Tuesday, 2 October 2012

EDISI KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!... LAGI KISAH BLOGGER UMNO KENA KANTOI SEBAB MENIPU DAN MEMFITNAH!!!!.. KALI INI KISAH CERAMAH MEGA SEMPENA KONVOI ROYALTI KE-PUTRAJAYA DISHAH ALAM LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!!!



Satu blog pencacai UMNO darulehsantoday.blogspot.com telah membuat fitnah kononnya Ceramah Mega Sempena Konvoi  Royalti KePutrajaya, di Dataran Merdeka Shah Alam malam tadi 2hb Oktober 2012, langsung tidak mendapat sambutan

Bagi menyokong fitnahnya maka dia pun muat naik 2 keping gambar..

Hakikat sebenarnya ialah ceramah tersebut mendapat sambutan yang amat memberangsangkan..

Sila lihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh admin dibawah....BIARKAN GAMBAR BERBICARA


LAGI SEKALI BLOGGER BERDARAH UMNO PEKAT KANTOI!!!!!...WALAUPUN DIA TAHU KISAH YANG DILAPORAKN ITU FITNAH NAMUN DIA TETAP JUGA SIARKAN TANPA ADA SEDIKIT PUN RASA TAKUT KEPADA DOSA MALAHAN DILIHAT DEPA BERASA MEGAH DAN BANGGA!!!


KALAU NAK MENIPU PUN AGAK-AGAKLAH.

WAKENABEB!!!!... LU SUDAH KANTOI!!!!!

P/S....SEBAHAGIAN DARI GAMBAR INI DIKUTIP DARI BLOG LIANGLAHAD.



PEMANDU TEKSI SEKARANG DAH BIJAK!!!!... BERI TAYAR 4 BIJI MEREKA KEBAS TAPI DEMO TETAP DIBUAT JUGA!!!!!



Sebentar tadi para pemandu teksi kotaraya Kuala Lumpur telah membuat bantahan secara berdemo di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur,  membantah keras penguatkuasaan yang dianggap keterlaluan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ).

Beratus-ratus pemandu teksi mengadakan demo di Bukit Bintang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan yang dilaksakan oleh SPAD.

Antara sebab tindakan mogok adalah kononnya sikap SPAD yang tidak mesra dengan pemandu teksi.


Sebab lain adalah tindakan Kerajaan UMNO/BN menyediakan bas percuma terutama kepada pelancong asing yang menyebabkan perkhidmatan pemandu teksi terjejas.

Pemandu teksi tidak kisah kalau bas percuma disediakan kepada Rakyat Tempatan.


BERI TAYAR TR1MA DEPA SAPU...SOKONG UMNO/BN BELUM TENTU... SEBAB MEREKA SUDAH TIDAK MAU DITIPU..

SAH LAGI SAHIH!!!!... PAS JADI KUDA TUNGGANGAN DAP DIPULAU PINANG????.. ARTIKEL DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE BUKTI KUKUHNYA!!!!!!


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2012, di Menara PGRM, Kuala Lumpur- 

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan memperbaharui semangat perjuangan parti itu terutama di Pulau Pinang bagi merampas kembali negeri tersebut daripada DAP.


Kata beliau, dengan cara itu Gerakan mampu membuktikan parti itu merupakan sebuah rakan kongsi yang baik dan berguna kepada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Gerakan serta parti komponen BN yang lain tidak perlu takut memasuki gelanggang dan bertarung berhabis-habisan pada pilihan raya umum nanti demi memastikan kejayaan BN.

Jelasnya, usaha itu perlu disertakan dengan strategi yang baik serta kerja keras dan kerjasama di dalam parti serta dengan komponen BN lain.

"Cabaran bukan waktu kita senang, tetapi cabaran sebenar dan terbesar apabila kita bangkit ketika dalam keadaan tertekan dan itulah yang akan kita lakukan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan, di sini hari ini.

