Anak didik Almarhum Ustaz Tan Sri Dato' Seri Azizan Razak, Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ahmad Suhaimi Lazim daripada BN disebut-sebut dicalonkan mewakili parti masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November depan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual mengumumkan calon mereka di Markas Penerangan Sungai Limau - bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau - pada jam 9 malam ini.
Manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijangka mengumumkan calon BN di Bilik Gerakan Pusat berdekatan Bernas di Sungai Lentang, dalam kawasan itu jam 5 petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.
Semoga kemenangan pada pihak yg menegakkan hukum Allah.
ReplyDeleteTapi bila dah jadi Menteri Besar nanti, jangan jadi lebih terok dari UMNO pulak. Macam kerajaan yang baru lepaih tu.
Jangan ingat rakyat buta dan pekak.
Semoga berjaya ust azam.
ReplyDeleteKenapa aku tgk mukanya close enough mcm Vince Vaughn dlm Starsky and Hutch, kahkahkah
ReplyDeleteMASIHKAH UMNO BN RELEVAN SELEPAS HADIAH ISTIMEWA RON 95 & 97........ Undilah BN... BIAR BERLAUTKAN LIMAU DRP BERSUNGAIKAN LIMAU
ReplyDeleteJaul lebih bgus dr mat mongol ni.calon pas ni lulusan u al azar..
ReplyDeletecalon al azhar tapi syiah ..buat hapa. tanya dia balik.masa belajar kat syria dulu pernahtak dia terlibat dgn syiah dan mutaah. check dulu latarbelakang mamat ni
ReplyDeleteUmno tu bukan syiah ke..lembu yang ada ktuasa pun tak boleh nak ambil tindakan.yang lembu tau rompak wang pembayar cukai.
ReplyDeletejanganlah cakap UMNO syiah.. nanti orang syiah tak pangkah dah parti PAS.. rugilah kita..
DeleteSemoga Allah memberi kemenangan kepada PAS Amiinn
ReplyDelete