Kena terima hakikat dan kenyataan akan kebolehan, kemampuan, keberanian, kehebatan dan kehebatan DSAI tidak boleh disangkal dan ditandingi mana-mana pucuk pimpinan tertinggi UMNO.
Mampu berdepan dengan rakyat yang keluh resah tentang perkara pokok yang merisaukan mereka secara berdepan dan sekali gus memberi keyakinan dan keredaan.
Memiliki political will yang amat tinggi dan politcal strength yang luar biasa yang membolehkan setiap permasalahan yang berat mampu dirungkai secara pantas dan tuntas.
Ketika Najib masih membisu terkedu tidak mampu melakukan sesuatu, DSAI dengan penuh keyakinan dan keberanian berjumpa dengan rakyat beragama kristian di sebuag gereja di Kajang pagi semalam.
Ini baru dinamakan pemimpin .. Memiliki ciri kepimpinan untuk memimpin. .. Bukan sekadar nama dan status pemimpin tetapi tiada aura kepimpinan yang kuat dan jelas.
Rakyat Malaysia dapat mempelajari beberapa perkara hujung minggu lalu, daripada pemimpin pembangkang yang cuba berjumpa dengan semua, kepada rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan juga pencetus masalah.
Ada yang masih menganggap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sesumpah politik, namun lawatan ke gereja di Kajang semalam membuktikan satu perkara – beliau sanggup melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan – mendekati rakyat tanpa mengira fahaman agama.
Mungkin beliau hanya mahukan undi, inilah yang akan diperkatakan golongan yang tidak menyukainya.
Namun pemimpin PKR itu melakukan satu perkara yang pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak lakukan sejak sekian lama – bertemu rakyat Malaysia di luar komuniti sendiri dan menjadi pemimpin untuk semua lapisan masyarakat, bukannya hanya kaum dan agama mereka sendiri.
Pernahkah kita lihat pemimpin BN di hadapan rakyat biasa, bukan dari parti mereka, kaum atau agama mereka sendiri dan menjawab pertanyaan mereka?
Dalam kebanyakan kes, majlis yang diaturkan dipenuhi media dan mereka yang dibayar untuk mengambil gambar pemimpin tersebut.
Anwar sudah tentu tidak bersendirian.
Pemimpin PAS seperti Khalid Samad dan Datuk Mujahid Yusof Rawa turut menemui masyarakat daripada pelbagai kepercayaan sejak beberapa tahun lalu.
Mereka masih kekal dengan iman mereka, dan tidak gusar dilihat di dalam gereja dengan berlatarbelakangkan salib atau bercakap dengan lembut dan terbuka kepada penganut Kristian.
Namun bagi pemimpin BN, mereka lebih selesa dengan kumpulan mereka sendiri dan menyebabkan mereka tidak memahami kehendak majoriti rakyat Malaysia.
Mungkin orang menjangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan perkara yang sama, berjumpa semuanya.
Lebih-lebih lagi beliau bercakap soal 1 Malaysia, sama seperti slogan Bangsa Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991.
Perdana menteri itu bagaimanapun, kekal membisu.
Sebaliknya, Utusan Malaysia, akhbar milik Umno mengambil pendekatan keras berkaitan kaum dan agama, dengan seorang pengarangnya memberi amaran kepada bukan Melayu agar jangan melampaui batas dan sedar siapa majoriti di negara ini.
Tambahannya, kenyataan curiga dengan insiden yang hanya berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR) – tindakan provokasi yang mungkin akan mencetuskan pertelingkahan agama.
Rakyat Malaysia mana yang terlalu bodoh untuk mengedar Bible di luar sekolah kebangsaan atau mencampakkan daging babi ke masjid?
Mengapa ia hanya berlaku di Pulau Pinang dan tidak negeri-negeri lain?
Ini berlaku selepas kain rentang provokatif dan serangan koktel molotov turut berlaku di gereja di negeri berkenaan.
Siapa yang waras fikiran akan melakukan perkara seperti ini di Malaysia?
Insiden-insiden ini hanya menjurus kepada teori bahawa ada satu kumpulan ingin mencetuskan ketegangan di Malaysia, terutamanya negeri dikuasai PR.
Mengapa? Terdapat pelbagai kemungkinan kepada persoalan tersebut.
Polis sudah pun memulakan siasatan terhadap kes ini, namun sebarang tindakan susulan hanya akan mencetuskan ketegangan agama di dalam negara yang hanya menguntungkan sebahagian pihak.
Berita baiknya, di luar sana ada rakyat Malaysia yang lebih mengetahui segalanya, seperti kumpulan dari Lembah Klang yang ke Pulau Pinang sejak minggu lalu untuk mempromosikan kemanan dan harmoni.
Ini turut membuktikan satu perkara – ada rakyat Malaysia yang mengenepikan provokasi dan ancaman untuk menghulurkan persahabatan mereka dan senyuman yang menjadikan rakyat Malaysia antara manusia paling lembut di planet ini.
Ahli politik sepatutnya sedar, rakyat mahukan negara yang lebih baik untuk semua, bukan dibezakan dengan agama, kaum dan kelas.
Akan ada lebih banyak lagi minggu-minggu yang menggembirakan atau menakutkan untuk menyaksikan Malaysia semakin musnah.
Namun pihak Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu menangani isu panas.
Adakah BN mampu melakukan perkara sama atau sekadar mengeluarkan kenyataan yang tidak memberi kesan kepada rakyat di jalanan?
Satu lagi pengajaran daripada minggu lalu.
Lebih ramai rakyat Malaysia cintakan keamanan berbanding mereka yang mahu mencetuskan ketegangan dengan provokasi .. TMI
Satu pendekatan yg berjaya.tahniah DSAI
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
DeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
UMNO kalu buat mcm ni kena la tabur duit ke..beras ke...kehkehkeh
ReplyDeleteUmno kalau nak buat kena ada LUCKY DRAW...baru penuh dewan. Umno...penuh dengan makan2 ,
ReplyDeleteKalu joki kau nuar x kemano dapek la tu......
ReplyDeleteKaki kencing cakap memang sedap just guna air lior jee
ReplyDeleteauta je lebih....tipu..fitnah...kelentong....merapu...tah apa2....mmg pakar la mamat ni.....tu yg ramai sgt2 dtg tu.....pirahhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeleteBravo Dato Seri Anwar Ibrahim! BRAVO dan TAHNIAH kerana anda la pemimpin pilihan rakyat-Terbaik!! Untuk rakyat! Kami menyokong perjuangan anda DSAI-Selangkah tawan PUTRAJAYA!-Mana macai UMNO BN yg tak suka bole pindah ke negeri lain-ikut kata pemimpin UMNO korang-Jangan berundur DSAI-Warga kajang support you-
ReplyDeleteApa la yg dijual kat gereja tu agak2nya ye????
ReplyDeleteCer citer ... ce citer...
ReplyDeleteKasihan belajar tinggi tapi tak de kerja. Hutang PTPTN pun tak bayar lagi. Sementara tu bolehlah jadi hamba abdi ameno di alam siber. Sementara anak-anak bukan Melayu berebut peluang anak melayu menjaja fitnah pun cukuplah. Usaha malas, selera besar, cakap Inggeris taraf darjah 3, sejarah malaya tak tau. Kesian anak-anak emlayu asyik kena tipu dengan ketua-ketua nya. Anak-anak pemimpin belajar diluar negara berkelulusan hebat, awak yang jadi hamba nak duduk dalam rumah kotak kasut bandaraya pun tak berduit!! Lu orang terjun ke dalam dam klang gate lagi baguih!!!
ReplyDelete