Tuesday, 22 October 2013

PANDANGAN PIHAK PAS BETAPA PERLAKSANAAN GST AKAN MENCEKIK DARAH RAKYAT!!!!



MENJELANG
pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada pendapatan” dan kedua – Defisit Perdagangan kerana “Mengimport lebih daripada mengeksport”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga ialah kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. …


Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

11 comments:

  1. isu GST dari sebelum PRU13 lagi.. tapi UMNO menang jugak..kita perlu cari apa kelemahan kita.. sebab apa orang melayu tak undi kita.. kenapa hanya cina yang undi kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu sebab jer bro.........melayu itu umno dn umno x pernah bertanding pun...BN yg brtandng pru13. ....... Jd otak melayu kucar kacir naknpilih antara melayu keling cina.... Last2 pilih melayu.....jika bro or profesor2 dok tulis gst ka...defesit ka......positif ka....wat baziq masa ja......org melayu ni dah kata umno ni melayu n melayu ni umno.......hangpa pikiq la sendiri.......zaman jepun dulu org jepun.... melayu suka jepun......mujur ada org pitih mai nak perang bg medeka......sb tuh seko profesor keling tu vat statement tanah melayu x pnah dijajah

      Delete
    2. dan satu lagi bro.. sebab apa pakatan rakyat tak menang? sebab pakatan rakyat tak bertanding.. cuba kalau bertanding taktaula berpecah belah camana.. pecahlah tembelang dan temberangnya..

      Delete
  2. Syabas kerajaan 1 Malaysia...we love PM....pelaksanaan GST adalah rahmat dan mjadi kebanggaan rakyat malaysia....pengurangan subsidi adalah bonus atau lain kata terima kasih kerajaan kpd rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kami akan tetap mengundi BN walau pun BN tak baik mana.. sebab yang nak ganti BN lagi tak boleh pakai..

      Delete
  3. Ahahaha ! Ada negative dan positif pasal GST ni , positifnya defisit negara akan berkurangan , negativenya defisit negara tak kan berkurangan bahkan akan bertambahan pula . Aku taknk sebut kenapa dan mengapa , korang pandai2 la pikir sendiri KENAPA dan MENGAPA .

    Bai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehh profesor ekonomi membuat ulasannya.. memang hebat.. puak bangang tentu akan terkesima..

      Delete
  4. Itu yg kerajaan suka memperbodoh bodohkan dan memperlembukan rakyat ...rakyat di mata kerajaan umpma lembu yg boleh ditarik hidungnya.....klu semua rakyat malaysia mcm ni kan senang.....aman damai....dengar jer cakap jgn bantah bantah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kerajaan Pulau Pinang sekarang ni suka buat macamni..

      Delete
  5. gst patut dikenakan pada lembu2 umno je kenapa nak libatkan semua orang.

    ReplyDelete
  6. GST..Gondolkan Sampai Togel.......macai UMNO/Bn...syukur gilerlah tu.........hihihihihihi

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...