Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.
Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.
Bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi, beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.
Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.
Sementara itu,laporan Bernama menyebut, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.
Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya.
Beliau menambah, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.
Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.
"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
ini akibatnya pembangunan tanpa perancangan yg teliti.Habis hutan2 yg penampan semula jadi dimusnahkan.Maka ini tindakbalasnya.Tak perlulah pegi C.Highland lagi takda apa yg istimewanya lagi.
ReplyDeleteBalasan Allah terhadap sbhgian pengundi kawasan tersebut yg memangkah PR yg mendokong gerakan zionis dan parti parti yg hakikat sebenarnya dinaungi yahudi. Bala menimpa kpd umatnya yg menyokong secara tak langsung gerakan kristian..dan menyamakan Allah dgn agama kristian oleh ketuanya. Ketuanya yg terpeseong..bala tetap Allah turunkan kepada pengundi anjing2 bawahannya.Satu2 Allah datangkan bala...
ReplyDelete;)
Engko ni mabok ke ape.....nak cai lain kali study ler dulu sikit.....jgn nsmpsk ko ni bodoh sangat.....bengong la ko ni
DeleteDalam dubia ni ada lagi manusia berfikiran syaitan mcm Anonymous 23 OCtober 2013 16:35 ni...kau ni dah murtad, dah gila akal...Agama Islam tak pernah ajar penganutNya untuk menghina orang lain. Baik kau tak payah sembahyang lah, sebab kau yg terpesong...Kalau kau waras lagi, baik kau sedekahkan simpati kepada keluarga mangsa banjir...
DeleteGila apa ke Anoy 16.35 ini. Cameron itu dimenangi oleh BN. Penyandangnya dari MIC tuan guru bagi UMNO/BN. Apa dia boleh cakap melainkan berkata kadhivaley3x amma aya pocik. Mana dia nak buat solat hajat atau sembahyang tolak bala dia bukannya islam. Yg mati dlm trajidi tu seorang Bangla pengudi hantu yg pangkah BN dan seorang lagi indon juga pengundi hantu. PR tumpang bersedih je lah boleh buat apa. Tambah pula cameron ini bawah Pahang cakap banyak nanti MB samseng dia pukol pulak. Kepada PR ada mata tengok,ada mulut diam,ads telinga buat pekak kalau ada duit lebih huloq lah bagi bantuan.
ReplyDeleteAnon 16:35 ckp sebijik mcm macai umno yg tolol
ReplyDeletemana Mp Panivelu
ReplyDelete