Seruan Najib merangkap Pengerusi BN itu disambut dengan tepukan dan sorakan bersemangat kira-kira 1,800 perwakilan Gerakan yang hadir.

Katanya, usaha merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP boleh dilakukan berdasarkan rekod cemerlang Gerakan dan BN memerintah negeri itu sebelum 2008.

Jelasnya, operasi pelbagai syarikat multinasional seperti Western Digital dan Motorola di negeri itu bermula semasa era pentadbiran BN manakala ada sesetengahnya berkembang secara kebetulan ketika negeri itu diperintah DAP selepas 2008.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan Pulau Pinang akan kembali ditadbir Gerakan sekiranya BN menang sekalipun jika strategi memerlukan calon UMNO ditampilkan melebihi calon Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita telah lama mempunyai persefahaman itu dan akan terus memegang kepada persefahaman tersebut," katanya.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121001/po_01/Tekad-rampas-Pulau-Pinang#ixzz288Gf0kin

© Utusan Melayu (M) Bhd




BILA NAJIB SECARA TERBUKA MENYATAKAN PULAU PINANG AKAN TETAP DIBERI KEPADA GERAKAN UNTUK DIURUS TADBIR WALAUPUN UMNO LEBIH BANYAK KERUSI MEMBUKTIKAN YANG PAS SANGGUP JADI KALDAI TUNGGANGAN DAP...

OOPPSS... SILAP CAKAP PULAK!!!!!!

SEKARANG SIAPA YANG MENJUAL DAN GADAI MARUAH MELAYU DIPULAU PINANG?....SIAPA!!!!!!!!!

SEBAB ITU JUAK-JUAK UMNO JANGAN CAKAP SEDAP MULUT... KENA FAHAM DAN TERIMA HAKIKAT... NAJIB BILA CAKAP DIPWTC DEPAN AHLI-AHLI UMNO TERLOLONG TERLALAK KONONYA UMNO AKAN PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU SAMPAI KETITISAN DARAH TERAKHIR.

BILA DEPAN PERWAKILAN GERAKAN CAKAP AKAN TETAP SERAHKAN KUASA PEMERINTAHAN PULAU PINANG KEPADA GERAKAN JIKA BN MENANG WALAPUN UMNO JAUH LEBIH BANYAK KERUSI!!!!

MASIH BUTA HATI DAN JIWA LAGI KE WAHAI AHLI-AHLI, PENYOKONG, PENDOKONG DAN PENGANUT UMNOI!!!!!!!

REAKSI PELAJAR UiTM YANG TIDAK SMART BILA NAJIB UMUMKAN REBET RM200 UNTUK PEMBELIAN SMARTPHONE 3G!!!!




Beginikah caranya reaksi yang patut dipamirkan oleh seorang yang bergelajr pelajar Universiti?

Gembira sakan sampai nampak semua gigi bila Najib Razak umumkan hanya rebet RM200 untuk pembelian talipon pintar 3G... Reaksi yang langsung tidak menunjukkan kepintaran tetapi sekadar mengampu bodek tanpa ada batasan.



PARTI GERAKAN YAKIN AKAN RAMPAS PARLIMEN BERUAS DAN TELUK INTAN DAN MAMPU PERTAHANKAN PARLIMEN SIMPANG RENGGAM!!!!!.. INI BUKAN CAKAP KOSONG ANGAN-ANGAN MAT JENIN!!!!.. GAMBAR SEBAGAI BUKTI BEB!!!!.. HABISLAH DAP/PR DIPULAU PINANG!!!!PARTI GERAKAN SUDAH BANGKIT DAN DITERIMA RAKYAT SERTA MEMPEROLEHI SOKONGAN PADU DARI AHLI-AHLINYA!!!!!



Presiden parti Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon pada 30hb September 2012 yang lalu mensasarkan untuk memenangi semula kerusi parlimen di Beruas dan Teluk Intan di Perak, di samping mempertahankan kerusi Simpang Renggam di Johor.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, misi utama Gerakan ialah mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008 dan memenangi seberapa banyak kerusi.

