Monday, 20 August 2012
UMNO KINI MENGGUNAKAN CARA POLITIK TAHUN 1990 UNTUK MERAIH SOKONGAN ORANG MELAYU/ISLAM.
Pada tahun 1990 UMNO telah menggunakan gambar Ku Li pakai tengkolok ada lambang salib dalam satu majlis anjuran PBS ( Parti Bersatu Sabah ) yang diketuai Pairin Kittingan.
Tahun tersebut PBS telah mengistiharkan keluar dari BN dan mau menyertai Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ), gabungan Semangat 46, PAS dan DAP yang diketuai Ku Li sendiri.
Gambar Ku Li itu dipaparkan dimuka depan semua media milik dan kawalan UMNO, mencerminkan seolah-olah sekiranya APU memenangi PRU tahun 1990, maka agama kristian akan dijadikan agama rasmi Persekutuan mengganti Agama Islam, memandangkan PBS adalah parti yang didominasi dan diketuai oleh penganut-penganut kristian seperti Pairin Kittingan, Bernard Dompok, James Ongkili dll.
Akhbar terbitan waktu itu diedarkan secara percuma.
Hasilnya, UMNO mampu meraih sokongan orang Melayu sedangkan undi bukan Melayu memihak kepada APU.
Kini taktik yang sama cuba diamalkan semula. Cuba dikitar semula.
Para pemimpin UMNO sedar yang bukan Melayu kini menyokong padu Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pilihan sudah tidak ada pada UMNO melainkan meniup api kebencian dengan menggunakan isu agama. Membuat fitnah kononnya jika PR diberi amanah mentadbir Putrajaya maka Kristian akan dijadikan agama rasmi Persekutuan.
Satu perkara yang langsung tak masuk akal..Tetapi dimainkan juga kerana UMNO kini sudak pendek akal untuk berdepan dengan rakyat secara politik matang.
Tahun 1990 mungkin boleh termakan sebhagian orang Melayu kita, tetapi kini zaman informasi dihujung jari.
Setiap propaganda amat pantas dipintas oleh pihak lawan.
JANGANLAH MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
No comments:
Post a Comment