Saturday, 25 August 2012

SAMPAI BILA PERLUNYA PARA PEMIMPIN UMNO BERLAKUN DEMI MERAIH SOKONGAN RAKYAT?...



Sudah menjadi trend terkini dikalangan para pemimpin UMNO berlakun didepan kamera demi meraih sokongan, simpati rakyat terhadap diri mereka dan parti yang dianutinya.

Apa jua yang dilakukan pada fikiran mereka boleh melonjak imej dan sokongan rakyat akan dilakukan tanpa ada rasa segan silu dan malu.

Dari mencium tangan ibu, pergi mengerjakan haji dan umrah, bermesra dengan kanak-kanak sampailah menyiapkan juadah hari raya.

Sedangkan hakikatnya rakyat sudah sedia tahu dan maklum semuanya itu hanyalah satu sandiwara murahan.

Terkini admin dapat beberapa keping gambar dimana MB Negeri Sembilan Mohamad Hassan, kelihatan seolah-olah beliau sendiri yang menyediakan juadah rumah terbukanya yang dijadualkan akan  berlangsung hari ini 25hb Ogos 2012 jam 11.00 pagi di Kampongnya di Rantau, Negeri Sembilan.

Apakah sudah bankrap cara dan muflis buah fikiran bagaimana mau menambat dan menawan hati rakyat?


RAKYAT SUDAH BOLEH MENILAI YANG MANA BERLAKUN YANG MANA BERSUNGGUH... JANGAN  TERUSAN MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT....


2 comments:

  1. Mangkok ni slalu lepak Hotel Klana Resort. Diskus projek Mega-Mega kot. Tak tau plak dia boleh kacau dodol dan bakar lemang. Berlakon saja kot. Puak UMNO ni memang fotogenik. Depan kamera panjat pokok nyor pon boleh. Lagi terar dari berok.

    ReplyDelete
  2. Kere-jaan BN-Berok Nyor pimpinan UMNO-United Monkeys National Operahouse mmg mcm tu.. PRU 13 ni kitw bogelkan satu2 jumlah harta ronpakan mereka ke atas rakyat dan kita rampas balik hak kita. kita majoriti.. mana boleh kene buli dengan minoriti api dalam sekam ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...