Friday, 3 August 2012
PANASS!!!.. USTAZ MOHD NOR DERIS KATA SECARA BERTULIS 4HB OGOS 2012 MASEHI HARI SABTU ADALAH BERSAMAAN DENGAN 15 SYA'BAN 1433 HIJRAH...TAK CAYA?.. SILA LIHAT FOTO INI.
Masih ingat akan seorang ustaz kasyaf bernama Mohd Nor Deris?..Ustaz kebanggaan dan kemegahan UMNO kini?. Ustaz yang diberikan tanggung jawab merampas kembali Kelantan dari PAS/PR. Salah satu ustaz kepercayaan Najib Razak.
Pernah menggelar YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS sebagai syaitan.
Semasa dalam PAS dulu beliau inilah yang asik kafir mengkafirkan UMNO.
Kini beliau sudah mengistiharkan bahawa pada 4hb Ogos 2012 Masehi adalah bersamaan dengan 15 Sya'ban 1433 Hijrah bukannya 15 Ramadhan 1433 Hijrah.
Selain dari itu dia kata hanya DAP saja ahlinya terdiri dari kalangan kaum Cina sedangkan MCA/GERAKAN/LDP/SUPP semuanya orang Melayu/Islam.
Thursday, 2 August 2012
DATUK SERI LAJIM UKIN ( BEAUFORT ) DAN DATUK SERI WILFRED BUMBURING ( TUARAN ) AKAN BERTANDING DI PRU 13 MEMPERTAHANKAN KEDUA- DUA KERUSI TERSEBUT HANYA MENGGUNAKAN LAMBANG PKR ATAU DAP..
Dua anggota Parlimen BN Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Lajim Ukin (Beaufort) yang keluar UMNO/UPKO/BN minggu lalu, difahamkan hanya diizinkan bertanding mempertahankan kerusi parlimen mereka atas platform Pakatan Rakyat hanya dengan syarat....bertanding dengan menggunakan logo sama ada PKR atau DAP.
Itu yang admin difahamkan... Tiada kompromi.
Ini bagi menggelak terlampau banyak lambang digunakan untuk menentang UMNO/BN yang boleh mengelirukan rakyat.
Lagi pun lambang DAP/PKR sudah sedia diketahui rakyat.
PANASSSS!!!!!... SAMY VELLU PUN MELUAT DENGAN SLOGAN JANJI DITEPATI!!....DIA BOLEH PERLI NAJIB BEB!!!
SILA KLIK PADA FOTO JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS
Samy Vellu secara terang sudah mula membelasah kerajaan UMNO 1M'sia pimpinan Najib Razak.
Slogan Janji DiTepati jadi bahan gurauan beliau.
Dalam twitternya beliau berkicau dengan mengejek slogan Janji DiTepati dengan Janji DiCapati.
Samy Vellu secara terang sudah mula membelasah kerajaan UMNO 1M'sia pimpinan Najib Razak.
Slogan Janji DiTepati jadi bahan gurauan beliau.
Dalam twitternya beliau berkicau dengan mengejek slogan Janji DiTepati dengan Janji DiCapati.
KEAJAIBAN ATAU KEPANDAIAN?....REALITI ATAU BANTUAN PHOTOSHOP?... ULAR SENDUK BERKEPALA TIGA!!!
Adakah ini benar-benar wujud atau pun satu dari kebijaksanaan manusia dalam teknik membuat superimpose?
Jika ditanya admin..
ADMIN YAKIN INI ADALAH BENAR!!!
WOIT!!!.. NGO-NGO BERDARAH PEKAT UMNO...SEBELUM NAK MENYALAK... TENGOK DULU SIAPA GUNAKAN MASJID UNTUK BERPOLITIK!!!!.. INI KES APA CERITA BEB!!!!
UMNO meludah ke langit!!!
UMNO sebenarnya berpolitik di dalam masjid!!!
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Dato Idris Abu Bakar dan beg biru berlogokan BN sedang berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor.
KATA DULANG PAKU SERPIH... KATA ORANG.. YANG PASTI UMNO JAUH LAGI LEBIH..
