Monday, 10 February 2014
EDISI RAKYAT TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH ... DULU HARGA NAIK SALAHKAN KERAJAAN .. BILA HARGA TURUN MENGAPA TAK PUJI KERAJAAN .. INI TIDAK ADIL ... PARA PENOREH GETAH MENGAMUK SEBAB SUDAH TAK TAHAN HARGA GETAH TERUS MERUDUM JATUH TERUK!!!.
Macam mana Najib tak naik angin satu badan .. harga turun pun nak mengamuk .. sepatutnya bersyukur dan berterima kasihlah .. Ini tidak Adil!!!!!
Ingatkan apabila Kedah jatuh ketangan UMNO/BN pada PRU 13 lalu dengan bermenteri besarkan anak Tun Mahathir Mohamad maka dengan sekelip mata kemisikinan dapat dihapuskan.
BALING - “Kami dah tak tahan, harga getah merudum teruk, tambahan pula dengan musim kemarau, memang tertekan,” luah Asyaari Abdul Rahman, 67, salah seorang penoreh getah yang mengusahakan tanaman itu sejak berusia 15 tahun.
Asyaari dari Kampung Kuala Samak merupakan salah seorang dari ratusan penoreh yang berhimpun secara aman bagi meluahkan perasaan mereka berikutan kejatuhan harga getah.
Perhimpunan aman itu berlangsung di Simpang Tiga Kejai dan turut dihadiri beberapa pemimpin setempat termasuk Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof.
Asyaari turut pernah terlibat dalam perhimpunan mogok lapar semasa kejatuhan harga getah pada 1974 sehingga mendapat campur tangan kerajaan.
Menurutnya, walaupun harga getah pada masa itu rendah, barang keperluan masih lagi murah berbanding sekarang.
“Dulu harga getah 30 sen, tetapi barang keperluan murah. Sekarang, harga gula dan ikan lagi tinggi dari harga getah sekerap,” katanya.
Kesemua penoreh meluahkan perasaan sama berikutan kejatuhan harga getah sehingga paras RM2.40 dan tempoh penurunan itu antara paling cepat dalam tempoh tiga minggu.
20 kilogram minimum sehari
Seorang lagi penoreh, Azlan Hussin, 36, dari Kuala Pegang turut tertekan dengan keadaan itu, tambahan pula tiga anaknya masih lagi bersekolah.
Menurutnya, minimum jumlah getah diperoleh setiap hari adalah 20 kilogram bersamaan kira-kira RM48 sehari.
“Itu belum bahagi dua kepada tuan tanah, dalam sehari dapatlah RM24. Itu pun belum tentu setiap hari, kadang-kadang hujan. Tambahan pula sekarang musim kemarau, hasil getah tak berapa banyak.
“Dengan wang itulah saya berjimat untuk beli barang keperluan harian termasuk keperluan sekolah anak,” katanya.
Menurutnya, penoreh getah juga perlu mendapat perhatian tambahan lebih dari 50 peratus penduduk di Baling mengusahakan tanaman getah.
“Memang punca pencarian kami hanyalah dengan menoreh. Kalau pokok sendiri, dapat la banyak hasil, bagi macam saya (bahagi dua), jumlah hasil tidak seberapa,” katanya.
Mohon bantu nasib penoreh
Perhimpunan secara aman itu hanya menekankan beberapa perkara iaitu inginkan campur tangan kerajaan untuk menangani masalah ini.
Penduduk, Abdul Rahman Saad, 69, dari Kuala Ketil amat berharap agar rintihan dan penderitaan penoreh getah di seluruh negara mendapat perhatian dari pihak kerajaan.
“Penoreh dalam keadaan tertekan, mereka inginkan bantuan dan perhatian. Setakat ini, tiada siapa yang ingin membela nasib penoreh,” kata bekas pesara guru itu.
Tuan tanah tidak ambil hasil
Berikutan simpati dengan nasib penoreh getah, ada yang sanggup tidak menerima wang pembahagian hasil getah untuk membantu nasib penoreh.
Pemilik kebun, Ashri Abdul Rahman berkata, walaupun dia merupakan pemilik kebun, dia tidak menerima wang hasil jualan dari penoreh.
Menurutnya, sekiranya dia menerima wang itu, hasil penoreh akan berkurangan walaupun hakikatnya dia sepatutnya menerima wang pembahagian.
