Tuesday, 29 October 2013

PENGERUSI TABUNG HAJI YANG BARU AZEEZ RAHIM, KATA SUSU PEKAT LUPUT TARIKH SUMBANGAN DARI BELIAU SEBENARNYA ADALAH UNTUK KEGUNAAN PARA PETUGAS BN PRK DUN N20 SG LIMAU!!!!!!



Begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina?

YAN: "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan.

Tambah Azeez lagi, "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."

Azeez menasihatkan Mahfuz agar tidak menggunakan taktik politik sempit kerana tarafnya sebagai seorang Naib Presiden PAS.

Terdahulu, sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN)  kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap dicemari dengan penemuan susu pekat didakwa telah luput tarikh dalam pemberian itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata penemuan susu pekat tersebut disedari oleh seorang wanita yang mendapat sumbangan tersebut.

“Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam,” kata Mahfuz

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu.

“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

“Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan,” kata beliau.

Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung.

AKHIRNYA MUHYIDDIN YASSIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA KEBIADAPAN BELIAU MENGHINA ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN RAZAK.



YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf. Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras disini.

Menurutnya, sebagai manusia, jikalau kenyataan pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham, beliau memohon maaf.

"Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan isu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu "Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.

"Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa berada disini manakala TPM pula berada di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) sanggup melihat ada orang atau keluarga yang sedih, pedih dan terasa yang amat sangat dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan keengganan beliau untuk memohon maaf," katanya lagi.

KERANA PULUT SANTAN BINASA .. KERANA MULUT MARUAH DIRI BINASA.  NAK BODEK PUN AGAK-AGAKLAH DALAM MENGGUNAKAN BAHASA .. AWAK TU BUKAN RAKYAT BIASA TETAPI PEMIMPIN NOMBOR DUA NEGARA.

HEBOH HARGA GULA DI THAILAND DI KATAKAN RM2.10 SEN SEKILO DI MALAYSIA KINI RM2.84 SEN SEKILO ... KEDUA DUA NEGARA TIDAK MEMBERI SUBSIDI KEPADA BARANG KEPERLUAN INI ... MENGAPA THAILAND LEBIH MURAH?????


Menurut sumber di khabarkan negara Thailand yang juga tidak memberikan satu sen pun subsidi kepada gula harga runcit dipasaran negara tersebut ialah  ialah RM2.10 sen sekilo sedangkan negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO dibawah kepimpinan pemimpin yang paling di puja, julang dan dikagumi oleh para penyokong,pendokong dan ahli UMNO kini Dato' Seri Najib Razak, menjualnya kepada rakyat dengan harga RM2.84 sen sekilo.

Jika berita dan laporan ini benar lagi sahih ..... Mengapa boleh terjadi jauh beza harganya?????

Adakah negara kita mengimport gula dengan membayar melebihi 10% harga pasaran terbuka sehingga terpaksa rakyat membayarnya dengan harga RM2.84 sen sekilo??????

Apakah selepas ini akan berlaku penyeludupan gula dari negara Thailand masuk kenegara kita?

Perlunya pihak berwajib dan Kerajaan UMNO 1M'sia memberikan jawapan demi pencerahan.

GAMBAR PROFIL AKAUN FB PENGAWAL KESELAMATAN YANG MENEMBAK MATI PEGAWAI WANITA OPERASI AMBANK SUDAH DI PADAMKAN!!!!!


Gambar atas selepas didedahkan dan gambar bawah sebelum didedahkan.

Apabila kisah pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu yang menembak mati seorang Pegawai Operasi AmBank Cawangan USJ Central, Subang, Selangor didedahkan mempunyai akaun Facebook atas nama Ardi Ode Putra Katela kini menjadi heboh dan kecoh di alam maya .... tetiba gambar profilnya di akaun FB tersebut sudah padam dan hilang!!!!

Untuk memadam dan menghilangkan gambar profil tersebut mestilah individu yang tahu nama email dan kata laluannya.

Adakah ini memberi makna dan mesej jelas bahawa tuan punya FB atau lebih tepat Pengawal Keselamatan itu telah memadamkannya sendiri?

