Monday 10 February 2014

PENDAPAT PENGANALISIS POLITIK PERLETAKKAN JAWATAN PENGERUSI HINDRAF MENJADIKAN TIADA KUMPULAN YANG PERCAYA AKAN DIRI NAJIB LAGI!!!!



Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin goyah dengan peletakan jawatan P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri kerana janji tidak ditepati yang dibuat dengan masyarakat India sebelum Pilihan Raya Umum 2013.

Mereka yang rapat dengan ketua Hindraf itu berkata, beliau berasa perdana menteri tidak boleh dipercayai  sama seperti yang berlaku dengan isu penyelesaian 10 perkara berkenaan Bible berbahasa Melayu yang Najib kini mengatakan ia tertakluk kepada undang-undang Islam negeri.

Kedua-dua perjanjian dengan Hindraf dan Kristian yang dibuat sebelum pilihan raya oleh perdana menteri yang pengkritik katakan sebagai tidak komited atau mampu untuk ditepati.

Persoalannya,  adakah mana-mana individu atau kumpulan yang akan mempercayai kata-kata Najib selepas ini?

Malah kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, Perkasa juga tidak gembira dengan Najib kerana kurangnya ketegasan pendirian beliau dalam menangani penganut Kristian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam ibadah mereka.

Pentadbiran Najib juga sedang bergolak selepas pemotongan subsidi yang menyebabkan peningkatan harga dan inflasi tahun ini, lapan bulan selepas kempen pilihan raya di mana perdana menteri berjanji tiada pemotongan atau penarikan subsidi dan memastikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2010.

Kedudukan Najib juga menyusut kepada penurunan paling rendah sejak memegang jawatan pada 2009, menurun kepada 52% pada Disember 2013, daripada 62% pada Ogos 2012, hasil tinjauan Merdeka Center.

Dua bulan selepas menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri, kedudukan Najib sebanyak 65% apabila rakyat bersetuju dengan slogan 1Malaysia dan janji mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat .
Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Najib bertanggungjawab terhadap prestasinya yang buruk terutamanya dalam memenuhi janji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low harus mengikut jejak langkah Waytha dan meletakkan jawatan daripada Kabinet.

"Nampaknya Waytha Moorthy dan Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) adalah satu-satunya di negara ini yang tidak tahu Najib tidak mempunyai keupayaan politik atau keberanian untuk menunaikan janji dalam MoU .

"Jadi Paul Low akan mengikuti jejak langkah Waytha Moorthy memandangkan tiada siapa yakin dengan keupayaan Najib melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa menteri dan pegawai mereka, " kata ahli politik veteran itu.

Waytha dan Low menyertai pentadbiran Najib selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu, yang dilihat sebagai satu kegagalan bagi perdana menteri berbanding pucuk pimpinan terdahulu, Abdullah.

Najib menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Waytha  sebelum pilihan raya tahun lalu yang membolehkan Barisan Nasional (BN) memperoleh semula sokongan kecil masyarakat India yang membentuk 7% daripada 29 juta penduduk negara ini.

Dalam MoU itu, parti kerajaan itu berjanji untuk menyelesaikan masalah sosio -ekonomi kronik yang melanda masyarakat India jika BN kembali berkuasa dengan sokongan Hindraf.

Peguam, R Kengadharan, berkata Waytha adalah "lelaki yang kecewa" kerana kerajaan BN gagal melaksanakan semua janji yang dibuat.

Pemimpin Kristian juga membuat aduan penyelesaian 10 perkara pada 2011 membenarkan kitab Bible berbahasa Melayu kini tidak bermakna selepas perdana menteri berkata undang-undang Islam negeri mengatasinya seperti serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia di Selangor bulan lalu.

Undang-undang digubal oleh kerajaan BN negeri pada 1980-an selepas kerajaan persekutuan BN mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang kira-kira 40 perkataan daripada digunakan oleh agama lain.

15 comments:

  1. Cai omakko...knp lu tak masukkn sekali apa benda yg india ni hndkkn najib tunai... barulh kita nmpk dgn jelas apakh najib 'PATUT'tunaikn prmintaan tersebut...
    Kah kah kah...kerana keenganan najib melayan kehendak gila babi yg tak masuk dek akal ttp atas dasar politik maka hukuman tnpa tau punca lu jatuhkn...

