Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.
Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.
"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.
Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.
"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.
"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.
Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.
"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.
Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.
Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
jahanam betul..pengawal pun sampai nak tembak2..
ReplyDeletebukan ke org bank tak kisah kalau kena rompak
duit semua di insuranskan bukan nak pertahankan harta sendiri
hatta pengawal sendiri pun tak berani amik risiko dengan gaji yg tak setimpal
mmg hanjeng la kimak ni..duit tu lama2 abis gak. siap la ko pasni
ni ler akibat dri projek ic palsu d sabah... rakyat asing senang2 dpat ic dripda@projek ic trsbut..
ReplyDeleteApabenda lah mangkong hayun ni kesitu.pulok
Deletememang betul la dia cakap tue la pesal ic fake tue,yg engko ckp mangkong hayun kenape?
Deletebank, supermarket dan tempat2 lain yg ada pengawal keselamatan semuanya ambil pendatang asing untuk jd pengawal!!! ada lojik ka pendatang asing mengawal kita???jd macam ni baru ada akai!! tp haramjadah betul!! orang kita jugak yg kena. kesian dia. ca ya nun kena ok gak sebab depa yg dok suka sangat ambik bangsa sial ni jd guard.
ReplyDeletePala otak ko... Syarikat keselamatan mana yg ko maksudkan Cina punya beb.. Ko tahu tak nak buka kompeni keselamatan ni mesti GM nya dari orang2 berjawatan tinggi dalam polis, tentera, penjara@KDN.. Cina@India yg jd Managernya mkn komisyen je dr kompeni tu beb.. orang katalah francais.. pala otak tol... Ramai Indon keje guard ni ada IC.. Mengaku Sabah..
Deleteapa punya bangang anon 14:16.. bila masa pulak GM security guard kena pasukan uniform.. nak fitnah pun agak2la.. bapak kawan aku ada jugak syarikat guard.. dia bukan pun pasukan uniform pun..
DeleteMaksudnya mereka yang dah bersara lah bongok... BAPAK kawan ko tu mungkin syarikat alibaba jer makan komisyen jer...
DeleteKebanyakan pegawal ada rekod jenayah dan mengaji pegawal asing.
ReplyDeletearahan kdn untuk melakukan tapisan terhadap semua pengawal hanyalah wayang semata-mata..
Inilah akibat memberi IC kepada pendatang sulu / indon oleh BN.
ReplyDeletebangang.. isu ni pun nak dipolitkkan..
DeleteMemang betul apa....
DeleteInnaliLlah wainna iLlah hirroujioun,
ReplyDeleteAl Fatihah
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ini adalh ujian getir bagi keluarga Allahyarhammah?
Semoga penjenayah itu segera ditingkap. Pihak yang bertanggung jawab dalam keselatam dan syarikat keselamatan perlu LEBIH TELITI DAN BERHATI-HATI memilih kakitangan.
Tokwan Perak
PS : dengan kecanggihan alat elektronik mengecam pemilik KP dengan hanya menekap jari kepada thumb reader machine yang diyakani dilink kepada JPN, MACAMANA Syarikat Keselamatan ni boleh terlepas orang ni jika KP dia disangsikan. Pelik..... Takkan sayrikat begini tak ada alat tu?
Baiii mana ada syarikat nak rugi baiii.. faktor gaji lah sebabnya banyak syarikat keselamatan ambil pekerja asing sebab boleh bayar gaji murah.. rakyat tempatan di tindas dengan kebanjiran mereka ini.. aku pasti guard tu takde rekod dlm kompeni keselamatan..
DeleteBahaya la sekarang ni . harapkan pagar , pagar makan padi.
ReplyDeleteSebelum diambil menjadi Pengawal sepatutnya diadakan Tapisan Keselamatan dulu sepertimana pemgambilan Tentera setiap calon wajib melepasi tapisan keselamatan.
ReplyDeleteTapisan keselamatan ada cuma untuk hiasan je.kebanyakan cmpy adalah milik bekas pegawai tinggi anggota keselamatan dan dato2.ada org dalam yg bg kelulusan.kebanyakan ic palsu dan ic projet dan menggunakan ic org lain seperti kes diatas.kalau nak tau boleh serve sendiri di area lembah klang.
ReplyDeleteBetul aku sokong ko.. apajadahnya bawa masuk ramai orang asing ke mesia nih.. tengok je oah kat pasaraya.. guard mereka orang bangla, pakistan...
Deletesebab rakyat Malaysia demand gaji.. guard tapi nak gaji macam manager.. syarikat mana yang nak boleh bg gaji banyak tu..
DeleteBukan demand bro... ko kiralah 12 jam bekerja gaji di bayar bape ???? RM950.00 - RM1,200.00.... kita rakyat malaysia semua benda kena bayar bro... rakyat asing apa yang depa bayar??? umah sewa pun bayar ramai-ramai bro.. pikir jauhlah bro... Kerajaan malaysia suruh naikkan gaji RM1,800++ tapi jawapanya........Syarikat untung sikit!!!! Mana tak untung sikit semua nak suap bro........
DeleteDah kantoi rupanya tokey cmpny securiforce adalah milik maznah hamid kroni ktua wanita umno bahagian jelun.dikenali sbgai iron lady malaysia.iron lady la sgt kalau bniaga atas nama umno..boleh pulak lepas pkerja yg tiada dalam rekod dalam jpn.
ReplyDeleteBetul ke maznah nyer...ko ni fitnah jelah...ada sesiapa boleh sahkan perkara ni
ReplyDelete