Thursday, 9 August 2012

AHLI-AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT YANG TIDAK AKAN DICALONKAN SEMULA PADA PRU 13 NANTI?????



Kisah bertiup kencang bagaimana ada beberapa ahli parlimen dari Parti KeADILan Rakyat tidak akan diberi peluang sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen yang mereka sandang kini pada PRU 13 nanti.

Mereka sudah tidak dianggap pada pandangan admin, calon yang mampu membawa kemenangan.. "winnable candidate"...tetapi calon liabiliti kepada parti dan gagasan Pakatan Rakyat.

Mereka ialah:-


1)  Abdullah Sani Abdul Hamid ( Kuala Langat )

2)  Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya )

3)  S. Manikavasagam (Kapar)

4)  Aziz Kadir (Ketereh)

5)  Azan Ismail (Indera Mahkota)

6)  Rashid Din (Merbok)


Pelbagai sebab dan alasan mengapa mereka sukar untuk diberi peluang untuk kali kedua sebagai calon  mewakili PKR/PR pada PRU nanti.

Alasan serupanya ( common reasons ) ialah:-


1) Kurang efektif dalam memberikan khidmat kepada pengundi setempat.

2) Tidak mesra rakyat

3) Sukar dihubungi.

4) Enggan menjawap panggilan talipon.

5) Kurang mengambil bahagian dalam perdebatan dalam parlimen..Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk ditangga.

6)  Menghadapi masalah peribadi.

7)  Tidak popular dikalangan pengundi setempat


8)  Kesetiaan kepada parti amat diragui sekali... dipercayai mudah berlompat arah dan berpindah jika keadaan memaksa.


Alasan kelapan adalah amat crucial dan penting sekali apabila pucuk pimpinan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan siapa yang perlu dipilih untuk membawa obor PKR sebagai wakil Pakatan Rakyat.

Kena terima hakikat bahawa PRU 13 adalah PRU yang paling sengit dan kotor sekali dalam sejarah.

Sengit kerana pengaruh kedua PR dan BN dianggap seimbang walaupun peluang kepada PR lebih cerah.. Parti mana yang menang hanya mampu menguasai sekadar "simple majoriti".

Kotor kerana parti UMNO khasnya dan BN amnya akan menggunakan apa saja dalam kuasanya mempastikan Putrajaya tidak terlucut dari tangan mereka. Pertempuran hidup matinya UMNO. Pertandingan yang bakal menyaksikan segala dana terutamanya wang ringit digunakan tanpa ada had dan batasan.

Bila berlakunya kemenangan simple majority maka sudah pasti kerja membeli wakil rakyat akan terjadi.

Sayugia diingat. Datuk Seri Najib Razak sudah pun terkenal sebagai pemimpin yang beli sanggup pengaruh dan kuasa jika kena pada harganya.

Sejarah hitam "Perak" sudah pasti tidak mau diulangi sejarahnya.

PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

KEBENARAN ITU PAHIT...PERJUANGAN ITU PERIT....KEADILAN ITU SAKIT

3 comments:

  1. Memang tepat sekali,pemimpin yg spt ini tidak bolih di simpan.sebab dlm kadaan sekrang .mnjadi pmimpin bukan spt mnjadi Maharaja.tetapi brkhidmat dgn sebenar2nya kpd rakyat Parti dan Negara.Elakan memilih pemimpin yg hanya mnjaga kpntingan perut sndri.

    ReplyDelete
  2. aik..cube tanye pak sheikh yg berlagak alim tu.brape kali die blk ke permtang pauh utk bg khidmt pd pengundi bini die..pegi us 3,4 kali sebln..lawat kaw 3,4 bln skali..hahahah..

    ReplyDelete
  3. PKR kena berhati2 pilih calon....jangan mudah pilih calon populariti cam apa yang jadi kat NIBONG TEBAL....patut sorang jadi calon (rajin turun padang) dapat kat TKM1 YANG jarang turun PADANG kerana populariti..hati2 PKR

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...