Ini menunjukkan beliau sedang memantau segala kisah mengenai pembunuhan kejam dan rompakan ini melalu internet.

SUAMI ADUN PKR ISTERI KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN !!!!!


Ini bukan kisah fiksyen tetapi kisah benar lagi sahih dan tepat.

Suami seorang Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN)  Matuggong bernama Jailani Hamdan dari Parti KeADILan Rakyat sedangkan isterinya Redonah Bahanda pula kini adalah seorang Ketua Wanita Bahagian Marudu yang berjaya menumpaskan penyandang sejak 30 tahun Tina Majwan.

Jailani Hamdan sebelum menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR) merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu.

Semasa pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini pihak lawannya telah menggunakan isu bahawa suaminya seorang ADUN PKR/PR musuh ketat UMNO namun beliau tetap juga menang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Marudu.

Calon yang beliau tewaskan bukan calang-calang individu .. cukup sinonim dengan Wanita UMNO Kota Marudu.

Persoalan yang kini menjadi perbualan rakyat Kota Marudu dan DUN Matuggong, Sabah ialah .. seandainya mereka berdua berdepan satu lawan satu dalam PRU 14 nanti di DUN atau Parlimen yang sama tetapi mewakili parti lain-lain ... Apakah yang bakal terjadi?

SEKADAR MEMBERI INGATAN SEBAB MELAYU MUDAH LUPA!!!! ... TUAN PUNYA SECURIFORCE MERANGKAP KETUA WANITA UMNO KEDAH DAN EXCO WANITA UMNO DATO' MAZNAH HAMID DENGAN NAJIB RAZAK BERBESAN.


Kisah ini semua orang tahu sebab cerita lama .. tetapi bak kata mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad ... Bani Melayu jenis mudah lupa ... maka kita imbau dan siarkan kembali perhubungan antara Ketua Wanita Kedah merangkap Exco Wanita Malaysia dan Pengerusi Eksekutif Kumnpulan Securiforce Sdn Bhd Dato' Maznah Hamid dengan Dato Seri Najib Tun Razak yang mereka ada berbesan.

Anak lelaki sulung Najib Razak dengan isteri pertamanya Mohd Nizar Mohd Najib 35 tahun telah berkahwin dengan anak perempuan Dato' Maznah Hamid Nur Sharmila  Shaheen Mirza.

Cucu sulung Najib Razak nama Mohd Nabil Mohd Nizar adalah hasil perkongsian hidup Mohd Nizar dengan anak Maznah Hamid.  Kini mereka difahamkan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Kini negara menjadi riuh rendah gegak gempita apabila Syarikat Securiforce telah dikaitkan sebagai majikan yang mengajikan seorang pengawal keselamatan memiliki MyKad palsu yang menembak mati seorang pegawai operasi bank wanita di AmBank Cawangan USJ Central, Subang, Selangor serta merompak sejumlah wang RM450,000.

Syarikat  Securiforce Sdn Bhd ini dikhabarkan mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.

Satu-satunya syarikat keselamatan dinegara ini yang diberi permit dan lesen membawa dan menggunakan senajata api oleh para kakitangannya....suatu status yang anggap Syarikat Keselamatan bertaraf elit.

Apabila syarikat ini mulai dipersoalkan sudah pasti rakyat ingin tahu secara telus dan adil apakah kesudahan syarikat ini jika benar apa yang dihebohkan kini adalah benar.

Adakah syarikat ini akan diambil tindakan undang-undang susulan kejadian malang lagi kejam keatas Pegawai Operasi Bank AmBank minggu lepas?

Keadilan bukan saja mesti dilaksanakan tanpa gentar dan memihak tetapi yang lebih penting ianya mesti kelihatan dilaksanakan tanpa gentar dan memihak.

KETUA KIMMA DI HADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MENCABUL KEHORMATAN MENANTU SENDIRI!!!! ... ADAKAH INI AKIBAT KURANG PENGAMBILAN GULA DALAM MINUMAN DAN MAKANAN?


Adakah ini akibat kurang ambil gula dalam minuman dan makanan? .... Ketua parti yang cukup sokong padu lagi jitu UMNO/BN Kongers India Muslim Malaysia (KIMMA) Tampin, Negeri Sembilan diheret ke Mahkamah kerana mencabul menantu sendiri.


