Tuesday 14 August 2012

LAAAA....RUPA-RUPANYA DALAM SETAHUN DUA KALI SILING HOSPITAL SERDANG RUNTUH....

GAMBAR ATAS SILING RUNTUH TAHUN 2012.. DIBAWAH TAHUN 2011

KERUNTUHAN SILING KALI KEDUA DIHOSPITAL SERDANG SEJAK BEROPERASI DISEMBER 2005. KALI PERTAMA BULAN JANUARI 2011.


SERDANG – Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.

“Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing.

“Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

Berikut ialah berita kejadian siling runtuh di hospital yang sama yang dilaporkan pada 31 Januari 2011

    Siling Lobi Hospital Serdang Runtuh

    Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

    Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

    Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.

    "Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya.

    Jurucakap itu berkata satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

    Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kejadian telah dilakukan, katanya
. --Bernama

SETAHUN SAMPAI DUA KALI RUNTUH....ADAKAH INI NKRA YANG DIBANGGAKAN OLEH PENTADBIRAN 1M'SIA NAJIB RAZAK?

SOALAN CEPU MAS... AGAK-AGAKNYA SIAPA KONTRAKTOR YANG DIBERIKAN KONTRAK UNTUK MEMBINA HOSPITAL SERDANG INI DENGAN NILAI RATUSAN JUTAAN RINGGIT?...

1 comment:

  1. pppuuuiiii....najib mntadbir pun start 2008 dan hospital ni start digunakan thn 2005...ape hal plak bawah pntdbiran dia ??? agak2lah kalau nak hentam orang pun...janganlah tunjuk ketidakpandaian anda.. !!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...