Sunday 26 August 2012

SUDAH KANTOI!!!!... MENTERI DALAM NEGERI MENIPU RAKYAT PASAL INDEKS JENAYAH MENURUN MENDADAK KONON!!!..



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala harus memperjelaskan isu data jenayah NKRA yang dimanupulasikan, seperti yang didakwa surat yang tersebar luas melalui media elektronik semalam oleh “Sumun Osram”, seorang “anggota polis yang ingin merahsiakan indentiti”.

Dakwaan tersebut adalah serius kerana ia membawa keraguan terhadap integriti statistik rasmi dan selanjutnya, akan menjejas kredibiliti Kementrian Dalam Negeri, PEMANDU dan PDRM.

Surat “Sumum Osram” mendakwa bahawa terdapat percubaan secara sistematik untuk “merendahkan kadar jenayah dengan mengalihkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks. Pemindahan ini dilakukan ketika laporan polis sedang dibuat. Klasifikasi jenayah dari jenis indeks kepada jenis bukan indeks akan dirakamkan oleh sistem laporan polis sebagai jenayah ‘bukan indeks’ lalu ia tidak didaftarkan untuk tujuan statistik. Penurunan kadar jenayah indeks akan menunjukkan bahawa jenayah –jenayah tertentu sedang berkurangan.”

“Jenayah indeks” didefinasikan sebagai jenayah yang kerap dilaporkan dan merupakan cukup ketara untuk dijadikan indeks terhadap situasi jenayah. ‘Jenayah bukan indeks” pula adalah kes-kes kecil yang jarang berlaku maka ia tidak disertakan ke dalam statistik atau sebagai penanda aras untuk menentukan situasi jenayah.

Statistik rasmi kadar jenayah hanya mengambil kira jenayah indeks.

Mengikut surat ‘Sumun Osram’, jenayah yang dimanipulasi termasuk:
(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.
(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.
(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Surat tersebut mendakwa bahawa “pengklasifikasian jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks jumlahnya adalah beberapa ribu kes. Tentunya, dengan mengalihkan kes-kes tersebut, perangkaan kadar jenayah akan mengambarkan seolah-olah kadar jenayah telah berkurangan.”

Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran.

1 comment:

  1. Asik ikut pemimpin pembangkang, teropong ustaz, melawat rumah kongsi pekerja binaan mana ada masa nak cegah jenayah!!!Orang ramai beli rumah ratus ribu dengan pagar dengan sekuriti lagi. Oh ye dah pencen bolehlah dapat lesen syarikat sekuriti lepas tu sewa kat orang. Janji masyuuk. Kalau dah aman siapa pulak nak sewa sekuriti!!! Bijak beb!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...