TAMPIN –  Ketua Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul kehormatan menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September lalu.


Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk mangsa dari belakang dan mencium leher kanan dan kiri mangsa.


Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500.


Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai banyak tanggungan.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya.

AKTIVIS MAHASISWA YANG POPULAR DENGAN FENOMENA LISTEN LISTEN LISTEN, BAWANI .... MENANG BERGAYA PRK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.


Masihkah kita ingat lagi seorang aktivis mahasiswa yang dihina dan di buli oleh seorang wanita penganut dan pemuja BN, Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin dengan kata-kata listen listen listen sehinggakan ungkapan itu menjadi fenomena dialam maya, Sdri Bawani?

Walaupun beliau pernah dicaci,dihina dan dibuli secara terbuka didepan khalayak mahasiswa/i oleh Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin namun ianya tidak melemahkan semangat untuk terus berjuang demi kebaikan nasib dan masa depan para mahasiswa akhirnya terjawab apabila beliau menang dengan memperolehi undi kelima tertinggi dari 8 kerusi umum atas tiketTransformasi Mahasiswa.

Tahinah!! .. lagi dibuli dan dihina .. lagi mahasiswa puja.

Akhirnya Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin diharamkan kakinya memijak kampus UUM dan mahasiswi yang beliau hina dan buli kini menjadi pemimpin mahasiswa/i.

BEKAS KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIE TERENGGANU DI HADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH KERANA MEMPERTIKAIKAN ARAHAN SULTAN TERENGGANU DAN MENGHINA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU.(MAIDAM) TERENGGANU.



Kuala Terengganu: “Saya tidak takut kerana saya menegakkan kebenaran mengikut hukum syarak. Saya hanya takut pada Allah. Maruah saya cuba dijatuhkan kerana menegakkan kebenaran. Tunggu sajalah, kes pun baru berjalan dan belum diputuskan bersalah atau tidak,” kata bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya, 57, yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Ismail yang juga bekas Mufti Negeri berdepan dua pertuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dan mempertikai arahan Sultan Terengganu berhubung penstrukturan semula MAIDAM tahun lalu.


Bagaimanapun, Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa bertindak secara bertulis menghina MAIDAM melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 29 Oktober 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, di sini.

Beliau didakwa melakukan penghinaan itu dengan kata-kata “Oleh yang demikian jelas kelihatan usaha MAIDAM mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang bertanggungjawab supaya tidak memberi sokongan ke atas usaha sedemikian.” Bagi pertuduhan kedua pula, Ismail pada tarikh dan tempat sama didakwa mempertikaikan arahan Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam yang mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baru Institut Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu dengan kata-kata “Soalnya adakah hasrat MAIDAM pada masa ini yang mahukan pentadbiran Mahkamah Syariah diletakkan sebagai sebuah jabatan di bawah MAIDAM dibuat secara musyawarah atau mengikut kehendak seseorang tertentu? “Jika hasrat itu diputuskan atas pandangan seseorang, apakah MAIDAM meninggalkan ajaran Islam sebagai mana kehendak firman Allah dalam ayat 38 atau sebahagiannya dari Surah Al-Syura itu? Jika musyawarah diadakan, berapa ramaikah ahli yang berkepakaran dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah khususnya dijemput sama? “Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan MAIDAM itu bermaksud mahu mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? Seterusnya timbul pula persoalan apakah hukumnya mengikut hukum syarak mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? “Soalnya, adakah tindakan MAIDAM yang sedang berusaha bersungguh-sungguh mahu meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya itu, bererti tidak mahu mengikuti hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara kita baik pada peringkat negara mahupun pada peringkat negeri”.

Kamalruazmi kemudian membenarkan Ismail diikat jamin RM800 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang Ismail melantik peguam.

BIAR BETUL!!!! ... DAUN KETUM BOLEH DI BELI DI PASARAYA TESCO????


Jika di lihat pada resit pembelian di salah sebuah Pasaraya TESCO tertera ada barang Daun Ketum dibeli dengan harga RM1.01sen.

