Saturday, 15 February 2014
KOLEKSI GAMBAR BANJIR TERBURUK MELANDA SABAH YANG DISOROKKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA.
Inilah koleksi gambar-gambar yang memaparkan kisah banjir terburuk melanda negeri Sabah terkini yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana situasi sebenar..
Bandar Beaufort dan sekitarnya lumpuh akibat hujan turun dengan lebat berterusan tanpa henti... Rakyat Beaufort mengeluh tentang tiadanya bantuan sampai dari Kerajaan UMNO/BN pimpinan Musa Aman.
Kalau lihat dan dengar disemua saluran TV bukan main lagi kencang deras para pemimpin UMNO/BN bercakap kononnya sebuah kerajaan perihatin rakyat .. kerajaan yang mendegar keluhan rakyat . Hakikatnya itu semua adalah propaganda murahan janji cakap berdegar tetapi tunainya tiada.
Rakyat mula mencemuh dengan berkata lambatnya datang bantuan mungkin kini sedang sibuk membungkus barang-barang bantuan dengan logo BN terlebih dahulu.
Jelas cara UMNO/BN berpolitik ialah ketika maukan undi janji sampai kalau boleh nak beri bulan dan bintang .. bila sudah diperolehi janji entah kemana bantuan masih tidak nampak bayangnya.
Semoga rakyat Sabah kini sedar bahawa mereka hanya dianak tiri semata-mata para pemimpin UMNO/BN merasakan bantu tidak bantu rakyat Sabab tetap memberikan undi kepada UMNO/BN.
Jadi rakyat Sabah kena bangkit serupa rakyat di Semenanjung . kasi ajar sikit agar UMNO/BN merasa sakit dan perit supaya jangan main dengan perasaan dan emosi rakyat.
JOM UBAH .. UMNO/BN KITA SAMA-SAMA PAKAT KASI REBAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Macam ni lah perangai kerajaan mesia dengan sabah. Banjir buruk di sabah tiada pon masuk rtm ke utusan ke. arini tengok muka depan kosmo, headline semua pasal sex2. otak sex tul. Orang2 sabah undi lah lagi BN. Tabung bantuan banjir pun taraa. sukur kamu undi bn.
ReplyDelete-orang sabah
relax bro...bapak kau tu masa kecik pun mentedarah duit UMNO juga...PKR baru aje wujud...cuba fahamkan sejarah...tak ke kepala sex tu bapak yang kau puja aljuburi...he...he..he...jgn marah bro...
Deletebanjir ni kt beaufort. Kt tenom lagi teruk bos. X nampak pun wakil rakyat datang menjenguk. Ommakkau bagi tengok sekali lagi gambar Sultan Brunei datang tengok banjir kt Brunei.. Sekarang rasakann laahhh. Dulu tidak undi Lajim Ukin. Undi BN. Undi Limus Jury. Orang tenom undi Rubin Balang.
ReplyDeleteYou vote for BN, You help BN wins. Now you get what you deserved.
undi lagi bn.
ReplyDeletekalau banjir mcm ni layak dapat bantuan TV LCD dan Peti Sejuk.... rasanya tiada beza sabah dan terengganu... kedua² negeri mempunyai hasil minyak.... jadi apa lagi.....
ReplyDeleteBagi kupon claim je bang. TV n peti sejuk claim ari ni tahun depan baru dapat. heheee
DeleteMedia tunggangan umno hanya menyiarkan masaalah negeri PR sahaja terutama P.Pinang,Selangor dan kelantan sahaja.Negeri-negeri tadbiran umno bn tiada masaalah.Orang asal Sabah tidak dapat menurunkan umno bn sebab sudah jadi bangsa minoriti,pendatang projek ic indon, pakistan dan filipina yang menjadikan Sabah negeri deposit tetap umno.
ReplyDeleteRata2 orang local sendiri pun sokong BN.. Terutama orang2 tua. Biasalah.. x undi BN bantuan ditarik balik. Gitu lah ugutan2 BN dulu. Tidak apa. Pendatang2 pun tinggal di Sabah juga. Harga barang naik diorang lagi teruk terasa. Pelan2 mampus pendatang2 semua tu. Itu BN juga yang bawa masuk. Sudah x tahan kos hidup di sabah boleh lari p semenanjung. Rompak bank. Bunuh orang.
DeleteWhat BN did to sabah will haunting them.