"Pada pilihan raya 2008, Gerakan telah memenangi dua kerusi iaitu Gerik dan Simpang Renggam.

"Bagaimanapun, kita sudah berbincang dengan Umno yang mahu bertanding di Gerik, dan kita cuba mendapatkan kerusi Taiping, di samping Beruas dan Teluk Intan di Perak," kata Koh dalam sidang media selepas tamat mesyuarat agung parti tersebut, hari ini.

Koh berkata, beliau yakin untuk Gerakan menang di Beruas dan Teluk Intan memandangkan pada pilihan raya yang lalu, calon Gerakan tewas dalam jumlah majoriti kurang daripada 1,000 undi.

BELIAU BUKAN CAKAP KOSONG BEB!!!!.. CAKAP BELIAU INI BERISI DAN ADA SOKONGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!!!... LIHAT GAMBAR PERSIDANGAN TAHUAN GERAKAN YANG DIADAKAN SEMALAM!!!.. CUKUP PENUH BERISI PARA PERWAKILAN MENDUDUKI KERUSI!!!!..

OOPPSSS!!!!.. ALAMAK!!!!!.. TERSALAH MUAT NAIKLAH...MAAF DIPINTA KEPADA SEMUA PENGINTAI, PENJENGUK, PEMBACA DAN PENGKRITIK BLOG INI KERANA KESILAPAN ADMIN MUAT NAIK GAMBAR YANG SALAH UNTUK MENYOKONG KEYAKINAN TINGGI MELANGIT PRESIDEN GERAKAN INI.

RUPA-RUPANYA,  BELIAU BERCAKAP LANGSUNG TIDAK CERMIN DIRI TERLEBIH DAHULU.

GEMPAR GILA HABIS BEB TAPI BENAR!!!!!!... GAMBAR NAJIB RAZAK BERGINCU DISIARKAN DIUTUSAN ONLINE!!!!!!!...

SUDAH SEMACAM ADA SABOTAJ ATAU PUN MAU MENUNJUKKAN RASA MALU KERANA NAJIB RAZAK TAKUT BERHUJAH DAN BERBAHAS DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, MAKA HARI INI UTUSAN ONLINE LIDAH BIAWAK RASMI UMNO, TELAH MENYIARKAN GAMBAR NAJIB RAZAK PAKAI GINCU BAGI MENJAWAB SOALAN SEBAGAI MENTERI JAGA WANITA, YANG DIBANGKITKAN YB KARPAL SINGH ....

TAK CAYA?....SILA LIHAT DIBAWAH INI..

Utamakan program kesedaran

NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah mengadakan undang-undang untuk menjadikan pemberian nafkah kepada ibu bapa satu keperluan mungkin akan mengeruhkan ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak.

Oleh itu, kata Perdana Menteri, kerajaan mengutamakan program kesedaran untuk memupuk serta menyubur rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda terhadap keluarga ke arah memantapkan institusi keluarga.

Katanya, sebanyak 8,282 program seperti itu dilaksanakan sejak 2006 hingga Ogos lepas bagi melahirkan rasa tanggungjawab anak-anak supaya menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa.

Maka terlahirlah rasa keinsafan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan tidak mengabaikan mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat sama ada kerajaan bersedia mengadakan undang-undang seumpama itu sebagai satu keperluan seperti di Singapura.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, keperluan untuk mewujudkan undang-undang seumpama itu perlu diteliti dari pelbagai sudut terutama kemampuan kewangan seseorang individu.

Undang-undang seumpama ini mungkin mengeruhkan ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak.

Apa yang penting adalah pelaksanaan usaha-usaha kesedaran melalui program pendidikan kekeluargaan yang perlu diperluas dan diberi penekanan terutama kepada generasi muda," katanya.