Kalau begini patutlah juak-juak UMNO sering mabuk daun ketum apabila memberikan hujah dan pandangan mengenai politik semasa sebab daun ketum amat mudah diperolehi secara terbuka di Pasaraya seluruh negara..

Pada fikiran Omak Kau ianya lebih merupakan silap taip ( typing error ) ..

Omak Kau agak apa yang dimaksudkan oleh Pasaraya TESCO ialah Daun Ketumbar ataupun Daun Kesum .... dan bukannya Daun Ketum.

Sebab itu dalam filem Ali Baba Bujang Lapok salah satu skrip apabila Arwah Ibrahim Pendek nak pinjam buah dadu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee .. beliau menyebut  .. CAKAP BIAR TERANG...  ternyata apabila cakap tidak terang dan jelas akan memberi maksud yang lain.

PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA .... AKHIRNYA KUMPULAN ASPIRASI KECUNDANG DI TANGAN PRO-MAHASISWA.



KUBU KUAT "ASPIRASI" SELAMA 22 TAHUN DI UUM TUMBANG DITANGAN "PRO-MAHASISWA", MALAM TADI ..... BERANI BERUBAH.

LISTEN, LISTEN, LISTEN!!! Kejutan Berlaku Di PRK UUM Yang Terkenal Dengan Kubu Kuat "Aspirasinya" Apabila "Kalah Banyak Kerusi" Malam Tadi Setelah Tranformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (PRO-MAHASISWA) Memenangi 14 Kerusi (Termasuk 5 Kerusi Umum Dari 8 Kerusi,). Dan Yang Paling Menggembirakan, Tokoh Pelajar "LISTEN" Yang Pernah Menciptakan Fenomena Tempohari, Miss BAWANi Turut Memenangi Kerusi Umum Yang Dipertandingkan... Tahniah Buat Siswa UUM Yang Berani Membuat "Perubahan"

BERIKUT KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2013/2014

KERUSI UMUM

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 5 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 2 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI

KERUSI PUSAT PENGAJIAN

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 7 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 3 KERUSI

KESELURUHAN :

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 12 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 5 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI.

Monday, 28 October 2013

GST ... DSAI BERJANJI BAHAWA PAKATAN RAKYAT AKAN LAWAN HABIS-HABISAN SAMPAI GST DI MANSUHKAN!!!!


KUALA LUMPUR - PR akan "lawan" habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut.

Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban.

"Pelaksanaan GST... kami akan turun membantah di seluruh negara.

"Ini jenayah.. kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, PR mengulangi pendirian tempoh untuk melaksanakan GST masih belum sesuai sehingga rakyat mencapai pendapatan di tahap memuaskan.

"Kami berpendirian bahawa GST masih belum boleh dilaksanakan dan perlu terus dikaji sehingga pendapatan rakyat berada pada satu tahap yang memuaskan, kutipan cukai pendapatan diperbaiki seluruhnya dan sehingga kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang lebih memberangsangkan," katanya.

Jumaat lalu, bagi meningkatkan pendapatan negara dan menuju negara berpendapatan tinggi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan GST yang akan bermula pada April 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, GST sesuai dilaksanakan ekoran kedudukan inflasi negara berada di paras rendah.

Dalam pada itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjangkakan GST akan terus meningkat daripada enam peratus kepada lapan peratus pada 2016.

"Lazimnya kerajaan yang melaksanakan GST akan menaikkan kadar GST di masa hadapan kerana cukai ini adalah antara yang paling mudah dikenakan.

"Perlaksanaan GST akan merangsangkan kerajaan yang boros ini untuk menaikkan kadar GST tatkala kesempitan," katanya lagi.


INI BARU PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT .. BANGKIT LAWAN KERAJAAN YANG MENCENGKAM CEKIK DARAH RAKYAT.

DSAI DAKWA NAJIB SENGAJA SEMBUNYI KENAIKAN HARGA MINYAK MASAK DARI PENGETAHUAN RAKYAT!!!!

Najib di dakwa cuba nak tipu rakyat semasa pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu tetapi berjaya di kesan oleh DSAI.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu.

Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak naik.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak," katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur.

Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri semasa ucapan bajetnya yang "segan" untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM 505 juta iaitu hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan banyak kerana memiliki ladang kelapa sawit yang banyak," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

DSAI DAKWA GST SISTEM KAPITALIS YANG MENCENGKAM RAKYAT.



KUALA LUMPUR 28 Okt - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) diantara sistem ekonomi kapitalis yang mencengkam rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mendakwa GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 itu seolah-olah menafikan hak golongan miskin.

"Cengkaman belanjawan rakyat menerusi GST. Jurang pendapatan antara golongan maha kaya dengan miskin. Sistem ekonomi kapitalis yang di amal di Malaysia akan bolot kekayaan. Orang yang kaya terus kaya. Si miskin yang 90 peratus ini akan terus miskin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

GEMPAR!!!! .. JAMIL KHIR BAHAROM MENGAMINKAN DOA YANG DIBACAKAN OLEH CALON PAS PRK DUN N20 SG LIMAU!!!!


Bukan niat nak mempolitikkan rakaman gambar ini tetapi sekadar mengajak rakyat mencuitkan sedikit minda mereka untuk melihat, berfikir dan menilai.

Itu hari kecoh riuh rendah satu dunia pasal bapa kepada Dato Seri Jamil Khir Baharom mengaminkan kemenangan calon PAS PRK DUN N20 Sg Limau ... pelbagai reaksi yang datang termasuklah Jamil Khir Baharom sendiri kononnya bapanya yang seorang ahli PAS sejak dulu telah dipergunakan kononnya.

Kali ini Jamil Khir Baharom  sendiri dirakam sedang mengaminkan doa yang dibaca sendiri calon PAS DUN N20 Sg Limau Ustaz Azam Samad ..

Sudah pasti doa yang dibacakan oleh Ustaz Azam untuk memberi kemenangan kepada calon yang memperjuangkan Islam iaitu PAS ... mana mungkin dia mendoakan kemenangan kepada calon UMNO/BN.

SERANGAN MAHATHIR TERHADAP NAJIB SUDAH PUN BERMULA SETELAH ANAKNYA MUHKRIZ TUMPAS MEREBUT JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO!!!

Dr Mahathir dakwa Putrajaya lemah kerana sokongan menurun, ikut telunjuk pembangkang.

Tepat pada ramalan apabila anaknya Mukhriz tewas merebut jawatan Naib Presiden UMNO kerana dikatakan tidak mendapat sokongan dari Najib Razak sebagai Presiden UMNO, maka tunggu saja saat dan ketikanya Mahathir akan lancarkan serangan bertali arus bertubi tubi kepada pentadbiran Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad  hari ini menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji Najib lebih baik berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.


“Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan,” katanya.

SEBELUM ITU NAJIB SEMUANYA OK DAN BAIK SERTA HEBAT ... TAK SAMPAI 10 HARI KEPUTUSAN PEMILIHAN NAIB PRESIDEN UMNO YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA ANAKNYA .. TETIBA SEGALA APA JUA MENGENAI PENTADBIRAN NAJIB SUDAH MENJADI BURUK ... DIBURUKKAN LAGI CUBA DIPALITKAN KERANA IKUT TELUNJUK PAKATAN RAKYAT.


TAK TAHU NAK KATA APA LAGI MENGENAI MAHATHIR INI .. BENARLAH KATA SETENGAH PARA PENGANALISIS POLITIK .. MAHATHIR JIKA BELIAU DISERANG SECARA PERIBADI BIARLAH SEBURUK DAN SETERUK MANA PUN BELIAU DENGAN HATI DAN DADA TERBUKA BOLEH MENERIMANYA .. TETAPI BELIAU CUKUP PANTANG JIKA SESIAPA JUA CUBA MENYENTUH DAN MENGHALANG ANAK-ANAKNYA.

NAJIB KINI DILIHAT SEBAGAI PENGHALANG KEPADA CITA-CITA ANAKNYA UNTUK MAJU DALAM POLITIK.

WALAUPUN PENGARUH DAN CENGKAMAN MAHATHIR KEATAS UMNO LUNTUR DAN SEMAKIN KABUR NAMUN GERAK GERINYA BOLEH MENYEBABKAN UMNO GOYAH DISEBABKAN KEDUDUKAN UMNO PUN DILHAT SUDAH SEKIAN LEMAH.

