Goods & Services Tax (GST) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah sejenis Value Added Tax (VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah.
Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang diamalkan sebelum ini.
Apakah perbezaannya atas dua bentuk cukai ini?
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan di setiap peringkat seperti perkilangan dan pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, hasil dari cukai akan bertambah sebab firma/syarikat tidak lagi dapat 'menyorok' dari di kenakan cukai.
Umpamanya Kentucky Fried Chicken(KFC). Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila GST dilaksanakan.
Tetapi perlu kita ingat... setiap ayam yang disembelih nanti akan dicukai.
Tepung yang digunakan juga akan dicukai ... begitu juga sos, rempah, kentang goreng, keju dan sebagainya.
Sudah pasti secara kasarnya kos firma KFC akan meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya pada semua barang yang terlibat dalam proses pengeluaran.
Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan menaikkan harga ayam-ayamnya.
Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti akan menyerap cukai yang telah dikenakan di semua peringkat.
Sebelum ini kerajaan berjanji untuk kenakan kadar 4% sahaja GST ... tetapi petang semalam Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Dato' Seri Najib Razak mengumumkan kadar GST ialah sebanyak 6%.
Jelas sekali Janji Tidak Langsung DiTepati sebaliknya berbohong kepada rakyat.
Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok berpendapatan rendah tidak akan terjejas.
Betul ke atau ungkapan sekadar halwa telinga bagi penyedap jiwa dan mendinginkan kepala yang sedang membara.
Tetapi Kerajaan seolah-olah tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham betapa kenaikan dalam barangan lain yang bukan asas juga akan mengheret ekonomi kepada inflasi dan kesan rantaian
Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.
Golongan berpendapatan rendah ini majoritinya warga luar bandar, kampong-kampong tradisional, Rancangan Felda dan pendalaman.
Golongan ini jugalah yang memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 lalu .. golongan ini jugalah yang didera dan diseksa apabila GST mulai berkuatkuasa nanti.
Kalau golongan ini masih jua nak berikan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU 14 nanti .. Maaf cakap .... tiada siapa yang boleh membantu mereka lagi.
Omak Kau cukup yakin .. mereka akan marah tapi dalam jangka waktu sekejap saja.
Negara kita ada lah paling kaya,Allah beri hasil bumi yang tiada tanding dengan negara luar.Bila belanjawan pm cuma nak bandingkan negara mundor dan yang tiada banyak hasil bumi.dan pendudok nya besar.GST cuma digunakan bagi kerajaan yang nak bangrup.Rasuah lah menhabiskan duit , bila tak boleh cover guna GST.Nampak sangat mereka menipu. Lihat Singapore ada GST tapi tiada berhutang, duit nya pun tinggi ,pada hal mereka tak ada pun hasil bumi dan mereka amat. menentang rasuah.Mengapa negara berhutang berbillion billion dan bekas menteri jadi billionaire.Ini lah sendiket meruntuhkan negara sekira rakyat masih tertidur dengan brim yang umpama tutup mulut, rasuah yang pemimpin sapu..GST adalah mengaut untung dari rakyat walaupun 6% kerana pemerintah tak tahu menambah duit dan pelabur amat gusar kerana rasuah tak dapat di bendung.Apabila share share syarikat besar hanya di bolot kroni dan duit untung tak sampai ke kerajaan, ini lah akibat nya.Malaysia mesti ada undang undang semua pak menteri serta keluarga mesti tidak dibenar memiliki apa apa share atau tanah yang tak masuk akal. Ramai tak nampak impak buruk bila kroni mengaut untung dengan share.
ReplyDeleteUntuk tambah duit rasuah, tipu untuk tiris, akan ada ahli UMNO Baru mencadangkan pada Najib agar udara yang disedut oleh rakyat Malaysia dikenakan cukai.......
ReplyDeletemaka pada hari ini para peniaga kedai makan akan mengurangkan subsidi minuman yg dijual.apa kerajaan mampu buat.mereka bukan menaikan harga tapi mengurangkan subsidi.maka akan berterusan ler kebodohan sejati penipuan yg teramat bangang.pengurangan subsidi adalah kata kata disebalik kenaikan harga.