Katanya, seramai 898,807 peserta terlibat dalam program kekeluargaan itu anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Najib memberitahu, bermula November ini, sambutan hari Keluarga Kebangsaan yang diadakan pada 11 November setiap tahun akan diperluas kepada konsep Sambutan Bulan Keluarga selama sebulan. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121002/dn_02/Utamakan-program-kesedaran#ixzz2879lp1bD
© Utusan Melayu (M) Bhd

GENG MUHYIDDIN YASSIN SUDAH MULAKAN GERAK KERJA MAU MALU DAN JATUHKAN NAJIB RAZAK!!!!!!!


PUNCA MENGAPA PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS BERHENTI BERBLOG?????..



Pengundi tidak berminat dengan kempen negatif, kata penganalisis dan ahli politik

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengundi semakin muak dengan kempen negatif kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dan penganalisis telah memberi amaran bahawa memburuk-burukkan lawan dalam sesi Bajet di Parlimen yang sedang berlangsung di hadapan umum boleh menyebabkan gabungan pemerintah untuk kehilangan sokongan pilihan raya.

Penganalisis mengatakan bahawa kempen politik yang memburuk-burukkan lawan disiarkan oleh akhbar-akhbar yang dimiliki oleh atau dikaitkan dengan BN, menyebabkan ramai pengundi merasa jijik.

“Pengundi kini berfikiran wajar dan canggih, malah mereka yang tidak canggih pun tahu ini hanyalah politik kotor,” kata pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee.
Foto fail orang beratur untuk mengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas. Pengundi semakin muak dengan kempen negatif, penganalisis memberi amaran.

Beliau berkata pengundi boleh menunjukkan minat dalam membaca tentang yang kononnya skandal seks dan tuduhan lain tetapi apabila datang hari mengundi, semua ini akan dilupakan.
“Pengundi akan menumpukan kepada isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada mereka seperti rasuah, pendidikan dan ekonomi apabila membuat keputusan, bukan pada kempen memburuk-burukkan lawan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Walaupun ahli-ahli politik PR juga telah terlibat dalam kempen negatif, operator BN dan organisasi luar yang dikaitkan dengan parti pemerintah tersebut telah meningkatkan serangan mereka terhadap ahli-ahli politik PR melalui akhbar, blog dan media sosial.

Seorang lagi penganalisis berkata kempen negatif hanya akan menolak pengundi atas pagar, terutama bagi yang tidak memihak kepada mana-mana parti kepada pihak lain.

“Pengundi atas pagar mahu melihat penyelesaian konkrit kepada isu-isu yang penting bagi mereka jika BN semata-mata melakukan serangan terhadap Pembangkang ke atas isu-isu remeh seperti itu serangan peribadi terhadap Lim Guan Eng dari DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR, ia akan kehilangan sokongan,” kata penganalisis politik Dr Faizal Hazis.

Beliau berkata pembangkang telah perlahan-lahan memenangi sokongan pengundi atas pagar dengan menangani kebimbangan mereka melalui beberapa dasar pembaharuan seperti menurunkan harga kereta, menyediakan perumahan yang mampu dimiliki dan pendidikan percuma.

“Ini mungkin menjelaskan peningkatan populariti Pembangkang dan penurunan ketara populariti Najib, seperti yang ditunjukkan oleh hasil kaji selidik baru-baru ini yang diterbitkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL),” katanya.

Beliau berkata politik Malaysia harus dibentuk oleh idea-idea dan perbahasan dan bukannya kempen negatif yang tidak sihat.

“Ia adalah betul-betul adil jika seorang ahli politik menyerang idea dan dasar lawannya yang boleh membawa kepada perdebatan sihat yang boleh membawa kepada penggubalan dasar atau pembaharuan,” kata Faizal.

“Kempen negatif dan tidak sihat yang menengelamkan isu-isu utama dan penting kepada pengundi di Malaysia.”

Dengan pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi sebelum April depan, kempen negatif BN telah menyebabkan ahli-ahli politik PR dalam keadaan bertahan.