UNTUK TAHUN 2012 ... RAKYAT BAYAR BIL ELEKTRIK KEDIAMAN RASMI NAJIB RAZAK RM6,130.90 SEN DAN BIL AIR RM852.50 SEN SEHARI!!!


Bayangkan betapa banyaknya wang rakyat digunakan untuk bayar bil elektrik dan air kediaman rasmi Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.. suatu jumlah yang agak terlalu besar.

Kediaman rasmi Najib Razak Sri Perdana pembayaran bil elektrik dan air untuk sepanjang tahun 2102 ialah RM2,237,788,13 bersamaan RM6130.90sen sehari dan RM 311,174.25 sen bersamaan dengan RM852.50sen sehari.

Kediaman rasmi Muhyiddin Yasin Sri Satria pula pembayaran bil eketrik untuk sepanjang tahun 2012 ialah sebanyak RM865,458.56 sen bersamaan dengan RM2371.20 sen sehari dan bil airnya pula sebanyak RM99,264.03 sen bersamaan dengan lebih kurang RM272.00 sehari.

Ini baru cerita bab bil eletrik dan bil air .. belum disentuh pembayaran lain-lain lagi.

Perlu ingat .. angka-angka yang memeranjatkan ini bukan di petik di warong kopi atau saja-saja direka bukti tetapi ianya adalah jawapan bertulis oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim di dalam Parlimen.

Najib semasa pembentangan bajet 2014 Jumaat lepas bukan main lagi menyeru agar rakyat berjimat cermat dan ubah gaya hidup.

Tapi diri sendiri cukup boros... cakap tidak serupa bikin .. bikin lagi teruk dari cakap.


MAKSUD WANITA UMNO SAHUT SLOGAN BN BERANI HIJRAH IALAH BERANI KEJAR ITIK DALAM BENDANG!!!



Inilah dia makna berani hijrah yang disambut dengan tangkas, cergas dan hebat oleh Wanita UMNO.

Iaitu berani mengejar itik dalam bendang sawah.

Kalau ini dimaksudkan oleh Wanita UMNO Berani Hijrah maka tidak silaplah apa yang dikatakan oleh Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato' Kamalia Ibrahim bahawa wanita UMNO kini di panggil lembu.

GEGAK GEMPITA SATU NEGARA ANAK YUSUF HASLAM SOKONG HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN!!!!!

Ini adalah sebahagian dari sedutan Pengarah Muda anak kepada  Dato' Yusof Haslam yang menyokong penuh hukum hudud.

Apakah selepas ini belaiu akan disenarai hitamkan dan menjadi budak jahat di mata dan hati kerajaan UMNO?

Syamsul Yusof ialah seorang pengarah muda dan pelakon Melayu yang sering muncul menerusi filem-filem bercorak aksi di Malaysia.

Beliau mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.

Masyarakat umum mengenali syamsul sebagai anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man iaitu sutradara Dato' Yusof Haslam.

Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang setelah penghasilan beberapa filem yang pecah panggung

Isu serba sedikit kisah dia sebagai anak seni tapi di sini nak cerita belaiu pun sokong perlaksanaan Hukum Hudud di Brunei,

Terbaik pandangan dari anak seni yg beragama Islam... kita wajib akui Undang-Undang Syariah itu jauh lebih sempurna dan baik dari undang2 ciptaan manusia...

HEBOH SATU DUNIA KATA INILAH WAJAH DI PERCAYAI ISTERI KEPADA PENGAWAL KESELAMATAN YANG MENEMBAK MATI PEGAWAI OPERASI AMBANK RABU LALU!!!


Heboh kini di alam maya bahawa inilah wajah isteri Pengawal Keselamatan yang menembak mati seorang Pegawai Operasi Bank AmBank pada Rabu lalu.

Diberitakan kini berada dalam tahanan pihak polis untuk membantu siasatan.

Omak Kau cukup yakin dalam masa tidak beberapa lama lagi sudah pasti PDRM berjaya memberkas pembunuh yang paling di kehendaki ini.


INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...