Tuesday 7 August 2012

SUDAH MENJADI PERBUALAN UMUM .... KERAJAAN UMNO/BN PERAK PIMPINAN ZAMBRY KADIR BELI KERETA RASMI BARU UNTUK SUK, PEGAWAI KEWANGAN NEGERI DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI...RM350,000 SEBUAH!!!!




Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan yang timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?

Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Rakyat mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.

Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?

Pembelian 3 buah ini sebagai menguji pasaran sentimen rakyat..Jika rakyat senyap membisu seribu bahasa, admin yakin sebanyak 13 buah lagi akan dibeli untuk kegunaan Menteri Besar dan semua Ahli Exco Kerajaan.

2 comments:

  1. dia nak bg nizar guna kete tu,pastu paham2 la citer ape nak kuar.

    ReplyDelete
  2. betul tu sbb lepas ni confirm PR pulak perintah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...