Sejak kebelakangan ini, dakwaan skandal seks telah muncul kembali, terutamanya terhadap Lim dari DAP yang dianggap sebagai ancaman besar oleh BN.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini menderita melalui tuduhan pertama kononnya skandal seks yang melibatkan dirinya dan kemudian satu lagi skandal melibatkan anak remaja beliau.

Apabila cerita ini mati, dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa timbul tetapi tanpa bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaan tersebut.

Anwar juga berhadapan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan liwat, di mana beliau dibebaskan, kemudiannya pita seks tersembunyi.

Apabila ditanya mengenai taktik sebegini, ahli-ahli politik BN bersetuju bahawa politik negatif tidak produktif.

“Semua ini tidak akan menjadikan pemimpin lebih produktif serta menjadi baik untuk negara,” kata Datuk Dr Loga Bala Mohan dari Parti Progresif Penduduk (PPP).

“Pengundi akan melihat melangkaui semua politik kotor ini dan juga di atas bangsa dan agama apabila mereka mengundi,” katanya.

Naib Ketua Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng bersetuju bahawa kempen memburuk-burukkan tidak akan membawa undi.

“Skandal seks dan pendedahan bermotifkan politik adalah hiburan semata-mata untuk orang ramai. Para pengundi akan tahu siapa yang mereka mahu untuk undi dan ia tidak berdasarkan semua skandal dalam media ini,” katanya.

Kempen Gerakan untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Lim, H’ng menafikan bahawa ia adalah kempen negatif tetapi menegaskan bahawa ia adalah satu cara untuk parti tersebut mendedahkan kebenaran kepada para pengundi.

“Pemimpin perlu bercakap tentang isu-isu sebenar seperti pembangunan negara dan isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, tidak mencampuri politik kotor jenis ini,” kata naib presiden Parti Cinta Malaysia Major Huan Cheng Guan.

“Masing-masing pihak boleh datang dengan taktik apa sahaja atau mendedahkan pelbagai skandal tetapi pada akhirnya, saya fikir pengundi akan tahu apa yang mereka perlu dilakukan dan tidak akan membuat keputusan berdasarkan perkara bukan isu,” katanya.

Beliau berkata pengundi tidak akan mudah terpedaya dengan politik kotor.


BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!... CARA TOKOH BAHASA MENGHORMATI TOKOH AGAMA... CUKUP MENYENTUH JIWA!!!!!!



Gambar yang dirakam diupacara perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan semalam, 1hb Oktober 2012 di Dewan Jamuan Utama, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,  cukup menyentuh jiwa dan menyusuk kalbu admin.

Lihat betapa tokoh bahasa berjawatan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan memberikan tanda hormat kepada TGNA selepas upacara perasmian dilakukan.

Amat berbeza sungguh cara juak-juak UMNO menghina, mengaib dan memfitnah TGNA tanpa batasan dan rasa berdosa didalam jiwa mereka.

HANYA JAUHARI SAJA YANG KENAL MANIKAM... HANYA ILMUAN TAHU CARA DAN ADAB MENGHORMATI ULAMAK.

NAJIB RAZAK SELAKU KHALIFAH AGUNG SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA DAN ULIL AMRI 111 PERSATUAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA SUDAH BIKIN ROSAK NAMA BAIK SILAT MELAYU!!!!!!



Najib Razak yang diangkat dan dinobatkan sebagai Khalifah Agung Sri Tri Buana Gangga Simanjakini Cula Sakti ( pergh!!!.. panjang sungguh nama dan gelaran hebat ini ) oleh Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) dan juga diiktiraf sebagai Ulil Amri 111 dari Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), dikatakan membawa malu besar kepada kedua pertubuhan silat yang "amat hebat ini".

