Gambar yang dirakam diupacara perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan semalam, 1hb Oktober 2012 di Dewan Jamuan Utama, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, cukup menyentuh jiwa dan menyusuk kalbu admin.
Lihat betapa tokoh bahasa berjawatan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan memberikan tanda hormat kepada TGNA selepas upacara perasmian dilakukan.
Amat berbeza sungguh cara juak-juak UMNO menghina, mengaib dan memfitnah TGNA tanpa batasan dan rasa berdosa didalam jiwa mereka.
HANYA JAUHARI SAJA YANG KENAL MANIKAM... HANYA ILMUAN TAHU CARA DAN ADAB MENGHORMATI ULAMAK.
No comments:
Post a Comment