Najib di dakwa cuba nak tipu rakyat semasa pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu tetapi berjaya di kesan oleh DSAI.
Ketua
 Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya 
sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih 
untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu.
 
 Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan 
tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak 
naik.
 
 "Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan 
menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak," katanya dalam 
ucapannya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur.
  
 Anwar 
turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri semasa ucapan bajetnya yang
 "segan" untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal 
dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM 505 juta iaitu hampir 
sama dengan subsidi gula yang dihapuskan.
 
 "Kita sedia maklum 
bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby 
dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan banyak kerana 
memiliki ladang kelapa sawit yang banyak," kata Ahli Parlimen Permatang 
Pauh itu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
- 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
 - 
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
 - 
Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agun...
 

No comments:
Post a Comment