Friday, 3 August 2012
HASRAT PRESIDEN MIC DATUK SERI G. PALANIVEL MAU MELETAKKAN " ANAK EMAS" NYA RAVINDRAN DIVAGUNAM, PENGARAH PEMANDU DI JABATAN PERDANA MENTERI, SEBAGAI CALON MIC/BN DIPARLIMEN P109 KAPAR MENDAPAT TENTANGAN KERAS DARI AHLI-AHLI MIC SENDIRI TERUTAMANYA DIKALANGAN BAHAGIAN KAPAR!!!
Niat Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel mau meletakkan "anak emasnya" seorang Pengarah PEMANDU di JPM yang menjaga perlaksanaan NKRA dan NKEA, Ravindran Devagunam sebagai calon MIC/BN di Parlimen P109 Kapar pada PRU 13 nanti, telah menerima tentangan keras dikalangan pegawai-pegawai MIC sendiri. Itu adalah reaksi pertama yang admin dapat maklumat.
Mereka mempertikaikan kewajaran Presiden MIC itu atas alasan:-
1) Bukan anak tempatan
2) Tidak dikenali langsung oleh penduduk tempatan.
3) Tidak pernah membuat aktiviti sosial maupun kerja-kerja parti di kawasan Parlimen berkenaan.
4) Difahamkan bukan pun ahli MIC yang berdaftar.
Sebelum ini pernah admin mengisahkan betapa penduduk Parlimen P109 Kapar, rata-rata bila ditemubual sudah bertekad maukan seorang anak watan tempatan sebagai wakil rakyat mereka. Mereka merasakan sudah tiba masa dan ketikanya anak tempatan yang berkelayakan dari segi akademik, peramah, mesra rakyat, humble dan sanggup menjadi kuli kepada rakyat diangkat sebagai Ahli Parlimen mereka.
Zaman pemimpin parti menunjukkan kepada rakyat siapa yang patut dipilih mereka sudah berlalu. Kini zaman rakyat yang menentukan siapa wakil rakyat pilihan mereka.
Sebab itu, dalam artikel sebelum ini admin secara ikhlas dan jujur memberikan pandangan hasil dari risikan dibuat betapa bukan mudah mana-mana parti sama ada PR maupun BN untuk memenangi parlimen P109 Kapar.
Untuk meletakkan calon boleh menang atau winnable candidate setiap parti perlu melayani kehendak rakyat tempatan. Mereka sudah pasti maukan seorang wakil rakyat yang faham dan merasai denyutan nadi mereka.
Calon payung terjung yang diimpot, walaupun setinggi mana kelayakan akademiknya sudah tidak diterima pakai lagi. Itu adalah trend terkini. Mau tidak mau.. suka tidak suka. kedua-dua parti kena terima hakikat ini.
Bagi mewakili PKR/PR di Parlimen P109 Kapar, admin sudah pun kenal pasti calon yang amat sesuai. Calon yang admin yakin dapat mempertahankan parlimen Kapar dengan majoriti yang lebih besar.
Calon tersebut ialah DR NEDUNCHELIAN VENGU.
Calon yang mempunyai package yang lengkap dan sesuai sebagai Ahli Parlimen. Calon yang mengunapakai tag line DARI RAKYAT SAYA DATANG... KEPADA RAKYAT SAYA MENYUMBANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
No comments:
Post a Comment