Friday 18 October 2013

KENYATAAN MEDIA YANG TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH RTM!!!!!


KENYATAAN MEDIA INI KALAU DI SIARKAN OLEH RTM AKAN MENJEJASKAN PELUANG BOSNYA UNTUK MEMENANGI SALAH SATU JAWATAN DALAM AHLI MAJLIS TERTINGG (MKT) UMNO ESOK 19HB OKTOBER 2013.

Pagi ini sebuah NGO mesra Pakatan rakyat, Jingga 13 telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk membuat suatu laporan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 kisah siapa membiayai sebenar kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang dibawa masuk sempenan Himpunan Belia di Putrajaya tahun lepas dimana Menteri yang bertanggung ketika itu sebagai Menteri Belia dan Sukan ialah Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Jingga 13 melalui Ketua Penyelarasnya, Sdr Fariz Musa merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan penyataan Ketua Audit Negara dengan kenyataan Ahmad Shabery Cheek.

Ketua Audit Negara dengan tegas dan jelas menyatakan pembiayaan membawa masuk kumpulan K-Pop adalah dari dana rakyat ( wang kerajaan) dan di akui sendiri Menteri Belia dan Sukan kini YB Khairy Jamaluddin,sedangkan Ahmad Shabery Cheek berkeras memberitahu satu dunia bahawa dana itu datangnya dari penajaan sebuah syarikat swasta.

Demi mencari dan merungkai kebenaran, maka pagi tadi Jingga 13 telah membuat laporan rasmi kepada SPRM agar suatu siasatan terperinci, telus dan adil dapat di laksana dan dijalankan.

Lagi pun Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri menyatakan akan adanya siasatan apabila suatu laporan rasmi di buat.

5 comments:

  1. selagi rm mentadbir negara tidak akan ada apa perkara yang boleh diselesaikan.....!

    ReplyDelete
  2. Boleh buat roport shj lah lepas ini SPRM kata penyalagunaan wang rakyat itu berpunca dari kebodohan dan kecuaian pegawai2 di Kementerian akhir sekali tiada peetuduhan boleh dikenakan keatas mereka2 yang terlibat. Ini lah Malaysia dibawah urustadbir UMNO dan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA BETUL,MACAM NI ORANG BODOH BOLEH BUAT APA SAJA DAN TAK BOLEH DIDAKWA SEBAB KEBODOHAN TAK BOLEH DIDAKWA.UNDANG2 NI MUNGKIN HANYA ADA DI MALAYSIA.

      Delete
  3. kalau gitu,orang gomen ni bodohlah,lebih2 lg yg kt atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira gomen ka apa, asai dia tu makhlok jeneh orang sempurna akai, cukup omog maka dia dihadapkan kitab.

      Mengkalu belagak pandai daripada tohan, alamat la tu- buleh kenai selalu melalui tanda yang tohan bagi.

      Sebagai rakyat yang dibeban dengan berbagai jeneh cukai, ada ketika berasa tertipu oleh cakap cakap BOHONG DARI MULUT MENTERI.

      Sepatotnya menteri pemohong lagu tu tak layak dibagi pegang amanah lagi, sekadar tukag pi potpolio lain jadi apa- sikit lagi dok pemohong di sana pulak.

      Lemah......lemah..... macamana kerajaan nak jadi efesien kalu menteri dok pemohong, bukan seringgit dua, berjuta duit hasil titikpeloh rakyat bayag orang koria bejoget.

      Di dunia telepaeh kot, tapi di mahkamah tohan di akerat tetap aku tuntut

      TERIMA KASEH ODIT, semoga kerja baik anda mendapat ganjaran baik di sisi tohan

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...