Tuesday 7 August 2012

TEMA MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN NEGERI KEDAH MENGIKUT RENTAK TEMA KERAJAAN PUSAT TAPI BERLAINAN AYAT DAN BAHASA????

Itulah ungkapan yang dapat admin luahkan apabila kerajaan Kedah akan mengguna pakai tema sendiri. Lain dari yang diguna semua kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat yang lain.



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka 'Sebangsa Senegara, Sejiwa'  untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah -  akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.

NONESinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa
Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut.

Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini.

Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema 'Janji Ditepati' yang juga merupakan tema kempen politik BN.

Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...