Thursday, 30 August 2012

LAGI BERTAMBAH PENING UMNO!!!!...



Nampak gayanya UMNO semakin bertambah pening lalat.

Cara PR mendampingi rakyat dengan menggunakan bas akan memudahkan persiapan setiap kali ceramah.

Tidak perlu bina pentas..yang perlunya kawasan lapang yang boleh sebuah bas parkir.

Jimat kos, masa dan yang pentingya memberi kesan yang kuat.

PENJELASAN DARI DATUK MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI DATUK SERI KHALID IBRAHIM:-

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SINAR H
ARIAN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...