Thursday 16 August 2012

RUPA-RUPANYA DATUK SERI YANG DICARI POLIS KERANA MEMBUNUH ADALAH INDIVIDU YANG GESA TGNA BERSARA DARI POLITIK... ORANG KUAT TOTOK UMNO BEB!!!!.. JOM KITA BERKENALAN DENGANNYA!!!



Datuk Seri yang dicari polis inilah yang menggesa agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Polis cari 'Datuk Seri' bantu siasatan kes bunuh di The Mines
16 Ogos 2012

Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.



Berundurlah Nik Aziz - Jaafar


KUALA LUMPUR 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.


Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Katanya, adalah lebih baik untuk beliau turun ketika masih dihormati berbanding meletakkan jawatan ketika dikeji pelbagai pihak.

"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan.

"Lagi lama beliau berada di atas, selagi itu parti sukar untuk berkembang kerana kebanyakan keputusan dibuat beliau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan pendekatan kepimpinan Nik Abdul Aziz sebagai 'melampau'.

Sementara itu, berhubung pembatalan hasrat untuk bermuzakarah antara Pas dan UMNO, Jaafar berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya meletakkan syarat sebelum bermuzakarah kerana ia menjadi faktor usaha murni itu gagal.

"Muzakarah dulu, kemudian baru tengok apa keputusan perbincangan. Kalau ada perkara setuju, setujulah, kalau tidak setuju kata tidak setuju.

"Ini belum apa-apa beliau telah letakkan syarat, tidak boleh macam itu. Ia memberi gambaran bahawa beliau dari awal tidak mahu melakukannya," jelas beliau.

Sementara itu, Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berharap pintu hati Menteri Besar Kelantan itu akan terbuka serta diberi petunjuk untuk melihat kepada perkara yang benar.

Sambil memberikan contoh bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad yang berundur apabila tiba masanya, beliau berkata, Nik Abdul Aziz juga sepatutnya mengambil langkah serupa.

10 comments:

  1. Mmg xkn jmpa polis cari. byk tpt dia blh nyorok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semua...

      Another kes paling lambat settle...

      Delete
  2. patutlah... KAH...KAH..KAH..

    ReplyDelete
  3. nyorok dalam kelambu umno bn dah tentu selamat sejahtera kan kan kan

    ReplyDelete
  4. Aku sangat sangat berharap jika PR berjaya memerintah Malaysia nanti, Dato Cikai ini akan di bawa ke muka pengadilan dan kes nya di selesaikan dgn segera tanpa ada muslihat untuk selamatkan dia anak beranak. Begitu juga dengan kes kes pembunuhan yg lain, tolong buka semula kes!

    a) Pembunuhan Norita Samsuddin
    b) Pembunuhan Kejam ALTANTUYA SHARIBU
    C) Pembunuhan seorang pelajar (bakal peguam) di Uncle Don Sri Hartamas
    d) Pembunuhan DATUK S Krishnasamy
    e) Pembunuhan Hasleza Ishak
    f) Pembunuhan Mustakizah Jaafar
    g)Pembunuhan Dato Sosilawati
    h) Pembunuhan AminulRasyid
    i) Pembunuhan Ahmad Sarbani
    j) Pembunuhan Teoh Beng Hock

    Kalau ada lagi tlg tambah, ramai sgt nyawa melayang tapi x dpt pengadilan...rakyat di tinggalkan mencari konklusi sendiri atau di saran diam saja dan move on macam rakyat ni dungu.

    Aku perhatikan ada beberapa kes yg konon nya pembunuh cuma dapat upah dari orang yg beri upah atau dapat arahan dari org yg beri arahan bunuh.

    Anehnya, tiada langsung di sebut atau di persoal siapa yg bagi arahan?

