAMA BERFLAT MCM10 DAN MCM11. FUYOOOOOO.....KALAU AKU BERKERETA DIBANDARAYA, SUDAH TENTU SEMUA MATA AKAN MEMANDANG PADAKU.....ALANGKAH BANGGANYA AKU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umono haramjadah iblis setan babi bangkai tolol sial celaka lahabau pukimak cunnik pundek pelir butoh burit pantat maaaampoooos cepatlah omono babi bangsat.

      Delete
  7. Bolehke dia bawa merc tu duduk belakang pun nmpk sonkok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa benda kau nak bgtau ni khak tuih? kalau ikut statistik pengunjung blog omakkau ni ramai jugak tahap sekolah menengah pun tak abis.. salah satuya kaulah khak tuih..

      Delete
  8. Bolehke bawa merc tu duduk belakang pun nmpak songkok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukuplah tunjuk kebodohan kau tu sekali saja khak tuih... ke sebab kau nak cukupkan jumlah komen.. sehari kena komen berapa khak tuih? banyaklah duit kau dapat...

      Delete
  9. cehh..penat aku baca ja..ni pon nak jadi isu ke????ingat kan 200k...haha..takat 20k 2...mak aku yg kerja jurutera pon mampu...nikan plak menteri..hahah..haiyaa...selamat aku x maki2 kat wall FB tadi..hahah...isu bodo pon nak jadi bahan..bab naik harga..tanya la toke2 kedai n ikan....nak cakap sunsidi diturunkan x plak..dinaikkan xplak..maby mahal sebab keadaan sekarang..ikan mahai kott..hahah

    ReplyDelete
  10. PRK Kajang lg mmbazir duit....berjuta2 abis sbb nak naik MB...setakat beli nombor tu biasa la....yg macai2 PR ni dengki sgt nape...kalo tak mampu..diam je la...takpun pegi kedai nombor ekor...beli la..murah je....bingai punya PR

    ReplyDelete
  11. Ketua Menteri Melaka skg sudah kaya, biarlah dia beli, untung JPJ untuk pendapatan negara.Tapi keadaan skg semua naik, jgn tungjuk belang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...