Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang. Adakah ianya relevan buat masa sekarang? Kami melihat isu ini lebih kepada isu sensitiviti.
Di dalam bulan Ramadhan, replika botol arak tersebut pula dibina bersebelahan dengan replika atau perhiasan yang dibuat untuk sambutan Hari Raya AidilFitri nanti.
Replika tersebut diletakkan dengan 400 botol arak biasa, pastinya menarik perhatian dengan kedudukannya di pusat bandar utama dan di seberang jalan besar. Pendapat kami, pihak bertanggungjawab perlu lebih peka kepada sensitiviti umat Islam pada waktu ini.
Sepatutnya isu-isu sebegini boleh diselesaikan sekiranya ada perbincangan yang telus dibuat.
Apa pandangan anda mengenai replika botol arak terbesar ini? Setujukan sekiranya ia melibatkan sensitiviti umat islam secara keseluruhannya? - Berita Semasa
Tanpa menoleh ke belakang melihat akan sejarah Blogger-blogger Pro UMNO menjadikannya satu isu untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang apabila Bernama menyiarkan satu laporan Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam di Georgetown.
Ada yang menulis.. Regim Pulau Pinang hari ini boleh diistiharkan sebagai syurga arak dan mempunyai botol arak tertinggi di Asia. Kejayaan ini sudah pasti tidak mampu dibuat oleh BN walaupun ketika dahulu lebih 50 tahun memerintah. Ada juga yang mengatakan ini perbuatan melampau kerana mempromosikan botol arak gergasi dibulan Ramadhan yang mulia ini. Lantas mempersoalkan di manakah adab dan sensitiviti pihak yang membina replika tersebut?
Apakah mereka terlalu bodoh hingga tidak tahu bahawa bulan ini adalah bulan Ramadhan dan mereka sepatutnya menghormati perasaan umat Islam negeri ini? Ada juga yang mengucapkan syabas buat Pakatan kerana hanya di Pulau Pinang arak dipromosikan secara besar-besaran sempena Aidilfitri..
Ini apa yang telah dilaporkan oleh Bernama..
GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini. Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal. Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama
Bukan aku bersetuju dengan tindakan mempromosikan botol arak gergasi itu cuma bagi aku sebelum kita menulis sesuatu untuk dijadikan isu menyerang pihak lawan, ada baiknya kita lihat pada diri kita sendiri.. Supaya jangan jadi seperti ayam bapak yang kokoknya berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis..
Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan ini untuk menyerang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, mereka seharusnya tahu bahawa manusia yang telah merasmikan kilang arak yang pertama di Malaysia adalah bapak kepada Presiden Parti mereka sendiri.
Perasmian kilang Carlsberg Brewery (M) Berhad telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Al-Haj iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang sekitar April 1972.
Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan itu sebagai isu mereka sepatutnya sedar anak Idola mereka sendiri merupakan pemegang saham terbesar syarikat yang membekal dan mengedar arak di Filipina.. Mirzan Mahathir dikatakan menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut. San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.
Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.
Berbalik kepada botol arak gergasi di atas ianya dikatakan dilakukan oleh pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown .
ADMIN PUN PENING KEPALA MEMIKIRKANNYA..
hapuskan semua urusan arak dalam malaysia,,,...
ReplyDeleteni kat opis lama aku ni... sebelah penang time square ... masa pilihanraya lepas siap pasang banner besar2 lagi bagitau beri sokongan kepada bn... bila dapat tau kalah .. dapat kat dap... terus hantar orang suruh buang banner malam tu jugak.. haha
ReplyDeleteLim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
ReplyDeleteOrang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
http://3.bp.blogspot.com/-eR2IAD3yjrc/T_fTMnszwPI/AAAAAAAAJPk/TvglgiETxYc/s1600/genting%2Btss%2Bnoah.jpgLim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bangang la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Pemuda Islam PAS dan PKR kecut telur nak tegur LGE. Sah memang bodoh!
ReplyDelete