    ReplyDelete
  5. Saya mohon maaf , saya malu dan menyesal teramat sangat, kerana telah mendahului ALLAH S.W.T dan Mahkamah kerana menghukum seorang yang tidak bersalah, kejinya tindakkan saya ini kerana mengaibkan Dato Seri Jaafar Shaari, saudara haruslah mengikut langkah saya memohon maaf kepada beliau sebelum berakhirnya nahas suci dan bertukar menjadi nafas keji dengan fitnah yang saya lafaz kepada umum sebelum ini, saya menyesal kerana bersikap dengki diatas kejayaan beliau menyusun Jemaah yang berjaya dan benar2 memartabatkan maruah orang Melayu dibidang ekonomi bersaing dengan bangsa2 yang lain...


    "DATO SERI MAAFKAN SAYA DUNIA DAN AKHIRAT, AMPUNKAN KETELANJURAN SAYA"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Khairul Sahar Zubir tak perlulah memohon maaf kepada saya. Sebenarnya memang salah saya sendiri kerana bertindak mengikut nafsu hingga mengakibatkan korbannya nyawa umat Islam kita yang tidak bersalah.
      Saya telah bertindak melampaui batas undang2 dan agama Islam dalam menghakimi arwah. Saya juga bersalah kerana telah memulakan pergaduhan yang amat bodoh serta tidak berbaloi.
      Saya menyesal kerana sayalah yang mula mengetuk kepala arwah dengan besi sehingga menyebabkan kematian. Sesungguhnya saya sedari saya telah membuat suatu kesalahan yang serius.
      Saya juga menyesal kerana tidak amanah dalam menguruskan tabung amanah PEWARIS Malaysia. Saya juga menyesal kerana telah menipu banyak wang anak-anak baiah saya.
      'Datuk Seri' yang saya gunakan juga BUKANlah anugerah dari Sultan Melayu yang Berdaulat, ianya cuma gelaran dari majlis adat keturunan Naning bertaraf ketua kampung yang tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

      KEPADA SEMUA ANAK-ANAK BAIAHKU AMPUN LAH DOSA KU. JANGAN KAMU MENCARI AKU LAGI KERANA AKU TELAH MENYESAL DENGAN PERBUATANKU.

      yang benar

      DATUK SERI PADUKA AYAHNDA Jaafar Shaari Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia

      Delete
  6. kau berdialog sendiri eh ?? ksian hdup kau .. dari cara tulisan tahu yg kau berdialog sndri .. :) so shame on u .. dye belum terbukti bersalah .. so korg xboleh judge dye .. ohh lupa korg ade eh mse kat tmpat kjadian ?? tu yg korg belagak tahu smua .. manusia skang suka berlagak tuhan yg tahu smua bnda ,, smoga Allah balas mlut korg ..

    ReplyDelete
  7. Pelakon.........Khairul Spec
    stuntman........Khairul Spec
    Cameraman.......Khairul Spec
    Lakon layar.....Khairul Spec
    sutradara.......Khairul Spec
    Script..........Khairul Spec
    Pen. Pengarah...Khairul Spec
    Pengarah........Khairul Spec
    Penerbit........Khairul Spec
    khairul, dulu pernah satu ketika mesyuarat, kau brtempik dengan lantang.."kalau ada saper2 disini yg kurang ajar ngan ayah (ayah paq)..kami abang2 akan kutip korang....
    ini statement masa ko baik ngan ayah paq, skang bila kau x sehaluan ngan dia, ko kutuk, fitnah buat drama diatas....x sehaluan pasal parti politik jer, yg ko fanatik sangat naper...bawak relek bro..kita sumer manusia bukan nabi yg ada mukjizat....yg ko reka cerita diatas brtujuan mengaibkan dia nak wat per....BODOH DAN BANGGANG cara kau bro...ko menunjukan kebodohan diri kau....kalau kau seorang yg bijaksana, kau x buat drama / dialogue di atas...betul2 kau membanggangkan diri sendiri.....kau lagi hina dr najis/bangkai dll yg sewaktu ngan nya....berpikiran matang ckit bro...wa x sangka lu macam ni punya orang....

    ReplyDelete
  8. kesian geng2 ni,.,.huhuhu kalu bunuh musuh islam x per la jugak huhuhuuu.,.kita tengok je lah ape keputusan mahkamah malaysia yang kita dah tahu memang korup,.,
    wait n see,.,.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...