Wednesday, 29 August 2012

KES SUMBANG MAHRAM....ADAKAH INI INDIVIDU TERSEBUT????.....SUSPEK BUKAN PEMIMPIN DARI PARTI PAKATAN RAKYAT!!!!!..




JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

NAMPAKNYA PIHAK MEDIA CUBA MENGGUNAKAN ISU INI SEOLAH-OLAH YANG MELAKUKAN SUMBANG MAHRAM ADALAH DARI KALANGAN PEMIMPIN KANAN PKR MAUPUN PAS...

JUAK-JUAK UMNO CUBA MEMBERI GAMBARAN KELABU KEPADA RAKYAT, SEDANGKAN AGENSI BERNAMA DENGAN JELAS MEMAKLUMKAN PERKATAAN PARTI BARU!!!!... PARTI BARU YANG DIMAKSUDKAN ITU MENGIKUT APA YANG ADMIN DIBERITAHU IALAH PARTI KITA..PARTI YANG DITUBUHKAN OLEH ZAID IBRAHIM.

3 comments:

  1. Hangpa pasaipa nak takut sangat hangpa dikaitkan dengan kes ni.... tetiba kelam kabut mai nak nafikan... kalau dah tak bersalah buat apa nak nafikan...nampak seolah2 hangpa pernah terlibat dan pernah buat salah...pasai tu la hangpa melompat macam kera kena belacan bila kes ni tersebar....

    ReplyDelete
  2. bodoh bangang betul la nko ni,
    kalau org tuduh ko,sebar cerita tak betul pasal ko,
    ko diam buat bodoh je ke??memang bodoh la kalau ko buat camtu kan???
    mesti la ko pun melenting.....
    sama jugak kes ni,mcm blog dah cakap pemimpin parti dari PR,
    mesti lah pemimpin PR melenting utk membela diri....

    ReplyDelete
  3. Fitnah ni senjata kuat UMNO. Media perdana canang cerita, takboleh terima 100%. Banyak autar dari benar.
    Maksiat puak UMNO pulak senyap terus.
    PR terpaksa menafikan. Jangan dok diam. Tapi jangan perabih tenaga dengan hal macam ni. Rakyat tak bodoh macam sangkaan Najib.
    PR kena tapis semua calon PRU nanti. Background bersih, istihar harta sendirian dan anak beranak. Jangan ada yg shady character yg akan jadi liabiliti dan akan lompat parti macam haram jadah Changkat Jering & gang dia.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...