Monday, 13 August 2012

KES SAMAN UTUSAN RM100JUTA OLEH DSAI....HASAN ALI BILA DIASAK OLEH PEGUAM N.SURENDRAN DAN LATHEEFA KOYA TERUS GAGAP!!!!!!!



KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual.

Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk “Tolak Anwar – Hasan”.

Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan:

Surendran: Anwar telah mengatakan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women”. Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?

Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.

Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju ‘archaic law’ adalah undang-undang lapuk?

Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.

Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu?

Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam.

Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam?

Hasan: Ya, tidak ada.

Surendran: Berdasarkan kenyataan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women” adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?

Hasan: Ya setuju.

Surendran: Dalam ayat ketiga “We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain”. Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?

Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya).


Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?

Hasan: Ya!

Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.

Hasan: Saya tak setuju!

Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.

Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.

Hasan: Saya tak pasti.

Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju?

Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan. -KD

MASA BERCERAMAH ROADSHOW SELAMATKAN AKIDAH BUKAN MAIN BERLAGAK LAGI...BILA KENA ASAK DENGAN PEGUAM TERUS BERBELIT LIDAH....

5 comments:

  1. “We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain”. we might promote them in private, boleh jadi,, possible possible,,

    ReplyDelete
  2. hahahaha..bdk2 pr xreti bahasa inggeris..msh nk tegakkn benang yg basah...ape mksd keseluruhan ayt n yg plng best ayt ni " and consider the archaic law as relevant"...ape archaic law tu..isu ni crita psl undang2 berkaitan homoseksual di mn kt mlysia meliwt dianggp jenayh..so undang2 ape yg lapuknye yg dimksdkn nuar al ****** tu wahai pencacai2 pr..undang2 psl liwat ke..undang2 psl liwt tu lapuk ke??!!!..nabi pn xngaku umt oi klo meliwt ni..so pencacai2...ape sbrnye yg nuar tu mksdkn..ckp berbelit2 nuar ni klo temuramah dgn org2 barat..tp klo wartawan mlysia yg tnye..msti die akn tanye soalan ni..."u dr paper mn..utusan ye..umno bayar u ke"..kesian wrtawan kene marh wlpon cume jlnkn tugas...org mcm ni xlayak jd pm..jd pembngkng pn x layak..jd badut sarkas layak..hehehehe

    ReplyDelete
  3. kesian...nak tunjuk pandai sgt.... ada bukti sahih ke yg nak sgt tuduh org melakukan liwat... yakin bebenor nampak komen kat atas ni... setakat video tu... ek elehhh.... sape bahalol je yg percaya bolat bolat... tak payah la kutuk anuar lebeh2 lu..l lu tengok sendiri dulu la... bahaya noo.. sebar fitnah... wallahu'alam...

    ReplyDelete
  4. hahaha...pencacai2 pr xbrani nk komen lebih2 sbb ramai yg bodo2 xreti english..oi anon 15 august 18:54..bile ms plak aku tuduh pak sheikh al jub tu meliwt..komen aku kt ats tu aku buat berdasarkn ayat yg mamat 16 septmbt tu kuarkn ms wawancara dgn tv barat..ko ni nape la sengal sgt...ehh..mn pencacai2 pr yg lain.

    ReplyDelete
  5. dulu, kini dan selamanya bingai dan bodoh 7 dketurunan!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...