Sebelum tu kita imbau kembali beberapa NGO yang menyalak terlolong supaya kita boleh membuat perbandingan...

NGO desak JAIS bertindak pada politik di masjid
![]() |
|
Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.
"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.Kumpulan 40 orang itu menegaskan, hanya pihak yang mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor boleh memberikan ucapan di tempat ibadat itu.
Aktivis terlibat daripada Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta NGO pro-Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (Jati) Selangor.
SEKARANG SUDAH JELAS BUKAN?...BENAR-BENAR PARIAH HAPRAK BETUL NGO-NGO BERJIWA TOTOK UMNO INI.
REPLIKA BOTOL ARAK ( BEER JENAMA HEINEKEN ) TERBESAR DIPULAU PINANG SAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL???????
Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang. Adakah ianya relevan buat masa sekarang? Kami melihat isu ini lebih kepada isu sensitiviti.Di dalam bulan Ramadhan, replika botol arak tersebut pula dibina bersebelahan dengan replika atau perhiasan yang dibuat untuk sambutan Hari Raya AidilFitri nanti.
Replika tersebut diletakkan dengan 400 botol arak biasa, pastinya menarik perhatian dengan kedudukannya di pusat bandar utama dan di seberang jalan besar. Pendapat kami, pihak bertanggungjawab perlu lebih peka kepada sensitiviti umat Islam pada waktu ini.
Sepatutnya isu-isu sebegini boleh diselesaikan sekiranya ada perbincangan yang telus dibuat.
Apa pandangan anda mengenai replika botol arak terbesar ini? Setujukan sekiranya ia melibatkan sensitiviti umat islam secara keseluruhannya? - Berita Semasa
Tanpa menoleh ke belakang melihat akan sejarah Blogger-blogger Pro UMNO menjadikannya satu isu untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang apabila Bernama menyiarkan satu laporan Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam di Georgetown.
Ada yang menulis.. Regim Pulau Pinang hari ini boleh diistiharkan sebagai syurga arak dan mempunyai botol arak tertinggi di Asia. Kejayaan ini sudah pasti tidak mampu dibuat oleh BN walaupun ketika dahulu lebih 50 tahun memerintah. Ada juga yang mengatakan ini perbuatan melampau kerana mempromosikan botol arak gergasi dibulan Ramadhan yang mulia ini. Lantas mempersoalkan di manakah adab dan sensitiviti pihak yang membina replika tersebut?
Apakah mereka terlalu bodoh hingga tidak tahu bahawa bulan ini adalah bulan Ramadhan dan mereka sepatutnya menghormati perasaan umat Islam negeri ini? Ada juga yang mengucapkan syabas buat Pakatan kerana hanya di Pulau Pinang arak dipromosikan secara besar-besaran sempena Aidilfitri..
Ini apa yang telah dilaporkan oleh Bernama..
GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini. Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal. Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama
Bukan aku bersetuju dengan tindakan mempromosikan botol arak gergasi itu cuma bagi aku sebelum kita menulis sesuatu untuk dijadikan isu menyerang pihak lawan, ada baiknya kita lihat pada diri kita sendiri.. Supaya jangan jadi seperti ayam bapak yang kokoknya berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis..
Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan ini untuk menyerang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, mereka seharusnya tahu bahawa manusia yang telah merasmikan kilang arak yang pertama di Malaysia adalah bapak kepada Presiden Parti mereka sendiri.
Perasmian kilang Carlsberg Brewery (M) Berhad telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Al-Haj iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang sekitar April 1972.
Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan itu sebagai isu mereka sepatutnya sedar anak Idola mereka sendiri merupakan pemegang saham terbesar syarikat yang membekal dan mengedar arak di Filipina.. Mirzan Mahathir dikatakan menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut. San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.
Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.
Berbalik kepada botol arak gergasi di atas ianya dikatakan dilakukan oleh pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown .
ADMIN PUN PENING KEPALA MEMIKIRKANNYA..
Wednesday, 1 August 2012
KAYA HARTA TIDAK BERMAKNA KAYA JIWA, AKAL DAN BUDI BAHASA....