Punca membawa malunya ialah walau pun sudah dianugerah nama paling hebat, indah dan tinggi dalam kedua dua pertubuhan silat ni namun gelagat dan perangai Najib Razak yang lari menikus kecut untuk berdepan serta bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berdepan membahas dan berhujah dalam parlimen semalam mengenai isu bajet 2013.

Apa guna memiliki nama gelaran yang begitu hebat tetapi amat takut berdepan dengan seteru politik sekadar berhujah mempertahankan bajet 2013 yang dibentangkan.

Peliknya semasa beliau menerima gelaran Khalifah Agung Seni Silat Gayung dan Ulil Amri 111 Silat Lincah, antara intipati ucapan beliau ialah jangan gentar dan takut mempertahankan negara dari serangan musuh. Tetapi beliau yang memiliki gelaran nombor satu kedua dua pertubuhan silat tersebut langsung tidak menunjukan sedikit keberanian.

Paling mengejutkan tiada sebarang teguran dan kritikan dari kedua dua persatuan ini mempertikiakan sifat menikus kecut yang ditunjukkan oleh Najib Razak.

Mana lebih memalukan?.. Warga Malaysia yang memijak gambarnya atau Khalifah Agung Silat Gayung yang penakut berhujah dalam dewan Parlimen?

MASANYA SUDAH TIBA UNTUK KEDUA-DUA PERSATUAN SILAT MELAYU INI MENGKAJI BALIK GELARAN YANG DIBERIKAN KEPADA NAJIB RAZAK.

PEMIMPIN YANG PENGECUT DAN PENAKUT LANGSUNG TIDAK LAYAK MENDAPAT GELARAN YANG SEBEGITU HEBAT....BIKIN MALU NAMA BAIK SILAT MELAYU!!!!!!


TINDAKAN TEGAS PERLU BAGI MEMBERI TELADAN KEPADA PEMEGANG GELARAN MASA DEPAN.

YANG PASTI DSAI YANG DIBERIKAN GELARAN IMAM KHALIFAH BESAR SILAT PUSAKA GAYUNG, MEMANG WAJAR DAN LAYAK.....BELIAU AMAT  BERANI DAN TEGAS BILA BERDEPAN DENGAN SETERU.


KALAU NAK PILIH TEMPAT MANDI.. PERTAMA TELUK KEDUA PANTAI KETIGA PERIGI... KALAU NAK PILIH PEMIMPIN NEGERI...PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI KETIGA BERANI.

Monday, 1 October 2012

BARU TAHU SEKARANG.. PM KINI IALAH YB PASIR SALAK!!!!...1 Oktober 2012 - Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 - Part 1

BIAR BETUL BEB!!!!!.. SUDAH ADA DAGING UMNO KISAR KELUARAN RAMLY BURGER DIPASARAN!!!!!



Betul ke ni?...

Daging 'UMNO" kisar sudah ada dipasaran keluaran pengusaha burger bumiputera yang terbesar dan terkemuka negara?????

Atau satu lawak bagi menunjukkan yang daging "UMNO" itu sebenarnya daging lembu bagi membuat sindiran tajam dan ganas mengenai projek Lembu Feedlot (NFC) keluarga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Jalil, yang merembat duit rakyat sebanyak RM250juta sehingga kini satu sen belum dibuat pembayaran balik.

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!...BILA TIBA GILIRAN DSAI MENGEMUKAKAN HUJAH BAJET 2013 TIADA SEORANG PUN MENTERI UMNO/BN MENUNJUKKAN MUKA TERUTAMANYA NAJIB RAZAK!!!!!



Gambar menunjukkan betapa penakut dan pengecutnya para pemimpin UMNO/BN berjawatan menteri kabinet yang diketuai sendiri Najib Razak.

Bila DSAI selaku Ketua Pembangkang berhujah mengenai Bajet 2013 tiada seorang pun menteri UMNO/BN hadir termasuklah Najib Razak.

Hari Jumaat lepas 28hb September 2012 bukan main garang nyaring kokok jantannya Najib Razak belasah DSAI.

