Monday 6 August 2012

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT - Kebajikan rakyat perlu diutamakan dan bukannya publisiti murah seperti yang didakwa..

 
Dengan mengunakan pakai tag line DARI RAKYAT SAYA DATANG... KEPADA RAKYAT SAYA MENYUMBANG, DR NEDUNCHELIAN VENGU akhirnya mengenepikan segala tohmahan demi membantu rakyat tanpa mengira had dan sempadan.

  
Program Gotong-Royong & Membasmi Nyamuk Aedes, anjuran Dr Neduchelian Vengu, Ketua Komuniti Selangor dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Klang dan PKR Cabang Kapar telah berjaya dilaksanakan dengan suasana yang cukup harmoni yang dihadiri oleh penduduk-penduduk sekitar kawasan melebihi 50 orang.


Dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Azizi Bin Ayob Ketua Cabang Kapar, beliau menyelar mereka yang membuat provokasi supaya menghentikan segala tohmahan dengan membangkitkan isu remeh temeh, objektif utama adalah membantu dan menyelesaikan permasalahan penduduk-penduduk di Lot berkenaan dengan kadar segera dan efektif, kerana itu adalah agenda utama.

Admin mengucapkan syabas kepada pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama jitu terhadap program ini, juga penghargaan buat pemilik figura anak tempatan yang bersemangat tinggi iaitu Dr Neduchelian Vengu yang tetungkus lumus memastikan program berjalan lancar dari mula sehingga habis.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...