Thursday, 6 February 2014
PENAMATAN KONTRAK KAKITANGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (PHSB) MENJIMATKAN KOS OPERASI RM7JUTA SETAHUN.
SHAH ALAM: Penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Holdings Sdn Bhd akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia menunjukkan PKNS berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak.
Beliau menjelaskan, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.
"Penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd adalah hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.
"Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi.
"Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," kata beliau pada sidang media di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.
Khalid berkata, penamatan kontrak 22 kakitangan itu dilakukan kerana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.
"Selaras dengan polisi Integrity Pact, Kerajaan Selangor memberi kepercayaan penuh kepada pengurus besar yang baharu untuk membuat perubahan yang berkaitan demi kebaikan PKNS dan anak-anak syarikat.
"Ini termasuk kajian semula usahasama dan projek-projek, menyusun semula akaun PKNS dan melaksanakan straegi untuk meningkatkan keuntungan," katanya yang juga Pengerusi PKNS.
Sebelum ini, beliau mengarahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Setelah sekian lama negeri PR Selangor diserang dengan sentimen agama tiba masanya umno diberi modal selain dari isu agama.Kita tengok betapa banggangnya macai umno dalam perkara ni.
ReplyDeletesemua menjimatkan.. PKR buat apa pun takpa.. pemimpin suci..
ReplyDeleteManggai 22 orang keje gaji n kos operasi 7 juta setahun!!! Bape gaji depa ni sbulan.... Hampeh sapa yg buat kontrak cam gini!!!!
Deleteumno--stupidity as it best.
ReplyDeleteKau tulis Inggeris macam ni pengikut diorang pandai baca ke. Teringat aku kat mamak yang jadi menteri penerangan dulu terkial-terkial cakap Inggeris sampai wartawan Indonesia pun tergelak. Aku Melayu kulitnya sawo matang bukan hitam legam macam menteri besar negeri pasir dua butir!!!
DeleteDimana pun pakatan perentah mole (pengintip) Umngok pasti ada....110% agree with the retrenchment....
ReplyDeletejimat 7 juta setahun ? pulangannya tak sampai 140 juta sekelip mata macam penajaan konsert k-pop
ReplyDeleteapalah agaknya nasib 22 kakitangan tu,kesian family diorang hilang punca pendapatan, yang pasti majoriti mesti berbangsa Melayu
ReplyDeleteYang heran bila mana kenaikan pendapatan adun2 di Selangor takda pulak nak pikir pasal urus tadbir yang baik- bila rakyat mengamuk,baru nak bekukan kenaikan.
Terpikir pulak bila PR naik jadi gomen, maka akan ramai la pekerja yg berstatus tetap akan di paksa jadi pekerja kontrak dan kemudian dengan mengunakan alasan 'mematuhi urus tadbir koprat yang baik' mereka dinyahkan dalam perkhidmatan - dan sekali lagi bangsa yang bergelar Melayu jugak la yang jadi mangsa.......mana hilangnya negara berkebajikan?
hmmmmm......usah mengeluh.terima ajer ler.itu kan takdir Allah swt.kenapa nak dipertikai plak.sesuatu terjadi dengan kehendak dan keizinan Allah swt.kenaper bro.tak bole terima ketentuan Allah swt ker.berat tu bro.macam menolak rukun iman jer.
DeleteKalaulah jimat 7 juta semata-mata untuk gaji depa, tak perlulah kita susah hati pasal 22 orang pegawai kontrak tu. Cuba bahagi 7 juta dengan 22 orang, purata setahun seorang menerima sedikit kurang daripada RM500,000. Kalaulah depa dah bekerja 5 tahun, depa dah tak perlu kerja lagi sebab sudah terima gaji sebanyak 2 juta. Cukup untuk seumur hidup.
