Sunday, 20 October 2013

HEBOH SATU NEGERI SEMBILAN ... KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN YANG BARU, MENANG DARI UNDI PERWAKILAN YANG MUFLIS????


AKHIRNYA SETELAH SEKIAN LAMA MENJADI WARLORD DI UMNO BAHAGIAN SEREMBAN .. DATO' ISHAK ISMAIL ADUN LENGGENG AKHIR KECUNDANG DI TANGAN ADUN AMPANGAN, MERANGKAP AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN HJ ABU UBAIDAH REDZA. .. KEMENANGAN YANG DIKATAKAN AGAK KONTROVERSI .. DI CEMARKAN DENGAN PERTUDUHAN KONONNYA PERWAKILAN YANG SUDAH DI SAHKAN MUFLIS DIBENARKAN UNTUK MENGUNDI.

Persidangan Umno Bahagian Seremban, semalam terhenti seketika apabila Datuk Md Yusop Harmain Shah yang bertanding merebut jawatan ketua bahagian tampil ke tengah dewan membuat bantahan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, Md Yusop bangun mempertikaikan kehadiran beberapa ahli yang telah diisytiharkan muflis, tetapi dibenarkan masuk ke mesyuarat yang berlangsung di Dewan Pusat Komuniti Pantai itu.

Menurut beliau, ahli yang telah diisytiharkan muflis sepatutnya tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat dan mengundi, melainkan mendapat kebenaran daripada Ibu Pejabat Umno Pusat di Kuala Lumpur.

“Saya ingin mempersoalkan, mengapa mereka masih dibenarkan masuk ke dalam dewan ini menghadiri mesyuarat? Sepatutnya perkara ini tidak boleh terjadi dan pihak urusetia juga perlu peka dengan masalah ini.

“Saya tahu siapa yang muflis kerana saya juga ada senarai 15 orang nama mereka, namun saya tidak mahu mengaibkan mereka di sini,” katanya di hadapan 449 perwakilan yang hadir pada persidangan berkenaan, semalam.

Menurut Md Yusop, perkara ini perlu disiasat dan diteliti bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Seremban, M.Rosli Alias ketika ditemui berkata, isu ahli muflis hadir ke mesyuarat pemilihan sebenarnya tidak tepat.

Menurutnya, sebaik sahaja senarai nama ahli yang muflis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno, pihaknya telah menghantar surat kepada ahli terbabit dan memberitahu mereka tidak dibenarkan datang bermesyuarat.

“Malah, dalam pemerhatian kita juga, tiada ahli yang membuat pemilihan atau yang hadir pada mesyuarat tersebut," katanya.

6 comments:

  1. Cai cakap ala..baru je muflis mat mongol tu bunuh orang kita tetap lantik dia jadi pm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuduhan serius.... saya akan buat laporan polis kerana melibatkan PM..

      Delete
  2. Umno ! Dgn rakyat lagi dia tipu...inikan pulak lembu biul "

    ReplyDelete
  3. JOM PAKAT PAKAY BERHENTI CAKAP PEMILIHAN UMNO,
    UMNO KATA KITA TAK RELAVENT MAKA BERCAKAP PASAI DEPA NI RELAVENT KE??????
    AkuSikit pun TAK PEDULI sekalipun tun m jadi semula tp or amt.....
    Kalau sekali kata dah reput tu biar reput.....

    ReplyDelete
  4. Apa lagi ROS siasat dan haramkan omono lah. Di kelantan terdapat banyak cawangan yg tak sah jadi klu gitu haramkanlah omono laknatullah niiih. Ho ho

    ReplyDelete
  5. Para pewakilan semua yg clean cumo ado pengasut dalaman.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...