Tuesday, 11 February 2014
MUAT NAIK STATUS SENTUH PERAYAAN THAIPUSAM "MAN NAMBLAST", SUDAH KENA CEKUP DENGAN PIHAK PDRM.
MUAT NAIK STATUS SENTUH SENSITIVITI AGAMA, ‘MAN NAMBLAST’ BERJAYA DITAHAN
Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Man Namblast berjaya ditahan pihak polis selepas dia didapati memuatnaik status yang menyentuh sensitiviti agama di akaunnya semasa sambutan perayaan Thaipusam Januari lalu.
Penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar melalui mikro blogging Twitter milik beliau petang semalam.
Lelaki yang nama profil Facebooknya Man Namblast, menulis, 'Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave', pada 17 Januari lepas.
Status tersebut yang ditujukan terhadap penganut Hindu yang menyambut Thaipusam di Batu Caves, telah menyinggung perasaan mereka dan menyebabkan kemarahan orang ramai.
Walaupun, akaun Facebook tersebut sudah ditutup, namun imbasan imej tersebut telah diedarkan dengan meluasnya di laman media sosial.
Hampir 200 laporan polis telah dibuat mengenai status tersebut dan Ketua Pemuda MIC C. Sivaraajh telah bertekad untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil ke atas pemilik akaun itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Jangan hina penganut agama lain. Kalau agama lain hina islam kow orang melenting. Dalam surah al kafirun Allah telah menyebut "Lakum di nukum waliyadin". Agama ku agama ku dan agama mu agama mu. Kenapa kita misti hina agama orang lain. Berfikir waras lah sebelum menulis dimana mana laman tweter atau FB.
ReplyDeleteSetuju..hormat menghormati amalan kita..
ReplyDeleteyang provokasi nak bakar bible hari tu boleh terlepaih, apakah ianya suatu perbuatan yang sama seperti hendak memberi upah menampar perempuan
ReplyDeleteAku pun heran PDRM dan menteri KDN tak berbuat sesuatu seolah olah menggalakan puak2 resis ni melakukan provokasi yg melampau. Macam baru ini tampar Tresa Kok dapat duit RM1,200/-. Sembelih ayam darah sapu dekat baner pemimpin PR menteei KDN boleh kata tak menjadi kesalahan selagi belum berlaku kesalahannya. Apa punya menteri lah camni punya pemikiran. Tak kan PM nak keluar arahan dan kenyataan. Habeh KPN dan KDN makan gaji buta je lah. Kekadang aku kesian juga dgn PM dia buat kerja sorang2 tak ada menteri2 yg lain suport dia. Macam ada agenda je nak turunkan PM Najib dari jawatan PM. Tak tau lah kita tunggu dan lihat sehaja apa akan berlaku dalam masa terdekat ini.
ReplyDeleteAku stuju ngan ang!!
DeleteWa kesian ngn pok jib kong.tp dia pon mau ingt.pasai pa dok pilih diorg neh jd pembantu.dah tau kangkung punya tahap,apsal x buang jer.najib2.sekilas org dah tau politiking hang.memang tol kat sakmongkol.kalu org mcm najib boley jd pm,semua rakyat malaysia pon boley jd pm
DeleteStar. 9hb Feb2014
ReplyDeleteDAP secretary-general Lim Guan Eng said PAS deputy president Mohamad Sabu had agreed to deploy the party’s Unit Amal volunter corp personnel as bodyguards for Seputeh MP. Theresa Kok
Yg kutuk org islam...kalimah Allah...di pmain main x mau tgkap ko....alahai untung ehh jd pndatang....mano poie plembagaan ..Agama rasmi Agama Islam....
ReplyDelete