“Hampir tiga bulan saya tak terima wang jualan, saya berikan semuanya pada penoreh di kebun, saya tak sampai hati nak ambil tambahan pula dia mempunyai tanggungan.
“Saya tahu, kalau dibahagi dua, pendapatannya amat sedikit,” katanya yang juga merupakan seorang guru.
Menurutnya, memang wajar bantuan turut diberikan kepada penoreh kerana merekalah sebenarnya yang mengusahakan tanaman getah.
“Kebanyakan pemilik kebun jarang menoreh disebabkan faktor usia dan mempunyai pekerjaan lain. Jadi, mereka akan serahkan kepada orang lain untuk menoreh,” katanya.
Mogok lapar mungkin berulang
Sementara itu, Md Zuki juga tidak menolak kemungkinan mogok lapar seperti tahun 1974 mungkin berulang sekiranya tidak mendapat campur tangan kerajaan.
Menurutnya, penduduk di sini tidaklah sampai tahap tidak cukup makan, tetapi kejatuhan harga getah ini sememangnya menderitakan rakyat khususnya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada tanaman getah.
“Saya yakin, kalau tiada pembelaan, rakyat akan terus bangkit sehinggalah sampai kemuncak seperti tahun 1974. Kalau itu saja cara untuk bantu penoreh, saya akan sokong sepenuhnya,” katanya.
Perlu tetapkan harga lantai
Md Zuki berkata, sudah sampai masanya kerajaan memfokuskan kepada penoreh dengan menetapkan harga lantai bagi membantu penoreh seluruh negara.
Menurutnya, penetapan harga lantai ini dapat membantu dari harga getah jatuh merudum sehingga paras bawah RM3 untuk sekilogram.
“Kita amat bersimpati dengan nasib rakyat dan akan akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan untuk membantu nasib penoreh.
“Andai perlu berhimpun, kita akan terus berhimpun demi mendapatkan perhatian dari pihak kerajaan,” katanya.
Risda rancang strategi
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Risda, Datuk Azmi Che Hussin berkata, pihaknya simpati dengan keadaan penoreh berikutan kejatuhan harga getah.
Menurutnya, pihak Risda sendiri telah menggariskan beberapa strategi dalam jangka masa panjang dan pendek untuk membantu penoreh.
“Bagi jangka masa panjang, kita akan memperkenalkan bahan rangsangan untuk meningkatkan pengeluaran getah termasuk menekankan mengenai kualiti getah itu,” katanya.
Beliau berkata, kualiti getah penting bagi memastikan pekebun mahupun penoreh mendapat hasil getah yang tinggi berbanding sebelumnya.
Azmi berkata, pihaknya juga berharap agar setiap penoreh menghantar hasil getah mereka kepada Depoh Risda berbanding peraih ataupun orang tengah.
“Menjual getah kepada Depoh Risda dapat membantu penoreh dari ditipu oleh orang tengah yang ingin mengambil kesempatan terutama pada masa kejatuhan harga getah,” katanya.
Menurutnya, selain itu, pihaknya turut akan memperkenalkan kawalan getah yang bertujuan bagi mengelakkan hasil getah mereka dicuri seterusnya merugikan penoreh.
Bagi masa pendek, bantuan kejatuhan harga getah mungkin diperkenalkan dengan penambahbaikan dari segi pemberian bantuan ini.
“Kita faham dan menerima banyak aduan mengenai penoreh yang tidak menerima bantuan ini kerana ia diberikan kepada pekebun iaitu tuan tanah yang berdaftar dengan pihak Risda.
“Sehubungan itu, kita akan cuba membantu memastikan penoreh iaitu bukan pemilik tanah juga mendapat bantuan kewangan ini,” katanya.
Ditanya mengenai harga lantai, Azmi berkata kajian penuh perlu dilakukan mengenai perkara itu.
“Kita perlu lihat dari pelbagai sudut terutama kepada penoreh dalam jangka masa panjang sebelum mengambil sebarang keputusan.
SEKADAR LUAHKAN KATA SIMPATI TIDAK MEMADAI .. MEREKA MAU SUATU TINDAKAN YANG MENYAKINKAN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
sayang.. orang kedah xpernah nak hargai mereka yang menjaga kebajikan.?