Macam-macam dikatakan. Pelbagai tuduhan liar dilemparkan.

Bila tiba giliran DSAI untuk berhujah.. habis semua pakat lari menyorok menggigil ketar kepala  lutut tanda penakut ditunjukkan.

Beginikah jati diri yang ada pada setiap pemimpin UMNO/BN.???????

SUNGGUH MEMALUKAN DAPAT PEMIMPIN BERJIWA DAN BERTARAF SEBEGINI!!!!

TAK MAMPU BERHUJAH UMNO KEKAL GUNA POLITIK FITNAH!!!!.. KINI RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI PKR MENJADI MANGSANYA... SEKEPING KERTAS MEMFITNAH BELIAU DIPECAT DARI PETRONAS KERANA TUNTUTAN PALSU DISEBARKAN DISETIAP CERAMAH YANG BELIAU HADIRI!!!!



LAGI BUKTI  UMNO DAH NAZAK TENAT TUNGGU MASA PRU 13 RIWAYATNYA AKAN TAMAT!!!!
Sekeping kertas ada wajah Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR tertulis ayat yang berbunyi:- DIPECAT DARI PETRONAS KERANA DAPATI MEMBUAT TUNTUTAN PALSU!!!!!.....BOLEHKAH ORANG BEGINI MENJADI PEMIMPIN?????? FIKIRKANLAH..... sudah menjadi kemestian dilekatkan kepada setiap kenderaan tanpa pengetahuan dan izin tuanpunya yang menghadiri ceramah dimana Sdr Rafizi Ramli salah seorang dari penceramahnya.

KALAU PEMIMPIN BERTARAF RAFIZI RAMLI PUN UMNO SUDAH GENTAR, CUAK MENGGELETAR...PEMIMPIN MACAM KALIBER DAN BERKEDUDUKKAN SEPERTI DSAI, TGNA, TGHA, LGE, LKS, AZMIN ALI ,  MAT SABU, KHALID IBRAHIM DAN AZIZAN RAZAK LAGILAH UMNO KECUT PERUT TIDAK BERNAFAS!!!!



LAGI KISAH GAMBAR SEBAGAI BUKTI...WARGA MISKIN DIBULI DENGAN MEMAKSA MEREKA MENYARUNG BAJU T 1M'SIA BERWAJAHKAN NAJIB RAZAK, BERATUR PANJANG DIBAWAH MATAHARI TERIK JIKA MAU SEKAMPIT BERAS GRED HANCUR 5KG SECARA PERCUMA!!!!!



BERBICARA DENGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI BUKANNYA BERCAKAP PAKAI AIR LIUR BASI!!!!


Demi sekampit beras seberat 5kg gred hancur, warga miskin dibuli dan dizalimi oleh UMNO/BN dengan memaksa mereka menyarungkan baju T tertera logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak, berdiri beratur panjang dibawah sinaran matahari terik.

Siapa yang tidak menyarung baju T tersebut tidak akan mendapat sekampit beras.

Paling tidak, mereka kena bawa baju T sebagai bahan bukti tanda "menyokong" kerajaan 1M'sia pimpinan Najib Razak konon.

Sudahlah tujuan asalnya mau sabotaj program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan Ketua Komuniti Kaum India Selangor Dr.V. Nedunchelian, tapi menzalimi dan membuli rakyat dengan sebegitu rupa dengan melayani mereka macam warga pengemis yang tiada harga diri, itu sudah dianggap amat melampau.

APA PUNYA AKHLAK DAN BUDI YANG DIMILIKI UMNO SAMPAI SANGGUP WARGA MISKIN DAN DAIF DIBULI!!!!!....

INILAH DINAMAKAN KEANGKUHAN KUASA.. YANG KAYA DIJULANG DAN DIPUJA, YANG MISKIN DIBULI DAN DIHINA!!!!

GELAGAT SEORANG WARGA TIONGHUA YANG UMNO KAKU TERCEGAT TIDAK PERCAYA!!!!



