Thursday 30 August 2012

LAGI KISAH ISU AIR NEGERI YANG DITADBIR UMNO/BN....BUKAN SAJA BEKALAN SERING TERGANGGU TETAPI TERCEMAR TERUK!!!



AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN


SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.

"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas.

"Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime, mengaktifkan pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.

Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip scouring dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.

Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. — BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120830/ws_04/Air-mentah-terlebih-cemar-punca-gangguan-bekalan

Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas.
Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa
Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
Kelas 4 - sedikit tercemar *
Kelas 5 - sangat tercemar *
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi.

http://wqms.info/glosari/

Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang beroperasi di sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar?

1 comment:

  1. Jika projek itu dikuasai BN UMNO, jabatan alam sekitar. Tutup mata dan pekak telinga

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...