Sunday, 20 October 2013
KALIMAH ALLAH MILIK SEMUA KATA MANTAN MUFTI PERLIS.
SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka.
Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam.
Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’.
“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.
“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka
menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu.
Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.
“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya.
Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH.
“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.
“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi.
"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan.
"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya.
Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit.
“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya.
Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing.
“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka?
“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya.
“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi.
"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya. SINAR HARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
وأنا عن نفسي أتمني أن أربي أبنائي كما ربي الاخوان أبنائهم
ReplyDeletetunggulah nanti Asri keluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi PR.. abislah disumpah seranah Asri..
ReplyDeleteSsyang seribu kali ssyang........jika UMNO itu berteraskan islam dan hukum Allah....tak ler jd begini dangkalnye pahaman dan pemahsman ummmat melayu malaysia.
ReplyDeleteIslam ameno...berarak maulidurasul, musabaqah kemudian tilawah al quran, tahlil macam nak ghak, potong punai budak-budak beramai-ramai sampai bomba pun terlibat, tahlil riuh sekampung, hari raya sampai sebulan, tarawaih 20 roakaat surau masjid penuh sampai 10 puasa je, malam Jumaat baca Yaasin sekampung lepas tu ..undang-undang Islam tak relevan. Kat mana mangka ni ngaji. Tok lebai yang duduk keliling dia pun sama macam tunggul!!
Deletesayang seribu kali sayang.. jika PR itu berteraskan islam dan hukum Allah..ini hanya mementingkan Undi..tak ler jd begini dangkalnye pahaman dan pemahsman ummmat melayu malaysia
ReplyDeletemudah nye begini,yang berilmu tetap memahami manakala yg dangkal lagi jahil murakab tetap melolong lolong.ilmu tiada tapi komen mcm faham benar hukum.bikin malu jer puak juak pencacai.jika ilmu senipis kulit bawang jgn sembang ler.
DeleteINI SEMUA PERMAINAN POLITIK YG SGT HINA DARI DAP DGN DIBANTU OLEH PADERI KATOLIK. TAK DAPAT PIKAT PENGUNDI MELAYU WALAUPUN DIBANTU OLEH PAS DAN PKR, MRK TUMPUKAN PULA PADA BUMIPUTRA KRISTIAN DI SABAH DAN SERAWAK. LIHATKAH PRIVOKASI YG DILAKUKAN OLEH DAP SETELAH MAHKAMAH BUAT KEPUTUSAN. KALIMAH ALLAH YG MULIA DAN BEGITU SENSITIF TELAH DIMANIPULASIKAN OLEH DAP. YG TIADA ISU PUN DITIMBULKAN DAN BILA ISU KALIMAH ALLAH ITU SEJUK, LIM GUAN ENG BANGKITKAN LAGI. TANYA DIRI KITA ADAKAH KITA SANGGUP BERSEKONGKOL DGN GOLONGAN YG MEMPERMAINKAN KALIMAH ALLAH DEMI POLITIK JAHAT MRK.
ReplyDeleteBetul cakap lu.mari kita menganuti MCA kerana mereka parti islam yang teguh pertahankan islam..
ReplyDeleteulamak muda yang kawin lari kat siam tu tak bagi komen ke.
DAP tak kata apa pun yg ketara ISMA dan PERKASA sah dan nyata pro UMNO/BN. Mereka2 ini lah yang beria ia melarang agama lain selain islam menggunakan kalimah Allah sampai ISMA kata kalau tidak bersetuju dgn pengharaman kalimah Allah boleh keluar dari Malaysia. PERKASA pula mengesa Kerajaan mengharamkan bible bahasa Malaysia. Dato Noh Gadut pula kata siapa yg tidak mentaati perentah Mahkamah Rayuan hukumnya MURTAD dan KAFIR. Ada sedikit percangahan antara ulamak PAS ads yg setuju dgn keputusan Mahkamah dan ada yg tidak setuju. Apa nak heran kalau penganut agama lain guna kalimah Allah depa tetap org yg tidak beriman disisi Allah dan Kafir. Jaga lah aqidah kita umat islam dikhuatiri kita juga akan jadi Keristian kerana ada dikalangan umat islam di Malaysia ini mengingkari hukum Allah,melakukan perbuatan yg dilarang oleh Allah.Kalau dunia islam lain membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah kenapa tidak di Malaysia. Tuan2 fikirkan sendiri apa kah pemimpin sunguh2 perihatin berkaitan kalimah Allah atau sekadar agenda politik semata mata.
ReplyDeleteumno/bn ni mmg sajer bangkitkan isu.....byk isu lagi yg mengelirukan malah menyesatkan pemahaman umat islam di malaysia nie.....yg dibuat oleh parti syaitan nie...senyap jer....jadi syaitan bisu pulak.....mmg dasar dajal @ tentera syitan......nak menunjukkan demer tu islam sgt ttp byk perkara mengelirukan dan menyesatkan dilakukannyer.....
DeleteNak suruh lembu berfikir!masalahnya dorg tu xde otak.macik pakcik yg dok dalam hutan nun logik la kena tipu tp yg ada akses internet tak tau nak beza fakta dan auta itu kan bangang namanya tuan2
ReplyDeletebetultu.. penyokong PR memang bangang..
Deleteudah ler 1515.mike tu udah dibangangkan 3 keturunan.jadi terima ler kebangangan mike dari madey.usah ler pulak ader ati nak bangangkan orang lain pulak.ish.ish.ish.
Delete