Gelagat seorang warga Tionghua yang hanya dikenali sebagai Ah Seng, mengibarkan bendera PAS ditengah-tengah orang ramai disebuah pasar lambak disalah sebuah daerah di Johor memberi kisah dan petanda di Johor yang PAS kini bukanlah parti fobia bagi kalangan rakyat kaum Tionghua.

Fitnah kononnya PAS parti yang membawa susah kepada mereka sudah tidak diterima akal lagi.

Bila kaum Tionghua sudah tidak lagi rasa gerun dan takut dengan PAS maka sudah pasti UMNO/BN akan turun dari singahsana kuasa di Putrajaya.


PROGRAM KEM KESIHATAN OLEH DR V.NEDUNCHELIAN BERSAMA MR.RAVI BERJAYA DAN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT...PERCUBAAN SAILANG YANG DILAKUKAN OLEH BN DI LOKASI BERHAMPIRAN GAGAL MERANTAI PENDUDUK-PENDUDUK UNTUK HADIR KE PROGRAM TERSEBUT!!!

Berikut adalah paparan gambar-gambar bukti percubaan menyailang yang dilakukan oleh BN kepada Program Kebajikan Kem Kesihatan dimana sebuah lori datang dilokasi berhampiran tapak program untuk mengagih-agihkan beras kepada penduduk setempat dengan tujuan menghalang penduduk- penduduk untuk hadir ke Program Kem Kesihatan yang dianjurkan bersama Dr.Nedu dan Mr.Ravi.

Omak difahamkan penduduk-penduduk yang datang untuk mengambil beras percuma itu telah dipaksa memakai baju merupakan TShirt 1Malaysia dan beratur panjang dalam keadaan berpanas.

See to believe..hahahahaha..lihat sendiri bagaimana BN menggunakan idea memualkan lagi menjijikkan dengan mewajibkan penerima bantuan menggenakan baju 1Malaysia.


Bagaimanapun segala halangan tidak mematahkan semangat team-team kerja Program Kebajikan yang diketuai oleh seorang Doktor gigi yang tidak perlu disangkal lagi dengan kewibawaan beliau iaitu Dr. Nedunchelian dalam misi-misi kerja amal dengan dibantu oleh doktor-doktor terlatih dan barisan AJK-AJK yang terlibat.

Program Kem Kesihatan ini telah mendapat pujian dari YB Dr.Rani Osman disifatkan ADUN Meru yang sudi hadir meninjau gerakkerja yang dilakukan di dalam program tersebut. Dikesempatan itu YB Dr. Rani sempat berkenal mesra dan bergurau senda dengan penduduk-penduduk setempat..




Tanpa diumpan dengan beras dan Tshirt percuma, program kem kesihatan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Azizi Ayob merupakan Ketua Cabang PKR Kapar bersama barisan AJK-AJKnya, tak lupa juga kehadiran amat bermakna oleh Ketua Cawangan PAS Taman Cempakasari Kapt. Baseri bersama isteri.

Segala penat lelah yang terpancar diwajah petugas-petugas program terubat dengan sambutan yang amat menggalakkan ini.. Tahniah diucapkan kepada Dr.Nedunchelian ams, Mr. Ravi dan doktor-doktor yang sudi memberikan perkhidmatan percuma bersama team gerakkerja Ketua Kominiti Kaum India Selangor.

Inilah dia contoh pemimpin yang meresapi semangat dan roh perjuangan tema Hari Kemerdekaan Ke-55 Pakatan Rakyat.. "SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA".

Pemimpin yang menangkat martabat negara sambil menganggap semua manusia ini hanya dibezakan dengan kumpulan darah dan bukannya Agama dan Bangsa.

DARI RAKYAT DIA DATANG... KEPADA RAKYAT DIA MENYUMBANG.. BUAT DR. NEDUNCHELIAN AMS..TAHNIAH DARI OMAK KAU!!




INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...