ReplyDeleteKESAN segera GST KEPADA PARA PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI UMNO ialah semua mereka BERSYUKOR kerana ini semua TELAH DITETAPKAN oleh Allah iaitu kalimah yang mereka pelihara itu kerana mereka hanya berminat hanya untok memelihara kalimat itu sahaja, hukom hakamnya? tengokla kalu napsu kata ok buleh buat, kalu napsu perot kata tak belaga mereka cari alasan.
ReplyDeleteRata rata penganut OMNO tahu sampai setakat itu sahaja kerana Ostad dia mati mengejut.
Sebab itu para penganut OMNO tak tahu atau buat buat tak tahu macam lembu kenyang bahkan ada kalanya marah kalau ada orang kata:-
Allah larang bejudi, Allah larang arak, Allah larang memantat kalu tak menikah, Allah larang tumbok rusok, Allah larang BECAKAP BOHONG............
Sembang saja-saja: Ini salah satu caranya untuk mengira GST.
ReplyDeleteContoh: Harga tudung (hijab) wanita yang akan dijual oleh peniaga tudung pada tahun 2015 setelah GST sebanyak 6% dikenakan: Peniaga beli tudung kat Ho Chih Min City, Vietnam dengan harga RM25 satu (yang kualitinya baik punya). Sampai kat kastam di KLIA, dia sogok pegawai kastam yang bertugas, bayar RM150 under-counter untuk dua karong (jumlah harga beli ialah RM2500.00 (RM25x100) dan setelah dicongak, dikira RM1.50 sen satu (RM150/100). Untung 100% untuk satu tudung kalau jual kat Masjid India/Wisma Yakin/Jln T A Rahman ialah RM25.00 dan Contigency dikira RM10.00. Jadi jumlahnya ialah: RM50 + RM1.50 + RM10 (RM61.50) kira RM65 lah). Ditambah GST 6% (RM3.90) jadi jumlahnya ialah RM68.9 ataupun jumlah harga jualan RM70.00. Itulah ceritanya. Untuk barang-barang lain, kiralah sendiri.
Kalau dimasukkan kos-kos lain seperti pengangkutan/perjalanan/penginapan/makan/dlll., harga tudung tersebut boleh mencecah RM100.00 satu tapi, saya rasa kerana peniaga itu akan menjual berkarong-karong jumlah tudang, dia boleh menanggung kos-kos tambahan tersebut.
Note: The variables are the profit and the contingency amount set by the trader!
Kalau nak diikutkan secara teknikalnya; pengeluar, pemborong dan peniaga semuanya akan 'claim back' GST sebanyak 6% itu, hanya pembeli (consumer) sahaja yang akan membayar GST 6% apabila mereka membeli barng dan GST 6% yang mereka bayar ini akan diserahkan kepada kerajaan. GST 6% itu dikra atas harga jualan barangan dan bukannya harga opengeluatrn barangan dan untuk mengutipnya pihak peniagalah yang bertanggungjawab. Jadi, kalau semua pihak ikut peraturan itu dengan tulus, tidaklah akan ada bayaran GST berganda. Harap-harap nanti, apabila GST mula di laksanakan pada 1 Apr 2015, semua pihak akan mengamalkan cara yang tulus itu.
Pada keseluruhannya, GST 6% adlah labih murah daripada cukai lama iaitu sales dan services tax yang berjumlah 10%.
GST itu adalah hak kerajaan dan agaknya berapa ramaikah peniaga-peniaga yang akan menyerahkan GST yang dikutip dan dikumpul mereka kepada kerajaan?
Walaubagaimanapun, saya berpendapat, BAJET 2104 adalah lebih menguntungkan towkay-towkay dan para pelabur daripada rakyat lebih-lebih lagi orang-orang di dalam kumpulan yang berpendapatan rendah!
As - Salaam. HAK