ReplyDeletemsih berbalik pada yang zalim... dah lebik lesi kena buli pun masih sokong... salahkan sapa?anwar?
azeeeeeeezz mamma sude dateng. Jeerrngen rissao. Nuntee azeeeezz mamma kasi bounnyaa wang. Laggee harrege gitta turoun laggee umenuuu kasseee yeettu BRIM. sattu kalee kassee ble makan sampai sattu taun. Yinneee mamma pun mlayou tau. Kitaa settu mlesia.
Deletesudah ketetapan Allah swt, jangan bimbang Najib akan beri BR1M.
ReplyDeleteBodo punya pengundi padan muka kome. Rosmoh najib senang lenang hidup. Ke sudney dan ke los angelas pd mlm 1 januari untuk memenuhi kehendah bini habis 5 juta wang rakyat cuma nak tengok matahari terbit je. Itu semua tak menjejas rakyat. Sebab tengoklah rakyat masih sokong kan.babi celaka anak haramjadah punya rosmoh najib.
ReplyDeletePacit jangan marah2.. Pacit kene bersyukur pasal pacit tak pernah makan ubikayu macam jaman perang jepun dulu tu heee... Syukur mesia masih aman.. Mue he he he he he...
ReplyDeleteAjis Putra kan ada...misi menyelamat di Baling akan datang bila2 masa..
ReplyDeletesyukur harga getah dh turun.... kurang sikit beban rakyat nak makan getah.
ReplyDeletepeneroka ni nk sedar ini je caranya, bila dh parah baru sedar kena tipu dgn umno. kalau tidak selagi dpt makan kangkung ... mmmmmmmmmpph cium tangan pak menteri selalu (kata DSAI).
nk tunggu kebuluran baru nk sedar, kesedaran dgn harga yg mahal.
yg tinggal nnti puak2 samseng makan upah nk buat 13 mei.
peneroka akan mula kurang pengaruh umno, yg tinggal samseng jalanan je la.
Aziz mamak kan ke MP Baling..Dia ini prihatin orang nya. Jangan risau orang Baling tak lama lagi Aziz akan hantar bantuan satu Malaysia. Cuma nak bagi peringat pastikan semua barang2 diberi tidak tamat tempoh sepertimana bantuan susu yg dia bagi kat pengundi Sungai Limau Kedah dulu. Mamak Azizi suka cari nama dia tibai semacam tamat tempoh ke tidaknya. Musim meluruh dah sampai getah tentu tak bersusu ditambah pula musim kemarau skrg ini boleh kebulor hoi. Kalau biasa boleh 30kg musim meluruh nal dapat 15kg pun susah. Harap Kerajaan BN dapat mencari jalan untuk membantu penoreh2 getah
ReplyDeleteCamana kejaan nak nolong pemotong getah ni kalu mike dah jadi bughah. Pemotong getah telah berkumpul berame rame bagi meluahkan apa yang terbuku di hati bersabit rege getah jatoh, tapi malang sunggoh mereka jadi bughah, maka halal darah pemotong getah itu di sisi kejaan - amacam ???
DeleteTapi anoy 13.42 mufti Kedah tidak sebodoh mufti Perak senang2 nak hukum rakyat BUGHAH. Kalau Baling tu dalam negeri Perak habeh lah penduduk Baling sorang sorang akan dibunuh kerana darah mereka dah jadi hahal. Fatwa paling haramjadah yg dibuat oleh Tok Peti Perak. Suroh pencen tak mahu. Jenis tamak agaknya dia nak mati berdiri jadi Tok Peti Perak.
ReplyDelete2 la rkyat baling dulu pji bn(bn mrintah rkyat sng)apa dah jd .smua ni sbb tngan2 kmu sndri.npa x ckup lg ka bn bri brim.pr dah wat analisis bn mrintah brg akn nek x mau caya
ReplyDeleteAda hikmahnya MP Baling bukan PAS lani. So....jawablah wahai BN atas kecelaruan rakyat ni. Sebelum ni MPnya Ust. Taib Azamuddin dari PAS pun tak dibagi Peruntukan MP.
Deleteumno x da cakap negara berpendapatan tinggi bermakna harga getah atau sawit akan naik dan gaji akan naik.umno memang maksudkan negara akan peroleh pendapatan tinggi dengan kenaikan tarif,cukai gst dan penarikan subsidi.
ReplyDeleteboleh salahkan kerajaan sbb harga getah bergantung kepada pasaran dunia...