Hello saudara-saudara di Sabah bila lagi nak tendang parti umporno dari Sabah. Tak kan nak tunggu bumi Sabah licin macam dahi najib, tak kan nak tunggu minyak Sabah habis disedut, takkan nak tunggu duit negeri dah habis, oh ye Sabah ade duit lagi ke. Kadang-kadang orang Sabah ni kelakar betul, kira-kira lawak antarabangsalah. Masa zaman Tun Mustafa dulu ada orang Dr Tan Chee Koon kena belasah di Sabah. Ada ahli politik Semenanjung tak boleh masuk Sabah. Bukan main act betul orang Imigresen di Sabah. Yang kelakarnya beribu-ribu orang Filipina masuk Sabah, lepas tu dapat kad pengenalan. Sebelum terlambat eloklah berubah untuk masa depan anak cucu. Sementara tu bolehlah datang ke Semenanung untuk kerja drebar bas atau pun sekuriti!!!
ReplyDeletebetul2. ari tu sebelum PRU13, PKR mau masuk sabah macam taik ja imegresen tu di airport x benarkan masuk. Padahal beratus2 tanduo sana LD masuk macam masuk kedai ja. Siap dengan senjata2 dorang. Congrats IMEGRESEN. Kamu jugallaaaa!
DeleteMohon ADUN2 di Sabah sila kosongkan kerusi. Buar PRK sekali lagi supaya rakyat dapat bantuan.
ReplyDeleteSori bro. Kau gila ke apa? Nak kosongkan kerusi. Abih sapa nak bagi kontrak juta-juta. Mana nak cari duit nak meli merc, porche, kondo dan bela betina kat KL. Lu cerita sikit kalau wa keluar umporno mana nak cari duit. ? Abih tu orang Sabah susah macam mana? Sapa cakap susah? Wa orang Sabah tau!! Wa hidup senang tau!!Jangan buat malu la bro. Sori wa tetap mati dalam umporno!!!
DeleteNegeri2 yang punyai hasil minyak seperti sabah kena kenduri minyak oleh negeri2 yang tiada minyak.Pembahagian kekayaan dalam bentuk subsidi minyak oleh umngok tidak membantu sebab harga barang dari semenanjung masih juga mahal dari sabah sedangkan bila subsidi dikurangkan semua negeri merasa kenaikan walaupun sebuah negeri pengeluar minyak.
ReplyDeleteDisinilah terserlahnya kebijaksanaan Almarhum Sultan Sir Ali Omar Saifuddin yang tidak mahu masuk Malaysia dari dulu lagi. Almarhum tau kalau masuk juga habihlah kaki botol joli sakan tujuh keturunan makan duit minyak Negara Brunei Darussalam. Sekarang dah buat pulak undang-undang Islam, insyaAllah rezeki akan melempah ruah dan rakyat akan hidup aman dan makmur. Rakyat Malaysia terutama dari Sabah bolehlah ke sana jadi dreba bot atau tukang repair enijn-enjin marin. Tak de trafik jem macam bawak bas kat KL. Jangan marah ini akan dan mungkin sedang berlaku!!!
DeleteHasil minyak umpama makan hasil ramai-ramai, pengeluar hasil seorang-sorang...kah..kah..kah..
ReplyDeleteUrang lama Sabah: "ooi ...kamorang jgn jadi gila ..ini banjir kajadian alam, mana ada sabab UMNO laa ...bodo la kamu "
ReplyDeletetakde sapa pun cakap umno sebabkan banjir...org pertikaikan kenapa tiada pemimpin umno yg dtg menjenguk dan berikan bantuan kemanusiaan...kamu la yg bodo
DeleteSepatutnya banjir ni jadi kat parlimen kinabatangan....baru syok tengok perangai MP kebinatangan nak balik kampung ke tidak......bersuara la sikit MP oi...bagi media2 'buka mata' tolong rakyat sabah walaupun jauh dari kawasan awak...atau MP 'lemas' dalam dakapan...
ReplyDeleteBung Mokhtar mana?
ReplyDeleteDah lemas dalam dakaman bini kot
DeleteBahalul puak pkr...inikan bencano alam..x kan Allah nya ujian lu org nk berbalah...x siar sobab pemberito sebok angkut barang umh banjir...
ReplyDeleteOrang sabah sudah biasa susah. Kalau mereka disusahkan oleh BN sabah nanti mengundi tetap akan menyokong BN. Entah apa yg ditakutkan oleh orang sabah untuk menukar pemerentah. Anggap lah negeri sabah itu sebagai sebuah yg didalam bas tersebut dinaiki oleh rakyat sabah. Kita bukan mahu tukar bas tapi mahu tukar pemandu dan kondukter bas sahaja kerana pemandu dan kondukter bas tidak boleh diharap bawa bas gila2 kondukter pula songlap duit tiket. Salah ke kita menukarnya dengan pemandu yg baru kondukter yg baru. Apa orang sabah takut untuk berubah. Kalau masih ketakutan jgn harap lah orang sabah mahu maju kehadapan.
ReplyDelete