    Cai...sblm mamat sekor ni dan hindraf mnjd komponen yg mnyokong bn ini, mereka ckp nak saman kerajaan british beratus billion kerana bawa mereka ke tanah melayu...kah kah kah klu tak rela tngl disini rasanya klu diaorg nk balik India dgn relahati maka kerajaan mmpu kot sediakn tambang atau transport...kah kah kah bnyk lg tuntutan yg bangang lg dari hindraf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan psl isi perjanjian tetapi masalahnya kerana sifat munafik. Masa diperlukan semua penuh dengan janji manis. Bila dah dapat apa yang diingini maka terkeluarlah sifat munafik. Masa diperlukan semuanya boleh, kenapa masa nak sign MoU tak nilai atau kaji? Baru sekarang suruh orang kaji? Ini menandakan sifat munafik!

      Delete
    2. Abih..najib gi amik mamat hindraf ni jadi timb. Menteri tu..tak ke bangang namanye...kah!kah!kah!

      Delete
  2. 16782
    Munafik satu hal, tapi kena ingat, tahun 2014 semua barang Naiiikkkkk!

    ReplyDelete
  3. Dei,lu dan hindraf gang bolih dipercayai kah????
    Banyak2 belit sampai sendiri terbelit. He he he.

    ReplyDelete
  4. Terang lagi disuluh, kerajaan tadbiran umno bn tidak mampu menunaikan apa-apa janji yang telah dipersetujui.Jangan turunkan kangkung tapi sayur kangkung ada masa naik dan ada masa turun.Orang kampung boleh petik kangkung free ditepi rumah.Biarkan kangkung dan menteri cap ayam melemahkan parti umno bn.

    ReplyDelete
  5. jangan2 kak moh pun x caye dier.Tu pasai Kak moh pon brtindak kerja sendiri kalah2 menteli cop ayam jet ekluxsave kehulu kehilir kelongkang perabih boreh.

    ReplyDelete
  6. Usaha konspirator melemahkan kedudukan Najik terus berjalan.. huhuhuuuu....

    ReplyDelete
  7. Hahaha,tggl la 13569 je yg caye kt ubn..bangang sampai ke tua..kuikuikui..
    Yg lain sume nk lari dh..

    ReplyDelete
  8. Dah paria tu mmg paria la elok tu kang lemak babi cam dap pig la pulak...terang bersportlight hindraf ni pelampau dulu......

    ReplyDelete
  9. Lee Chin cheah dah letak jawatan. Taib Mahmud dah letak jawatan. Hindraf paria punya pengerusi dah letak jawatan. Tinggal Tan Sri Khalid je lagi ni bila nak letak jawatan???

    MUAZ OMAR

    ReplyDelete
  10. Patut sangat lah Taib bersara dah 30th jadi KM. Hartanya bertimbun timbun dah tak tau nak buat apa. Usianya pun makin pendek bila masa Allah nak ambil. Khalid tak kesah dia juga jutawan sebelum jadi MB. Kalau rakyat dan pemimpin2 PR tak mahu dia jadi MB cakap pagi ini petang Khalid boleh letak jawatan. Apa dia nak heran duit dia makan pun tak habeh. Yg aku risau cai2 UMNO/BN ini dibuatnya PRU 14 kalah kau org nak cari makan camana. Masa BN boleh jiga ambil 20-30rgt buat kerja bodoh BN baling batu lah,buat demo lumur darah ayam dan macam2 lagi lah. Kalau BN kalah makan pasior lah mengkome kata orang perak.

    ReplyDelete
  11. Anon 13:54, walaupun Taib Mahmud tamak haloba harta dunia bini muda tapi dia tak suka perangai umno yang rasis.Menurutnya umno ni amal sentimen bangsa, agama dan mungkir banyak janji selain dari perjanjian 18 perkara pembentukan malaysia.

    ReplyDelete
  12. takda ka ngo-ngo umno sembelih@lumur darah ayam dan upah orang melempang rajah taip kerana tidak mahu politik umno rasis masok sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaguh kampung beb. Mana berani. Lagi pun sapa nak bayar elaun demo. Kalau taip bawak Sarawak keluar Malaysia lagi haru. Hilang terus umporno. Itulah sudah salah strategy. Ingat Kes 'Allah" boleh membuat semua orang Melayu sokong umporno. Rupenya jadi terbalik. Orang Sabah marah, orang Sarawak marah, orang Pas tak sokong, cuma ulamak umporno je yang terhegeh-hegeh mengampu. Ini pulak nak buka cawangan kat Sarawak. Dah tahu apa jadi kat Sabah. Hari-hari kena tipu!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...