ReplyDeleteSemasa kempen PRU 13 PAS & PR dah berbuih mulut ingatkan hal ini tp orang kampung buat tak tahu saja. Sekarang terimalah padahnya. Tak lama lagi dapat BRIM maka akan lupa segala kesulitan. Betul kata Tun MELAYU MUDAH LUPA. Baru padan muka.
ReplyDeleteharga gula dan minyak dunia turun pun umngook tak mampu turunkan harga dalam negara, tak dapek nak nolong puak nih
ReplyDeletePenduduk baling yg tak pernah bsyukur.dh lupa ke sbb anwar ditahan dbawah akta ISA sbb apa.ni la balasan utk djadikan renungan.
ReplyDeleteRAKYAT KEDAH BODOH MACAM UMNO,SEDARA....KENA PUKAU KOT.XPENAH NAK HARGAI JASA ORANG YANG JAGA KEBAJIKAN DORANG.BODOH UMNO MACAM ORANG KEDAH.BODOH ORANG KEDAH MACAM UMNO
DeleteNak risau apa harga getah jatuh, nanti bulan depan BRIM mai lagi. Orang Baling pandai-pandai belaka. Anak buah Aziz yang suka tolon olang. so minta tolonglah sama dia. Oh ya, jangan lupa lepas ni pangkah BN lagi. Padan muka.
ReplyDeleteKo ingat pangkah pas balik, harga getah kat baling boleh naik mencanak ker? Ko ingat pemimpin pas Kedah boleh bagi gaji mimimum penoreh getah RM 1500 sebulan ker?Ko ingat kalau pangkah pas, hadi boleh jadi pm ker? Masa jadi mb pas Kedah dulu ada kesah ke pasal harga getah rendah?
Deletekeza
Haluuuuuuu. .....
DeleteKhak tuih....banjingan lu...duduk bwah BN dh mcm duduk di somalia skang...smua brang naik mncanak..dri serendah kankung hingga stinggi rumah..ni lh akibat duit ngara dh botak licin cam kpala jit tuya hbis diblun perasuah negara...barua nyer bn..biawak nyer umnongok...rkyat dh kbulur lu msih snang lenang lgi...pngikut lu hri2 curi milo.....barisan neraka tul...
Khak tuih
Anjing Keza menyalak dah...sumbat dengan getah sekerap kang. Dah la hati busuk. Org cerita peyelesaian skrg la, bukan merintih benda dah sejarah. Ingat dgn mengutuk kerajaan yg lepas boleh kenyang ker anak bini ke...kecik-kecik tak mau mampus. Dah besar menyusahkan org lain jer
ReplyDeletepulak? abis kan kau yang kata rakyat kedah tak bersyukur pada kerajaan lepas yang selesaikan masalah getah?
DeleteBaling tak berapa jauh dari MEMALI
ReplyDeletemasa harga getah naik dulu takdak penoreh2 ingat tak bahawa pada satu hari harga getah akan turun semula.. sikit punya mewah ka masatu.. sampai sebulan income ngalahkan gaji MB Selangor..biasalah harga getah ini bergantung kepada permintaan pasaran.. apake jadah kerajaan yang tentukan harga getah? apa kalau PR memerintah PR boleh tentukan harga getah?! hebat.. dah macam filem tamil.. semua pun boleh buat..
ReplyDeleteKah kah kah.. Kejaan @ Risda tu orang tengah! Kah kah kah.. Itu pun tak tahu ke? Takkan tak paham macam mana orang tengah cari makan! Bila masa pulak penoreh jual hasil terus kepada pembeli kat luar negara? Kah kah kah.. Melayu pecacai pengangkut tong taik UMNU BARU memang bodoooo! Kah kah kah..
ReplyDeleteSedih pulak tengok Melayu Kampong ter lambat guna otak yang di beri Allah SWT memilih malaoun jadi pemimpin yang memganiaya terus papa di kampong seperti pokok Getah itu juga.
ReplyDeleteOtak letak dalam mangkok getah tu kot , dulu kini dan selama nya dalam mangkok.
Jangan salahkan sesiapa bila sendiri benggap ngok.
Tak de duit makanlah ape yang ade. Tangkap ikan sungaike. Buat goreng belalang ke, atau rebus ubi ke atau mintak duit dengan tekun untuk projek bela dlembu dalam kondo ke atau berdaftar dengan kementerian kewangan untuk meniaga jadi agen kapal selam atau jet peribadi atau mintak kebenaran buat pondok tol di baling. Macam-macam si Ajis bole tolong.
ReplyDelete