DeleteJangan lupa ada ramai lagi pekerja kontrak kat kerajaan Malaysia. Awat tak pi bising kat kerajaan Malaysia. Hujung tahun lepas saja, beribu pegawai kontrak (bantu guru) yang ditamatkan kontraknya. Ini baru 22 orang saja dan habuan pulak tinggi no.
anon 1953 ayat hang "terfikir pulak......" menunjukkan otak hang ada kat kepala lutut mcm cai cai karat biru yg lain...betulah kata cek det ...
DeleteNampak tak sekarang kebijakkan MB Khalid. Azmin dah kena tendang. Azmin cucuk DSAI masuk bertanding. Khalid tendang lagi orang azmin yg dlm organisasi yg tak menguntungkan tu.hehaheheheh
ReplyDeleteKhalid pemimpin profesional! Terbukti menjaga rakyat selangor.Tiada sebab perlu ditukarkan kpd yang lain!!
HIDUP TAN SRI KHALID!!
kami pegawai2 kanan, councillor2,,,yg telah Tan Sri beri tunjukajar selama ini dari seluruh selangor akan pastikan Tan Sri menerajui selangor demi rakyat!!!
Tak kisah sapa pun bolih jadi mb selangor asalkan bijak dan pandai mengurus hasil negeri selangor dari pakatan rakyat tak macam puak dari mb umno bn kaki rasuah habis hasil negeri selangor disonglap olih kroni mereka.
ReplyDeleteBaguss! Lepas ni kasi kita olang jadi leader ini selangor.. Kami DAP pun ada calon melayu . Islam punya orang. Lainkali Selangor DAP akankasi calon melayu bertanding next election.
DeleteBanyak bagus ini melayu Anon 22:04.
lalalala
Kes ini macam pegawai NKRA di Jabatan Perdana Menteri. Dibayar gaji yang bukan saja lebih tinggi, malahan sangat tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan sedia ada. Tugas dan Tanggung jawabnya juga bertindih. Sehingga hari ini, tertanya-tanya apakah sumbangan depa kepada negara? Makin hari makin bertambah hutang negara. Pegawai-pegawai ni telah menyebabkan budget JPM bertambah ratusan juta semata-mata bayar gaji depa tu saja. Fikirlah dengan otak kat lutut. Idris Jala tu ... Melayu Islam kot?????
ReplyDeleteAku sokong anoy 22.04 siapa juga boleh jadi MB asalkan membela rakyat. Bagi MB melayu macam Pahang bukan dia bela rakyat disonglapnya duit rakyat adalah. Macam MB Perak dia bukan Melayu pun Mak Pak dia orang Pangkor India Muslim tang mana pula boleh jadi Melayunya pun boleh jadi MB. Bawah tadbir beliau Perak aku tengok banyak perubahannya. Seei Iskandar sulu hutan sekarang dah jadi Bandar.Waimma orang cina sekali pun kalau islam dan berpegang kepada hukum Allah apa salahnya jadi MB daripada bagi melayu jadi MB tak ketahuan hujung pangkal bagi pelingkup agama dan bangsa buat apa. LGE tadbir Pineg ok je. Lee Kuan Yew tadbir Singapure nah boleh lihat betapa mewah dan majunya Singapore. Malaysia Melayu dulu kini dan selamanya makin undur kebelakang.
ReplyDeletecuba hang datang singapore.. tinggal sini kejap dlm 5 tahun. mewah ye..
Delete-Rakyat Melayu singapore-
Baru ditamat kontrak amporo dah menyalak macam ukoi. Berapa ramai orang bekerja di kilang kena buang, berapa pulak banyak syarikat tiba-tiba tutup pintu dan pekerja tidak dibayar pampasan. Kadang-kadang syarikat terbabit ada ahli lembaga pengarahnya orang umporno perut buncit. Buat dek saja. Bila sebut kontrak mestilah ada tempoh. Mengapa banggang sangat. Anak aku kerja dengan syarikat Oil and Gas pun kontrak juga. Kalau tak disamung carilah kerja lain. Itu pun bingai. Mat Bangla datangsini tak kecoh pun pasal kerja.
ReplyDelete