Lihat betapa pemilik/pemandu kereta harga jutaan ringgit sebuah ini tanpa ada rasa sivik dan malu, meletakkan kereta mereka di parkir yang dikhas untuk OKU.
Kira jauh baik akhlak sipemandu limosin KLIA bersebelahan kereta Ferrari merah diatas.
Kisah ini dirakamkan disalah satu RR Lebuh Raya LEKAS.
LAWAK BEB!!!!.. UMNO BUAT PROGRAM SAHUR BERSAMA RAKYAT, TETAPI YANG DIJAMUNYA IALAH WANITA-WANITA UMNO SEBAB TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
Jam 4.40 pagi tadi, 1hb Ogos 2012, UMNO bersama dengan NGO berdarah UMNO, PERMAS menganjurkan program Tamu Sahur Nur Ramadhan dihadapan Hotel Regency, Jalan Chow Kit, berhadapan dengan Bangunan Safuan Plaza.
Dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
Yang menjadi lawaknya ialah, tetamu yang diberikan jamuan bersahur ialah wanita-wanita UMNO yang menyambut kahadiran beliau dan bukannya orang ramai.
Membuktikan program tersebut tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan.
SENDIRI ANJUR SENDIRI SAHUR...itulah sepatutnya program ini dinamakan.
BIAR GAMBAR BERBICARA....PERBANDINGAN LAYANAN YANG DITERIMA OLEH RAFIZI RAMLI DENGAN SUAMI SHAHRIZAT JALIL DAN INSPEKTOR POLIS, APABILA MEREKA DIHERET KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN JENAYAH!!!
Perbezaan ketara layanan yang diterima oleh Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti KeADILan Rakyat dengan suami Shahrizat Jalil dan seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor.
Suami Shahrizat kena heret kemahkamah atas pertuduhan pecah amanah wang rakyat NFC.
Inspektor polis pula diheret kemahkamah kerana belasah dua pekerja hotel dengan bontot pistol serta memecahkan cermin kereta.
Rafizi dan rakannya Johari seorang bekas kerani bank telah dibawa kemuka pengadilan kerana memberitahu serta membongkarkan penyelewengan yang dilakukan oleh suami Shahrizat Jalil anak beranak berjumlah lebih RM250juta.
ADA MATA PANDANG.. ADA OTAK SILA CUITKAN UNTUK BERFIKIR DAN MENILAI.
KES RAFIZI RAMLI DIHERET KEMAHKAMAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG BAFIA.....RAFIZI DIGARI SETELAH PERTUDUHAN DIBACAKAN...PENDAKWARAYA MOHON DIBERIKAN IKAT JAMIN RM100 RIBU DAN PASPORT ANTARABANGSANYA DIRAMPAS!!!!!...PERBICARAAN DITETAPKAN PADA 10HB SEPTEMBER 2012..
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.
Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.
Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.
Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.
Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.
Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.
Dalam reaksi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.
Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.
Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.
Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.
Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.
Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.
Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.
Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.
Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya.
GAMBAR MEMFITNAH MENTERI BESAR KEDAH DATUK SERI AZIZAN RAZAK DAN SETPOL NYA KENA CEKUP OLEH SPRM KONONNYA MENERIMA RASUAH TERSEBAR LUAS....
Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah YAB Datuk Seri Azizan Razak dan Setiausaha Politiknya ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit.
Wang kononnya dirampas itu telah dipamirkan kepada umum.
Sila lihat cara pencacai UMNO membuat gambar yang telah diedit semata-mata mau membuat fitnah.
Memperlihatkan berasa bangga apabila melakukan fitnah sedemikian rupa.
LAGI DIFITNAH.. LAGI RAMAI RAKYAT AKAN BERHIJRAH.
RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI PKR KENA TANGKAP DAN DITAHAN DIBAWAH BAFIA ( AKTA INSTITUSI PERBANKAN DAN KEWANGAN ) JAM 7.00 PAGI TADI.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teksnya
Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.
"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.
Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...






































