Friday, 3 August 2012

SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 DENGAN TEMA JANJI DITEPATI...JOM KITA KENALI PRODUK-PRODUK JENAMA 1M'SIA..



Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan negara dari Tun Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau telah memperkenalkan slogan 1M'sia yang diilhamkan dari 1Israel sebagai tag line pentadbirannya.

Sejak dari itu maka segala program maupun produk yang mau mengambil hati beliau atau lebih tepat membodek ampu beliau,  telah menggunakan jenama  1M'sia.

Bermula dengan Kedai Rakyat 1M'sia diikuti dengan Kedai Rakyat Ikan 1M'sia , keKedai kain Rakyat 1M'sia sampailah ke Tyre 1M'sia.

Bagi merebut peluang membodek Najib Razak kini terbuka luas, maka ada pencacai UMNO mengambil kesempatan untuk menjual produk mereka dengan menggunakan logo 1M'sia.

1Pad 1M'sia barang yang rebranding dari jenama keluaran negara China menjadi perintisnya.

Terkini produk Kopiah atau Ketayap 1M'sia.

Sudah menjadi rahsia umum yang UMNO sejak Tun Mahathir menjadi PM, kopiah dianggap fobia kepada UMNO. Kopiah @ ketayap disinonimkan oleh mereka kepada PAS.

Kini demi kepentingan politik dan mau memujuk dan memikat undi umat Islam dinegara ini, sudah ada kopiah 1M'sia dipasaran. Ada yang siap dengan tanda tangan Najib dan Muhyiddin Yassin lagi.

Sebab itu ada pengeluar pakaian dalam lelaki sudah pun menggeluarkan produk seluar dalam jenama 1M'sia.

Mungkin selepas ini baju dalam 1M'sia juga akan dikeluarkan.


TAK KENAL TAK CINTA.. DAH KENAL MELOYA PULA TEKAK RASANYA.

2 comments:

  1. nnti pulak 1 keluarga 1 anak

    ReplyDelete
  2. akan datang ...petrol 1Malaysia
    yg paling di nanti oleh semua rakyat malaysia

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...