Wednesday 1 August 2012

KES RAFIZI RAMLI DIHERET KEMAHKAMAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG BAFIA.....RAFIZI DIGARI SETELAH PERTUDUHAN DIBACAKAN...PENDAKWARAYA MOHON DIBERIKAN IKAT JAMIN RM100 RIBU DAN PASPORT ANTARABANGSANYA DIRAMPAS!!!!!...PERBICARAAN DITETAPKAN PADA 10HB SEPTEMBER 2012..



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.


Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.


Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.


Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.


Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.


Dalam reaksi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.


“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.


Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.


Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.


Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.


Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.


Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.


Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.


Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.


Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.


Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.


NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.


Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.


Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.


Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya.

3 comments:

  1. Johari tu Dah la cuma kerani bank jer...kesian dia,dat tentu la salah si johari tu...lembu la lu johari

    ReplyDelete
  2. celaka betollah umno dan anjing2nye..org yg tertuduh tu yg dah rembat rm250juta sampai sekarang tak kena tindakan ape pon, senyap macam tu je lepas dah masuk court..tapi rafizi, seorang saksi, yg dah bekalkan semua bahan bukti2 penyelewengan NFC pulak yg ditangkap?! umno boleh pergi mampus PRU kali ni!

    ReplyDelete
  3. politik m'sia lbih jijik dr ngara INDIA, org yg makan duit terang2 terlpas dr hukuman, (250juta)?, negara buruk ni mmg x adil... cilaka punya undang2 UMNO/BN...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...